Pages

IBUKU SERBA BOLEH..




Kenapa kita mesti memuliakan ibu?





Wajib kita memuliakan dan mengasihi ibu kerana ibu yang telah bersusah payah mengandung kita selama sembilan bulan sembilan hari. Kemudian ibu pula bersusah payah melahirkan kita, menyusukan dan membesarkan kita sehingga kita dewasa. Tiada kasih sesuci kasih ibu yang sanggup korbankan segala-galanya demi melihat kita menjadi insan berjaya. Pengorbanan seorang ibu tiada bandingan. Sebab itu martabat seorang ibu dipandang mulia di sisi Allah dan Rasul.


Terlalu besar pengorbanan ibu terhadap kita. Jika hendak dihitung nilainya, memang tidak terhitung. Dari kecil hinggalah dewasa, di asuh anak-anak dengan penuh kesabaran. Tiada sedikitpun keluhan dibibirnya. Hanya senyuman manis yang mampu di ukirkan. Jika hatinya terluka, dia sanggup memendam seorang diri. Tangisan sanggup di tahan, asalkan tidak di lihat oleh anak-anak. Subhanallah, bukalah mata. Sedarkah kita akan semua ini.




Tahap kesabarannya dalam melayan karenah anak-anak terlalu hebat. Bagi saya ibu saya ialah ibu yang serba boleh. Tidak perlu belajar hingga ke tahap Ijazah, Master, PHD dan sebagainya, namun ibu mampu untuk menjawat kerja yang hebat. Ibu saya serba boleh. Pekerjaannya di rumah setaraf dengan pekerjaan orang-orang yang hebat. Antaranya:


::IBU SAYA SEORANG GURU
   ~keluar sahaja saya dari perut ibu di ajar saya menyebut nama Allah. “Alhamdulillah”, kalimah ketika selamat saya di keluarkan, ketika sedang kesakitan ibu mengajarkan saya perkataan “mashaallah”, ketika melihat diri saya ibu mengajarkan saya perkataan “subhanallah”. Beliaulah seorang guru yang serba boleh. Tidak perlu ke sekolahpun saya sudah boleh mendapat ilmu.
Inilah yang menunjukkan ibu saya seorang guru.





::IBU SAYA SEORANG AKAUNTAN
   ~segala perbelanjaan di rumah, semua ibu saya yang uruskan. Matematik baginya suatu subjek yang kacang je. Tambah, tolak, darab, bahagi semua di praktikkannya setiap hari tanpa jemu. Jumlah keluar masuk duit di uruskannya tanpa menggunakan computer seperti di pejabat. Tidak perlu kalkulator di sisi. Lebih hebat dari akauntan terlatih.  Inilah yang menunjukkan ibu saya seorang akautan




::IBU SAYA SEORANG DOKTER
   ~seorang dokter sentiasa sibuk dengan oncall di hospital. Begitu juga dengan seorang ibu, sentiasa sibuk dengan oncall di rumahnya. Tambahan pula saya mempunyai keluarga yang besar. Sudah tentulah tidak menang tangan di buatnya. “mak, kaki adik luka” terus di ubati luka itu. “mak, kak demam nie” terus di carinya kain beserta air ramasan daun bunga raya. “mak, abang lenguh kaki” terus di carinya minyak untuk diurutkannya. Baginya semua kerja ini sudah sebati dalam hidupnya. Ibu saya bekerja dengan penuh kesabaran dan keihklasan. Semuanya demi memastikan anak-anaknya sihat. Inilah yang menunjukkan ibu saya seorang dokter.


::IBU SAYA SEORANG ENGINEER
   ~ibu saya memang pandai dalam reka cipta dan membina. Semasa kecil ayah akan membelikan saya permainan “lego”. Saya bermainan bersama-sama ibu. Demi memikat hati saya, ibu mereka berbagai-bagai bentuk. Bentuk kolam, bentuk rumah, bentuk kereta dan sebagainya. Semua ideanya di keluarkan dalam masa yang pendek. Tidak memerlukan waktu yang berjam-jam, berhari-hari, ataupun berbulan-bulan. Tidak memerlukan kertas kerja sebelum mereka cipta. Bukankah itu lebih hebat? Cubalah kita menilai. Inilah yang menunjukkan ibu saya seorang engineer.






::IBU SAYA SEORANG CHEF
   ~Jika hendak di bandingkan chef wan dengan ibu saya, ibu saya lah yang lebih chef ONE. Setiap hari menu bertukar-tukar. Malah, masakan ibu lebih mementingkan aspek kesihatan berbanding dengan chef-chef lain. Ibu lebih tahu mana yang baik dan mana yang buruk. Cakap sahaja hendak makan apa, mesti dimasaknya. Walaupun tidak tahu, tetap akan dicarinya hinggalah tahu. Walaupun tidak di tayang di dalam tv namun, ia tetap berbangga dengan kebolehan dirinya. Inilah yang menunjukkan ibu saya seorang chef.





Kelebihan kerja ibu saya berbanding dengan penjawat jawatan hebat sangatlah jauh bezanya. Ibu saya tidak perlu gaji bulanan. Setiap saat di beri ganjaran yang tidak ternilai. Allah menggantikan gaji dengan palaha yang dapat membantu ibu di akhirat kelak. jika wang hanya boleh di gunakan di dunia, tetapi gaji yang di terima ibu boleh di bawa hinggalah ke akhirat. Di dunia, wang itu di gantikan dengan kebahagiaan

“… Apabila seorang wanita mengandung (janin) di dalam rahinya, maka beristighfar para malaikat untuknya dan Allah akan mencatit baginya 1000 pahal dan kebajikan dan menghapuskan 1000 dosa..”




:^: jika hendak di senaraikan semua pekerjaan di dunia ini, sudah tentu semua itu layak bagi ibu saya kecuali TOK IMAM, TOK MIDUM,TOK KADI dan seangkatan dengannya. Itu hanya pekerjaan orang lelaki. Namun jika di bolehkan Allah, sudah tentu ibu saya mampu. 


"hargailah mereka selagi mereka ada."






p/s: sesungguhnya yang baik itu datang daripada Allah dan kurang baik itu datang dari kelemahan saya sendiri. 

KERAJAAN IBLIS



Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha pengasihani.. Alhamdulillah bersyukur pada Allah SWT kerana di beri kesempatan sekali lagi untuk saya mencoret di blog ini..

Saya masih ingat lagi semasa zaman kanak-kanak, majalah asuh merupakan majalah yang sangat popular dalam kalangan kanak-kanak. Tumpuan utama kanak-kanak ialah pada cerita SYAITAN GEMUK DAN SYAITAN KURUS. Ia menjadi kegilaan pada kanak-kanak untuk membacanya. Sedikit sebanyak apa yang diperolehi daripada komik itu memberi manfaat kepada kanak-kanak. 



syaitan gemuk & syaitan kurus



Alam syaitan yang ghaib itu berpusat di empayar Iblis. Iblis laknatullah mengetuai kerajaanya selaku maharaja hingga ke hari kiamat. Iblis duduk di singgahsana memberi arahan dan terima laporan daripada syaitan yang berkhidmat untuknya, seperti seorang presiden sebuah negara. Iblis mempunyai barisan menteri kanan yang setiap satunya mempunyai kerajaan tersendiri yang bernaung di bawah empayar Iblis..

Kelicikan iblis dapat mengaburi manusia jika iman kita pudar, luntur dan tidak di bajai dengan mengingati Allah SWT. tetapi mereka yang terpedaya dengan iblis semestinya menyesal kemudian hari walaupun pada peringkat awal di buai keseronokan. dalam menghadapi orang beribadat misalnya, iblis berusaha dengan menamoakkan perbuatan yang baik malah turut berpura-pura turut bersolat. ia turut melakukan rukun dan perkara sunat dalam solat tetapi lama kelamaan ia cuba bertenggek di hati orang terbabit.   


Ayuh wahai pemuda & pemudi islam, 

Marilah kita bersama-sama mengenal syaitan dan tugasnya. Mereka inilah yang menyesatkan hidup kita sehinggakan kita lupa untuk melakukan segala perintah Allah SWT. Nauzubillah. 


::DASIM
   ~Ia dikatakan anak emas Iblis laknatullah. Kenapa? Dasim dan seluruh rakyat kerajaannya berperanan memutuskan ikatan perkahwinan. Iblis sangat benci dan dengki setiap kali ijab kabul di lafazkan. Si laknat ini tidak mengenal erti putus asa dalam menimbulkan rasa benci dan marah antara suami isteri. Apabila lafaz talak  dijatuhkan, itu adalah kemuncak kegemilangan bagi kerajaan Dasim terkutuk. Nauzubillah.  

   ~sebagai contoh, si suami yang rajin beribadat pada Allah di bisik kepadanya oleh syaitan supaya hanya beribadat pada allah tanpa menghiraukan tanggungjawabnya dalam memberi nafkah kepada isteri. Begitu juga dengan si isteri, di bisikkan supaya tidak merasakan cukup dengan pemberian si suami. Hal ini akan membuatkan rumahtangga yang didirikan hancur akibat tiada persefahaman antara kedua-dua belah pihak.



::AL-A'WAR
    ~Ia membentuk dan memudahkan laluan zina serta keruntuhan moral ialah tugas kementerian si durjana ini. Iblis gembira apabila zina berleluasa dan lahir anak-anak luar nikah kerana itu petanda keturunan Adam pincang. Nauzubillah.

   ~Ramai masyarakat kita pada hari ini yang memandang enteng tentang perhubungan antara lelaki dan wanita. Sedangkan Allah SWT telah berfirman:


وَلَا تَقْرَبُوا الزِّنَا إِنَّهُ كَانَ فَاحِشَةً وَسَاءَ سَبِيلًا


Artinya: Dan jangan kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.(QS. Al- Israa: 32)

Bangunlah wahai pemuda dan pemudi islam. Kuatkanlah iman kita. Jangan biarkan si laknatullah ini menghanyutkan kita ke arah kebatilan. 



::MASWATH

   ~ anak iblis ini merupakan pakar dalam menipu. dia dan pengikutnya sentiasa membisikkan fitnah, khabar angin dan penipuan sehingga tersebar luas dalam kelompok manusia. permusuhan dan sangka buruk sesama manusia merupakan matlamat hidupnya. Nauzubillah.


  ~ Jika kita lihat pada zaman sekarang, berbagai-bagai masalah timbuk dalam negara kita. Masalah menyebarkan fitnah, rasuah, sangka buruk, umpama "Cendawan yang tumbuh selepas hujan". Saya samakan keadaan ini dengan peribahasa tersebut kerana terlalu banyak kes yang sebegini timbul dalam kalangan kita pada hari ini. Siapakah yang harus dipersalahkan dalam hal ini?? Tepuk dada tanya Iman.



::ZALNABUR
  ~Si kutuk ini dan kakitangannya pula berkeliaran menghasut manusia hingga tercetusnya caci-maki, pertengkaran dan pembunuhan. Pusat operasinya adalah di tempat-tempat tumpuan orang ramai seperti pasar atau kompleks beli-belah. Nauzubillah


  ~Selalunya apabila kita mengunjungi ke tempat beli-belah, seringkali kita lalai untuk mengerjakan ibadah kepada allah. Rasa cinta pada dunia membuatkan kita alpa dengan tanggungjawab kita sebagai hamba Allah. Mana perginya rasa cinta dan kasih kepada-Nya?? kenapa biarkan diri kita terus leka dengan godaan syaitan. Ya Allah, terlalu banyak dosaku kepada-Mu. 



::TSABA

~Geng syaitan ini memburu orang yang di timpa musibah atau masalah. Mangsa banjir, mangsa tanah runtuh, mangsa rogol, mahupun mereka yang kematian orang tersayang termasuk dalam senarai "most wanted Tsaba. mempraktikkan strategi yang menimbulkan buruk sangka terhadap Allah, manusia yang terpedaya akan mengeluh atas takdir diri dah menyalahkan Allah SWT atas semua yang terjadi. Nauzubillah



~Orang yang kurang teguh imannya nescaya akan lemah semangat apabila berhadapan dengan situasi ini. Namun bagi orang yang beriman dan beramal soleh, ini merupakan ujian daripada Allah kepada hamba-hambanya dan inilah tanda ingatanNya kepada kita. 



"Di uji tidak semestinya membenci, namun ada hikmah yang tersembunyi"



:^:kesimpulannya, Iblis tidak akan berhenti menghasut anak-anak dan cucu-cucu Adam sehinggalah hari kiamat. kuatkanlah iman di hati, jika ada masalah rujuklah pada Al-Quran dan Hadis. Apa yang saya boleh katakan di sini, saya teruja melihat usaha mereka, bukan pada kejahatan mereka tetapi cuba bayangkan kalaulah masyarakat kita pada hari ini mempunyai kesungguhan sebegini, insyaAllah negara kita dapat menjadi sebuah negara Islam yang tersohor di mata dunia. Ameeennn..

P/S: sesungguhnya yang baik itu daripada Allah, dan yang kurang baik itu datang dari kelemahan diri saya sendiri.






 

´