Pages

Cuba Bersangka Baik =')

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Iya betul kata sahabatku,

"Orang perempuan nie jadi orang yang di sayangi lebih baik daripada kita mula menyayangi..."

Ps utk diri sendiri..
dah la.. lap air mata tu.. tak perlu kot.. cuba la bersangka baik..
senyum sikit.. haa.. kan comel. =') 

Tazkirah: Kalaulah Sekarang Saya Mati...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Kalaulah sekarang saya mati.
>_<


Kalaulah sekarang saya mati,
tempoh hidup saya di dunia hari ini telah berakhir,
bermulalah hari pertama di akhirat..

Saya risau, solat saya banyak yang tidak khusyuk dan lalai.
Mungkin juga tanda sedar ada solat yang rosak dan tidak diterima,
sedangkan ia perkara utama ditanya.

Saya risau, saudara-saudara se-Islam saya yang sekian lama ditindas,
saya biarkan dan abaikan mereka sahaja..

Saya risau, hati ibu ayah yang pernah saya lukakan selama hidup.
saya tidak pasti apakah mereka redha dan
memaafkan segala silap dan salah yang pernah dibuat.

Saya risau, hutang-hutang yang masih belum terbayar,
dan ada yang tidak dicatit untuk diselesaikan..

Ohh, rupanya saya masih beruntung, saat ini masih diberi peluang.
entah berapa hari lagi yang berbaki untuk kehidupan abadi.
moga bekal penuh terisi..

Allah.. Allah.. =(

Tazkirah: Jadilah Umpama Pohon Semalu.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

terima kasih kepada anda yang comel
sebab sudi menegur diri ini yang serba kekurangan.
walaupun anda copy dan paste ja hehe tapi 
Pesanan yang tersurat dan tersirat itu lebih bermakna
syukran jazilan... 
^_^

Pesanan Rasulullah s.a.w untuk Fatimah.

"Wahai Fatimah, jadilah umpama pohon semalu"

Wahai Muslimah, jadikanlah pohon semalu sebagai pengajaran dalam hidupmu..

Yang berduri tajam...
sebagai perisai diri.....
pertahankanlah diri dan maruahmu sebagai seorang wanita muslim..

Yang berdaun...menguncup saat disentuh.....
jadikanlah sifat malu itu sebagai hiasan diri..tapi malu mestilah kena pada tempatnya ya..

Yang berakar tunjang..kuat mencengkam bumi.....
kukuhkanlah ikatanmu dengan Allah Rabbul Alamin..duhai wanita solehah..

Yang berbunga...sebagai penyeri.....
simbol kelembutan dalam kekuatan ..

semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang.
Oleh itu, wahai mujahidah sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja.

Tidak berbau wangi dan tidak menarik hati.
Maka, tiada kumbang yang akan memerhati.
Kerana indahmu, cukup 'tersembunyi'.

Ambillah pengajaran dari semalu walau pun ia hanya sepohon tumbuhan yang kecil...

Indahnya ciptaan Allah...lets appreciate it!! 

Sungguh, malumu sangat berharga...

<3 <3 <3 <3 <3 <3 

Lawan Lecture ^_^

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Tengah on the way nak p dapur mata terpandang seketika melihat TV yang ditonton oleh ayah.  kebetulan waktu saya lalu semalam tiba-tiba ada Iklan untuk paparan menarik dalam buletin Utama pada pukul 8 malam. Dekat-dekat dengan pilihanraya nie memang lah semua siaran di Kongker oleh Si Biru kan? tak boleh nak cakap apa dah la. dengar kata penamaan calon akan diumumkan pada 23.10.2013.. tup-tup keluar kat TV yang Si Biru telah mengisyitharkan calonnya. So?? ada saya kesah? hehehe

Setelah di perhati betul-betul masa muhyidin dok bercakap tiba-tiba terpandang seorang Encik yang berada si saf tempat duduk belakang dia. eh.. macam kenal muka nie.. tapi kat mana tu saya belum pasti.. setelah mengamati betul-betul wajah tu baru la saya ingat dan mulalah bermonolog dalaman seorang diri.

"Eh.. nie lecture TITAS aku sem lepas. apa yang dia buat dalam TV nie.. Dr apa ntah.. lupa nama... takkan jadi calon kot. macam tipu je... hahahaha"

Terus saya suarakan kepada ayah tentang perkara tersebut. ketika berita disiarkan saya berada di ruang tamu. tiba-tiba ayah memanggil.

"fatin... fatin... mai tengok cepat... betul dah la lecture hang.... nama dia Dr Sohaimi Lazim..."

mmmm.... memang sungguh la dia... Dr saya.. takpa-takpa... teruskan perjuangan Dr.. saya tetap dengan calon saya Ustaz Azam.. Good luck lah ye Dr..

Insyaallah.. Allah lebih tahu apa yang baik untuk hambanya... =)


PS:: habis bertamadun la org kedah kalau Dr sohaimi menang.. hehehe

Tazkirah: Antara Rezeki dan Musibah.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Wang syiling jatuh di hadapan seorang lelaki yg sedang asyik mambancuh simen ..melihat logam kecil itu , tangan lelaki itu terhenti melakukan kerja. Tidak menunggu lama , tangannya segera mengutip syiling itu dan dimasukkan ke dalam poketnya. Dia menyambung semula kerjanya.

Sekali lagi lelaki itu terpandang duit syiling tidak jauh dari sisinya . Lelaki itu menoleh ke kiri ,kanan dan sekelilingnya.Tiada siapa yang berdekatan dengan nya .Sekali lagi dia terus mengambil syiling itu dan menyimpan dalam koceknya .

Tidak lama kemudian , lelaki itu ternampak lagi duit syiling berdekatan dengannya .Pun sama , dia mengambil dan menyimpannya .
"Rezeki aku !" Kata lelaki itu dalam hati .

Lelaki itu tidak sedar , logam syiling itu sebenarnya dicampakkan oleh ketuanya dari aras lapan bangunan separuh siap yang mereka bina itu.

Sebenarnya ,ketuanya mahu memanggilnya. Puas ketuanya menjerit daripada aras lapan , cuba memanggil lelaki itu yg berada pada aras paling bawah.

Namun , jeritan itu tidak mampu mengalahkan pelbagai bunyian mesin pembinaan di kawasan tersebut. Dek kerana itulah , ketuanya itu mencampakkan syilingnya dengan harapan lelaki itu akan mendongak melihatnya di atas. Mudah-mudahan dapatlah dia menyampaikan pesanannya kepada pekerjanya itu.

Sayangnya,sehingga habis wang syilingnya dibaling ke bawah , lelaki itu masih belum jugak mendongak ke atas.

Lantas , ketuanya itu mengumpulkan serpihan batu kecil yg terdapat di lantai. Satu persatu batu kecil itu dibaling ke bawah.

Beberapa kali batu itu mengenai badan lelaki itu . Setelah merasa sakit , lelaki itu mendongak ke atas , melihat dari mana datangnya batu-batu kecil yang menyerang tadi.

Barulah dia ternampak kelibat ketuanya yang sejak tadi cuba mencuri perhatiannya bagi menyampaikan pesanan.

Sahabat sekalian , Allah sering menjatuhkan rezeki (syiling ) , rahmat atau kesenangan yg tidak terkira banyak kepada kita.

Tuhan menjatuhkan 'syiling' itu sbg satu panggilan agar kita sentiasa mendongak ke atas utk mengingati dan bersyukur dengan kurniaanNya. Tetapi , acap kali kita lalai utk 'mendongak' ke atas, sebaliknya terus menikmati pemberiann-Nya tanpa ucapan syukur.


Seperti kisah ketua dan pekerja tadi , apabila jatuhan syiling tidak berjaya menarik perhatian ,lalu Dia jatuhkan pula 'batu' yg berupa musibah , kegagalan , keperitan dan pengalaman yg menyakitkan. Dan hanya setelah kita merasa kesakitan itu , barulah kita teringat utk mendongak , menadah tangan utk bersyukur mengingati Yang Maha Pencipta kita. =')

sumber: FB 

Bitaufiq Wan Najah sahabat

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


kepada sahabatku yang comel

kami nak ucapkan 

ALL THE BEST 
BITAUFIQ WAN NAJAH
GOOD LUCK

for your final
hampa buat elok-elok tau..
buat setakat yang mampu.
kami sebagai kawan hampa yang baik  (hahaha) sentiasa
mendoakan kejayaan untuk hampa. 
Insyaallah kami yakin hampa boleh buat. 
sat ja exam nie. nanti habis balik la rumah.
boleh la tidur puas-puas, makan banyak-banyak.
dan paling penting
teman dan belanja kami p jalan-jalan..
INGAT!!! hehehe

::RABBI YASSIR WALA TU'ASSIR::



Final Exam Datang

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Setelah lebih kurang 4 bulan
menuntut ilmu dalam semester 3 pada kali ini
maka hari ini, bermulalah peperangan besar antara kami dengan kertas-kertas exam.
Exam yang mengandungi 6 paper ini  akan dimulakan dengan 
paper Physiology dan bakal di akhiri dengan paper Physical Chemistry.
paper Calculus, Physic, dan Kenegaraan datang silih berganti tanpa henti. 
bermula pada 30/9/2013 dan Insyaallah berakhir pada 7/10/2013 nanti.
bersediaan yang dilakukan sepertinya tak mencukupi. 
tak apa. tekadkan hati.
masih belum terlambat lagi.. 
yakin pada diri..
Allah ada disisi

"ANDA BOLEH"


"Ya tuhan.. 
tiada kemudahan melainkan apa yang engkau jadikan mudah
dan 
perkara yang susah engkau boleh jadikan ia mudah
apabila engkau menghendakinya."

Doakan kejayaan saya dah kawan-kawan ^_^

Hidung Baru di Atas Dahi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Beijing: Seorang lelaki yang hanya dikenali sebagai Xiaolian mempunyai hidung baru yang tumbuh di dahinya.

Xiaolian, 22, menjalani rawatan bagi menggantikan hidung asalnya yang cacat selepas dijangkiti virus di sebuah hospital di Fuzhou, wilayah Fujian.
  
Xiaolian, mengalami kecacatan di bahagian hidungnya akibat kemalangan jalan raya pada Ogos tahun lalu dan doktor yang merawatnya gagal memulihkan hidungnya.

Ekoran nahas yang dialaminya, hidung Xiaolian mengalami jangkitan dan tulang hidungnya terjejas.

Doktor tidak mempunyai pilihan lain tetapi terpaksa menjalankan prosedur yang membolehkan hidung barunya tumbuh di dahi bagi menggantikan hidung asalnya.

Hidung itu direka dengan menanam tisu kulit ke dahi Xiaolian.

Hidung baru Xiolian

Ia dipotong mengikut bentuk hidung dan disokong oleh tulang rawan yang diambil daripada rusuk Xiaolian.
  
Pakar bedah berkata, hidung baru itu tumbuh dengan baik dan pembedahan transplan akan dijalankan dengan secepat mungkin

sumber: mymetro.

Bersyukurlah dengan apa yang kita ada sekarang... Allah menciptakan setiap apa yang ada pada badan kita dengan keaadaan yang unik.. cuba kita bayangkan kalau hidung kita macam Xiolian.. mesti banyak kekurangan kan... =D

Rakyat menangis Menteri Tersenyum.. Minyak Naik Lagi

Assalamualaikum  dan Salam Sejahtera.

"Petrol di Malaysia jauh lebih murah dari negara jiran"
Nie statement yang puak-puak tak faham-faham nak bandingkan.

Bagi mereka yang masih tak faham,kenapa rakyat marah bila petrol di Malaysia naik, let me share 1 analogi kasi korang faham.

Contoh paling mudah adalah Nasi Arab Chicken Mandy. Kalau aku makan sendiri di rumah aku (aku masak sendiri sebab bujang... hahaha), kosnya cuma RM12 saja.

Tapi, kalau aku gi makan benda yang sama di rumah jiran sebelah, kosnya jadi RM25. Kenapa mahal sangat walhal berjiran? sebab jiran aku tak reti masak Nasi Arab Chicken Mandy. Dia terpaksa beli di Al-Rawsha pada harga RM25 sepinggan.

Now, kita di Malaysia sebagai oil-producing country, sepatutnya dapat nikmati harga petrol lebih murah. Nak bandingkan dengan negara jiran yang bukannya oil-producing country macam Thailand, Vietnam, Laos, Myammar, Philippines buat apa? Sah-sah negara mereka harga petrol mahal sebab mereka bukannya oil producer.

tambahan: antara rungutan rakyat..






Sekian sahaja...
copy paste from blogger fizizaidi. ^_^

tunggulah mana tau ada bantuan petrol 1 malaysia pulak lepas nie... hehehe

Syukur la Malaysia masih aman.. =D

Maaf Anda Diterima

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Kemaafan itu amat berat untuk diberikan..
Tetapi hanya dengan kemaafan sahajalah dapat mengubati hati yang telah luka. 
Kemaafan jugalah membuatkan hati menjadi tenang.
Kemaafan jugalah membuatkan jiwa menjadi lapang. 
Kemaafan jugalah dapat membina semula semangat yang telah lumpuh.

Andai ada salah dan silap sesama manusia.
Rendah ego di dalam diri, 
Hulurkan salam kemaafan,
kadang-kadang kita tak sangka, dengan satu perkataan mampu meremukkan sekeping hati,
kadang-kadang cumalah dengan satu reaksi sudah membuatkan mereka terasa hati.

AWAS!!! 
Hati-hati dalam setiap perilakumu.. 
Jaga-jaga.. ada yang memerhati.. 
hehehe.. 
tetiba ja kan ambik ayat kiah propa.. =P

To anda: 

Nak tergelak la baca msg anda nie. 
comel ja kan. bunga ros bagai. 
lain kali bagi la Habib Jewels ka, Poh Kong ka. Emas Sri Pinang ka
Baru la rasa ringan sikit hati nie nak maafkan.  
Apa-apa pun, saya maafkan anda.. 

Tips Penjagaan Laptop

Assalamualaikum dan Salam Sejatera 

Kesempatan kali ini saya nak berkongsi sikit tips tentang penjagaan laptop.
Sumber diperolehi daripada blog encik Dairi Jejaka Hangat.
Mungkin dengan tips-tips nie dapat memanjangkan hayat laptop kalian.
Laptop saya baru je tamat riwayatnya setelah 4 tahun bersama saya.

1.Bateri
- Elakkan daripada penggunaan bateri.
- Komputer lebih sejuk tanpa haba dari bateri.
- Jika bateri sudah habis dicas, digalakkan menggunakan kuasa dari adapter.
- Pastikan bateri berada di bawah 10 peratus sebelum dicas semula.
- Jika terlalu kerap dicas, bateri akan kehilangan keupayaan menyimpan tenaga di bawah 50 peratus.

2. Papan Kekunci.
- Letakkan sekeping kertas A4 untuk papan kekunci setiap kali tidak menggunakannya untuk menghindarkan papan kekunci dimasuki habuk.
- Sesekali lapkan papan kekunci dengan perlahan-lahan. Jangan terlalu kasar untuk mengelakkan butang kekunci rosak.
- Kalau boleh gunakan papan kekunci dan tetikus berasingan supaya kita tidak terlalu kerap menggunakan papan kekunci di komputer riba.

3. Skrin LCD
- Lapkan ia selalu kerana mudah dimasuki habuk.
- Gunakan screen saver.
- Power management setkan pada 'Turn Off monitor in ... minutes'.
- Elakkan menyentuh skrin dengan jari kerana kesan jari yang berminyak menyukarkan untuk pembersihan.
- Jangan letakkan jari di skrin kerana boleh menyebabkan 'Dead pixel'.

4. Haba Panas
- Pasikan komputer riba anda ada ruang untuk mengeluarkan haba panas.
- Perlu diingat komputer riba mempunyai ruang simpanan yang kecil.

5. Surge Protector
- Fungsinya sebagai menjaga perisian dan perkakasan daripada rosak.
- Disyorkan jenama APC, BELKIN atau TARGUS.
- Kelebihan APC - mempunyai bateri simpanan, line protection (tiada elektrik tapi masih boleh dihidupkan lagi) dan mempunyai amaran kehabisan bateri.
- Kelebihan lain Surge Protector ialah menjaga HDD dan Power Supply.

6. Port
- Sentiasa dibersihkan kerana mudah dimasuki habuk.
- Gunakan berus atau berus gigi lama.
- Pastikan suis dimatikan ketika membuat pembersihan.



~> Semoga perkongsian nie dapat memberi manfaat pada kalian. tambah-tambah yang suka online 24 jam. nasibbaik laptop saya rosak.. kalau tak cakap dengan cermin lah kan.. =P
~>Ingat!!! sekali rosak melayang 2 ribu nak beli baru.. hehehe

Air mata wanita

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Kenapa wanita mengalirkan air mata?
Adakah ini tandanya ia seorang yang lemah?

Oh.. tidak sama sekali..

Ciptaan Allah ini sungguh indah..
Allah menciptakan wanita dengan mempunyai 9 nafsu dan 1 akal.
Nafsu seringkali diutamakan bila mereka berhadapan dengan masalah.
Bila hati menjadi sebak, air matalah menjadi pembasmi kepada penyakit itu.
Sebak bila ada yang menyakiti.
Sebak bila jiwa terasa kosong,
Sebak bila orang tidak memahami..
Hati ini sangat lembut..

Namun harus diingatkan bahawa air mata wanita bukanlah tanda kelemahannya
tetapi itulah cara dia meluahkan apa yang terbuku di hati.



"Kuberikan wanita air mata, agar dapat mencurahkan perasaannya. Inilah yang khusus kepada wanita, agar dapat dia gunakan bila-bila masa pun dia inginkan. Ini bukan kelemahan bagi wanita, kerana sebenarnya air mata ini adalah “air mata kehidupan".

Ohh Ya Allah, Please... Please... Please..
Grant me a Strength..
Guide my step and dont let me go astray.. =(

I LOVE GIVEAWAY by www.nisakay.com

Klik Banner utk Join!!

due date
21/7/2013

Segmen Jom Pilih Hadiah Raya!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


Klik banner untuk join ^_^


SENARAI HADIAH

DRESS (SORANG)
KUIH RAYA ( 8 0RANG)
TSHIRT ( DUA ORANG)
MINYAK WANGI ( 3 ORANG)
BEDAK TANAKA ( DUA ORANG)
SHAWL ( 4 ORANG )
TUDUNG BAWAL ( 4 ORANG)
BEG ( 3 ORANG)
SKIRT STLISTA ( SORANG)
BB PLUS COLLAGEN DRINK (SORANG)
BB CREAM COZUMA (SORANG)
PANTILLINER HERB ( SORANG )
KEYCHAIN ( DUA ORANG )
DUIT RAYA ( 3 ORANG)
KAD RAYA ( 23 ORANG )
100 KEPING SAMPUL DUIT RAYA EXCLUSIVE DESIGN (10 ORANG)

due date:
24/7/2013

Segmen tingkatkan follower by Nina Shukri

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


klik banner untuk join...
follower = 165 orang

Giveaway Gempak Raya 2013

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


ADA 43 PEMENANG YANG BERTUAH !!

Hadiah - Hadiah Menarik :

1- Skirt Stylista
2- Cursor Bertema
3- Top
4 - Dress
5- Topup RM5
6- Novel Adam Dan Hawa
7- Pretty Little Badge
8- Instant Hijab 
9- Bag
10 - Tudung/Shawl
11- Tudung Nur Kasih
12- Earring
13- Nano white infinity trial cream
14 - Perfume
15- Shawl + Inner
16 - Hair Ribbon Clips
17- Gelang
18- Shawl
19-Topup RM5

‘Giveaway Ramadhan by JiwarOsak‘

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


Giveaway Ramadhan by JiwarOsak

JOM Sertai Giveaway Ramadhan yang dianjurkan oleh Jiwarosak.Com dan disponser oleh
AbgferOz | Emma Eshya | Cik Amabee | Puteri Insyirah | Atie Eryati | JR EvolusiKu | Miszz Nadea | Nor Syazwani | Amirul Syahnaz | Ieta Mat Sa’ad | Nadz Fisol | Nurmujahidah Ismail | Kak Noor Noorlia | Delima Zamrud | Nurul Syarafina | Edo Hayra | Schu Hada | Anastasia Ann | Khairul Zamri | MahaMahu | MahaGosip | Diari sedetik lebih Farisha | Ainul Asyirah Asyiqeen | Sempoi Jerk | Masni Abdul Kadir | Ahmad Siddiq Adnan

hanya 3 STEP dan anda mungkin memenangi hadiah yang menarik..
Terdapat pelbagai jenis hadiah dan cash yang boleh dimenangi.. untuk maklumat lanjut layari blog penganjur di AbgferOz

Dear you..

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dear you,


I miss U,
miss how U care for me,
miss how U make my day,
miss how U use to cheer me up,
and
I miss how U make me feel that U love me.

I miss everything that used to be.
WHAT HAPPENED to you???

from your friend,

rindu: doa buat mereka

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dear emak and ayah
i miss & love u so much.


Ya Allah, grant my parents strength, health and happiness.
Please make me a light in their life,
make me a source of laughter and smile,
just as they have been for me.
Guide them to the straight path,
and keep them away from worries and grief.

from your daughter,


' MiniHoli Giveaway By Ain Mfna '


Assalamualaikum ! 
MiniHoli Giveaway By Ain Mfna 

Support By : 
'Ain She'da , Pretty Little Badges  

Jom Join Ramai-ramai!!!!

Bersyukur: kisah si katak dan siput

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

   Saya nak berkongsi suatu cerita yang berkaitan dengan kesyukuran. cerita nie sebenarnya di Copy & Paste sahaja. cerita tentang siput dan katak. sangat simple tapi disebabkan ia tersirat pengajaran yang sangat mendalam jadi saya decide nak berkongsi dengan kalian semua.

wah.. ada cerita.. hehe

Apa yang kita faham dengan 'syukur' ?
Syukur ialah kita berterima kasih dan merasa terhutang budi dengan Allah s.w.t atas kurniaan-Nya, bahagia atas kurniaan tersebut dan mencintainya dengan melaksanakan ketaatan kepada-Nya. Allah s.w.t telah berfirman
"kerana itu ingatlah kamu kepadaKu, nescaya Aku ingat pula kepadamu, dan bersyukurlah kepadaKu, dan janganlah kamu mengingkari nikmatKu"
                                                                            (surah al-baqarah:2:152)
kisahnya begini:

Ada seekor siput yang selalu memandang sinis terhadap katak. suatu hari. katak telah hilang sabar dan bertanya kepada siput:

"tuan siput, apakah saya telah melakukan kesalahan sehingga anda sangat membenci saya?"

siput menjawab: "kalian kaum katak mempunyai empat kaki dan boleh melompat ke sana kemari. tapi saya mesti membawa cengkerang yang berat ini, merangkak di tanah, jadi saya merasa sangat sedih."

katak menjawab: "setiap kehidupan memiliki penderitaan masing-masing, hanya kamu sahaja yang melihat kegembiraan saya, tetapi kamu tidak melihat penderitaan kami(katak)"

dan seketika. terbang seekor helang besar menuju kearah mereka. siput pun cepat memasukkan badannya ke dalam cengkerang. sedangkan katak disambang oleh Si Helang..

akhirnya siput baru sedar.. ternyata cengkerang yang dimilikinya bukan merupakan suatu beban.. tetapi merupakan suatu kelebihan yang dikurniakan Si Pencipta.

Moral of the story is: bersyukurlah dengan apa yang kita miliki sekarang dan bersangka baiklah pada Allah kerana setiap yang ditakdirkan kepada kita mempunyai hikmah yang tersendiri. mungkin kita tidak menyedarinya namun kelak pasti akan muncul kebaikkannya.

ingat kawan, bersyukur tau!!

kemana anda menghilang?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

adik manis saya pergi mana? 
takkan marahkan saya kot? 
saya ada buat salah apa-apa ke?

saya tunggu...

saya tunggu....

dan saya akan tunggu

saya mintak maaf kalau ada buat salah dengan anda. 
saya takde niat nak sakitkan hati anda. 
mungkin kadang-kadang saya yang terlalu mengikut perasaan.

Tips: Bangun awal pagi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

   Hari nie saya nak bekongsi sikit tentang tips bangun awal pagi. niat nak berkongsi sambil nak mencuba sebab saya pun asyik bangun lambat saja. kalau tak ada orang kejut memang alamatnya subuh gajah la jawapannya. Si akak Wahidah pulak tak habis-habis nak membebel sebab saya suka bangun lambat. hehe. alarm?? bukan tak ada. tapi macam tak berfungsi. nak kata xdengar tu dengar. siap boleh tutup lagi. tapi lepas tutup tu sambung balik. hahaha tu la cabaran di awal pagi..

   nak tahu tak akak, saya nak angkat selimut yang ringan tu pun dah macam nak angkat timbunan buku. syaitan gemuk la nie punya angkara. dok bergayut atas selimut orang pagi-pagi. macam dah tak ada kerja lain pulak kan. hehehe

hey syaitan gemuk, pergi main jauh-jauh sikit!!!

Pertama: Niat sebelum tidur bahawa tidur ini adalah ibadah kerana Allah SWT. Set dalam minda kita pukul berapa kita nak bangun. Moga-moga jam biologi dalam badan kita akan alert dengan niat kita. hehe..

Kedua: Biasakan diri berwudhuk sebelum melelapkan mata. Bayangkan inilah wudhuk kita yang terakhir. Kita menyempurnakan wudhuk dengan tertib, tenang dan sesempurna mungkin.

Ketiga: Dirikan solat sunat dua rakaat sebelum tidur. Sebaiknya, solat sunat Taubat. Cantiknya, sebelum tidur kita memohon keampunan serta membersihkan diri daripada dosa-dosa dan kekotoran maksiat kita kepada Allah SWT.

Keempat: Gunakan alat  bantuan untuk membangkitkan kita daripada tidur. Mohon bantuan ibu bapa, adik-beradik atau kawan-kawan yang ada. Di samping itu, setkan jam loceng atau alarm telefon kita berhampiran dengan kita.

Kelima: Untuk bangun awal, kita perlulah tidur awal. Tidur yang secukupnya memudahkan kita untuk bangun dengan segar, ceria dan bertenaga.

Keenam: Bacakan doa sebelum tidur dan bacaan Surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan Al-Anas. Hembuskan bacaan tadi ditapak tangan dan sapukan ke seluruh badan. Mohon perlindungan dan pemeliharaan daripada Allah SWT.

Ketujuh: Sambil berbaring sebelum terlelap, basahkan bibir dengan zikir memuji dan memuja Allah SWT. Alhamdulillah, Alhamdulilah, Alhamdulillah.

Kelapan: selepas terjaga dari tidur terus bangun dan jangan beri alasan untuk tidur semula. Kebiasaanya bila kita terjaga pastinya bukan 5 minit yang kita tidur. Contohnya: “ala.. 5 minit lagi la.. sekejap je”

   Nie lah tips-tips yang dapat saya kongsikan bersama. Mungkin kita akan berasa susah pada permulaannya. Tetapi lama-lama insyaAllah kita akan terbiasa.  Saya juga masih dalam proses penambahbaikan disiplin diri untuk bangun awal nie. Doakan saya ye. 
Mari kita buat sama-sama. Ingat!!!

"Simple But Awesome Giveaway! By NabilaMedan"

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Giveaway Terbaru Daripada NabilaMedan!!
Tamat Pada 1 Julai 2013
(Tekan Banner Untuk Sertai!)


tertutup itu indah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


   Zaman sekarang kita dapat lihat berbagai-bagai jenis tudung yang menjadi kegilaan kaum hawa. Tak kiralah samada kanak-kanak, remaja, orang tua semua sibuk memperagakan fesyen masing-masing. kalau dulu kita tengok hanya pengantin sahaja yang memakai tudung yang disulam dengan bunga penuh kat atas kepala. tapi sekarang tudung sebegitu dah dipakai dimana-mana dan tak kiralah siapa. kadang-kadang bila pergi ke kenduri kahwin dah keliru mana satu pengantinya. =)

   Tak kiralah apa jenis tudung yang kita pakai samada bawal, ariani, dua alam, dan seangkatan dengannya tapi di ingatkan mestilah mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan dalam agama kita yang indah ini kerana Allah telah berfirman
".. hendaklah mereka (yakni wanita beriman) melabuhkan tudung-tudung kepala mereka hingga ke dada mereka.."
                                                                                            surah An-nur:31 
   Pada pandangan saya bertudung labuh tidak semestinya untuk orang mempunyai ilmu yang tinggi (bijak) tetapi kebanyakkan orang yang berilmu selalunya bertudung labuh kan? =) saya mengaku yang diri saya tak sebaik orang lain tapi saya cuba untuk menjadi antara yang terbaik. bukan senang nak lawan dengan nafsu dalam diri nie. tambahan pula pada zaman yang serba kemodenan nie.

   Bagi saya lebih banyak kebaikkan bertudung labuh nie. bukan nak kondem orang yang pakai tudung biasa. tapi sekadar nak berkongsi. mana tau kot terbuka hati nak berhijrah ke arah yang lebih baik. saya pun tengah berusaha nak istiqamah dengan apa yang saya lakukan dan cuba memperbaiki diri yang serba kekurangan nie.


#sebagai peringatan buat diri sendiri dan kawan-kawan. =)

bicara hati: Dia sayang awak

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Peringatan buat diri sendiri dan anda semua.. 

     kalau saya jumpa orang yang macam nie, saya tak teragak-agak untuk menjadikan dia my soulmate. =) sebab orang macam nie lah yang akan menjaga keperibadian kita kelak. kalau dah belum ada ikatan pun buat tak endah bagaimana pula kalau dah berkahwin? sanggup kah si lelaki nak menanggung segala dosa si wanita. nak bersama-sama dalam neraka nanti? Nauzubillah...

   Semoga Allah memelihara saya dan kalian semua daripada melakukan perkara yang melanggar perintah Allah. Jaga diri, jadi iman, jaga hati... semoga Allah memberikan kekuatan pada saya untuk menjadi yang lebih baik selepas ini.. 

Rahsia Hati Wanita

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

   Disebabkan terlalu bosan duduk terperap dalam bilik nie, jadi saya dengan rasa bangganya mengambil keputusan untuk mengkelebek apa yang ada dalam google nie. cari punya cari akhirnya terjumpa entri seperti tertera ditajuk atas. saya cuma nak jawab "ya" atau pun "tidak" pada kenyataan-kenyataan tersebut. kalau ya tu maksudnya ya pada diri saya la..

1. Bila seseorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.
=> YA

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.
=>TIDAK.. dah buat salah kena cepat2 mintak maaf la. hehe 

3. Wanita sukar nak cari benda yang di benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).
 =>TIDAK.. no komen la.. -_-

4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.
 =>YA.. dan akan rasa sangat bersalah... 

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!
=>YA... awas lelaki.. jangan pandang.. INGAT!!!

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.
=>YA... malu la kan.. =P

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akan lakukan apa saja.
=>YA.. berat nanang.. =D 

8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.
=>YA... no komen...

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.
=>TIDAK.. semua tu saya xreti...  

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna.
=>YA.. sangat tepat.. kami pun ada perasaan jugak.. 

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.
=>YA.. gemuk suka marah kami... =(

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.
=>YA.. agak la.. =P

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan.
=> YA.. senyum apa.. gelak sampai nganga mulut2.. =D

14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.
=>YA... xperlu pun nak bercinta.. buang masa.. 

15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.
=>YA.. tak payah la ajak... kami pun ada lesen nak keluar sendiri.. 



Sekian sahaja sesi jawab soalan cepumas nie. =D

´