Pages

minat berbezalah kita

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Persoalan yang bermain di minda membuatkan saya terasa ringan sahaja tangan untuk menaip di blog ini. ingin menyatakan ketidakfahaman saya terhadap segelintir sahabat yang mempunyai minat yang berlainan. berlainan maksudnya berlainan daripada perkara yang saya minat. saya akui ini bukanlah kawan saya yang pertama yang cintakan anime. tetapi ini merupakan kawan saya yang pertama yang terlalu taksub dengan anime.

taksub itu pada saya sangat memelikkan. kerana beliau sanggup tidur pada pukul 2 atau 3 pagi untuk menghabiskan episod-episod animenya. waduh-waduh. hal ini menyebabkan saya tertanya sekali lagi, kenapakah sampai begitu? apakah tarikan sebenarnya yang ada pada anime tersebut. jadi, untuk persoalan ini saya mula melakukan pemantauan terhadap beberapa orang kawan-kawan yang lain.

jawapan yang sama.

"CUBA HANG TENGOK SENDIRI. NANTI HANG TAU LA...."

tunggu lah sampai bejanggut pon belum tentu saya nak tengok. episod NALAREKEK punya banyak. 

Pada mulanya saya pon pening, apakah yang dimaksudkan dengan anime. yang saya tahu katun.. adakah katun dan anime merupakan satu benda yang sama ataupun berbeza? mungkin ramai yang tahu benda ini
tidak bagi saya. saya cuma pernah dengar perkataannya tapi tidak pernah mengambil tahu lebih lanjut. mungkin kerana saya kurang berminat pada katun.

Anime nie lebih kurang macam karya animation orang jepun la. ada yang di bukukan dan ada juga yang di jadikan movie. saya pon cuma faham sikit-sikit sahaja. itupun setelah berkawan dengan peminat-peminat anime. kalau di rumah, saya cuma minat spongebob, upin ipin, detektif conan saja. yang lain tu tengok la sikit-sikit. saya pon tak faham apa hobi saya. 

jika disebut wanita mungkin akan terbanyang dalam kotak fikiran kita
  • suka membaca novel + feeling2.. 
  • pergi shopping ke mall dengan membawa sejumlah wang belanja,
  • membaca majalah-majalah artis
  • menonton wayang bersama kawan-kawan.
ohhh.. kenapa saya tidak mempunyai semua ciri diatas. saya berbeza. naluri saya banyak kepada aktiviti lasak.. aktiviti yang simple-simple.. tersangatlah saya tak faham kenapakah begini.

minat saya banyak kepada aktiviti keluarga. dan yang paling saya suka ialah merayau ke tempat-menarik dan mengambil gambar. tapi yang tak berapa seronoknya kerana saya tidak mempunyai kamera yang sesuai digunakan untuk photoshoot. cuma mengharapkan handset SAMSIAH(samsung) nie saja. insyaallah cuti sem nie saya rasa macam nak kerja. mana tau kot-kot boleh beli DSLR seketoi. hehe

sebut pasal DSLR tiba-tiba teringat kat senior saya seorang. encik rusydi. dia pernah tanyakan saya kenapa semua orang bangga sangat dengan DLSR tu. hal ini kerana masa tu beliau baru sahaja beli galaxy note. lalu saya menjawab

"cuba hang tengok orang yang ada DSLR, mesti dia gantung kat leher.. perhhh.. style tahap aku tengok"

"sebab tu ja"

"dak la.. banyak la lagi sebab aku nak beli. tapi kewangan tidak mengizinkan."

kepada sesiapa yang prihatin dengan saya, tolong la belikan pada saya seketoi.. NAK sangat-sangat nie.. hehehe.. tak payah yang mahal pon tak apa. janji gambar cun. daripada melayan anime yang baik saya buat aktiviti yang bermanfaat. maaflah ye wahai pecinta anime. bukan nak kondem kamu semua. tapi saya sangat tidak fahan dengan minat korang. Boleh sapa-sapa cuba terangkan kat saya sampai saya faham?? hehe



ohh DSLR.. aku mahu kamu


rukia dan ichigo


0 gosip anda:

´