Pages

Tips Penjagaan Laptop

Assalamualaikum dan Salam Sejatera 

Kesempatan kali ini saya nak berkongsi sikit tips tentang penjagaan laptop.
Sumber diperolehi daripada blog encik Dairi Jejaka Hangat.
Mungkin dengan tips-tips nie dapat memanjangkan hayat laptop kalian.
Laptop saya baru je tamat riwayatnya setelah 4 tahun bersama saya.

1.Bateri
- Elakkan daripada penggunaan bateri.
- Komputer lebih sejuk tanpa haba dari bateri.
- Jika bateri sudah habis dicas, digalakkan menggunakan kuasa dari adapter.
- Pastikan bateri berada di bawah 10 peratus sebelum dicas semula.
- Jika terlalu kerap dicas, bateri akan kehilangan keupayaan menyimpan tenaga di bawah 50 peratus.

2. Papan Kekunci.
- Letakkan sekeping kertas A4 untuk papan kekunci setiap kali tidak menggunakannya untuk menghindarkan papan kekunci dimasuki habuk.
- Sesekali lapkan papan kekunci dengan perlahan-lahan. Jangan terlalu kasar untuk mengelakkan butang kekunci rosak.
- Kalau boleh gunakan papan kekunci dan tetikus berasingan supaya kita tidak terlalu kerap menggunakan papan kekunci di komputer riba.

3. Skrin LCD
- Lapkan ia selalu kerana mudah dimasuki habuk.
- Gunakan screen saver.
- Power management setkan pada 'Turn Off monitor in ... minutes'.
- Elakkan menyentuh skrin dengan jari kerana kesan jari yang berminyak menyukarkan untuk pembersihan.
- Jangan letakkan jari di skrin kerana boleh menyebabkan 'Dead pixel'.

4. Haba Panas
- Pasikan komputer riba anda ada ruang untuk mengeluarkan haba panas.
- Perlu diingat komputer riba mempunyai ruang simpanan yang kecil.

5. Surge Protector
- Fungsinya sebagai menjaga perisian dan perkakasan daripada rosak.
- Disyorkan jenama APC, BELKIN atau TARGUS.
- Kelebihan APC - mempunyai bateri simpanan, line protection (tiada elektrik tapi masih boleh dihidupkan lagi) dan mempunyai amaran kehabisan bateri.
- Kelebihan lain Surge Protector ialah menjaga HDD dan Power Supply.

6. Port
- Sentiasa dibersihkan kerana mudah dimasuki habuk.
- Gunakan berus atau berus gigi lama.
- Pastikan suis dimatikan ketika membuat pembersihan.



~> Semoga perkongsian nie dapat memberi manfaat pada kalian. tambah-tambah yang suka online 24 jam. nasibbaik laptop saya rosak.. kalau tak cakap dengan cermin lah kan.. =P
~>Ingat!!! sekali rosak melayang 2 ribu nak beli baru.. hehehe

Air mata wanita

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Kenapa wanita mengalirkan air mata?
Adakah ini tandanya ia seorang yang lemah?

Oh.. tidak sama sekali..

Ciptaan Allah ini sungguh indah..
Allah menciptakan wanita dengan mempunyai 9 nafsu dan 1 akal.
Nafsu seringkali diutamakan bila mereka berhadapan dengan masalah.
Bila hati menjadi sebak, air matalah menjadi pembasmi kepada penyakit itu.
Sebak bila ada yang menyakiti.
Sebak bila jiwa terasa kosong,
Sebak bila orang tidak memahami..
Hati ini sangat lembut..

Namun harus diingatkan bahawa air mata wanita bukanlah tanda kelemahannya
tetapi itulah cara dia meluahkan apa yang terbuku di hati.



"Kuberikan wanita air mata, agar dapat mencurahkan perasaannya. Inilah yang khusus kepada wanita, agar dapat dia gunakan bila-bila masa pun dia inginkan. Ini bukan kelemahan bagi wanita, kerana sebenarnya air mata ini adalah “air mata kehidupan".

Ohh Ya Allah, Please... Please... Please..
Grant me a Strength..
Guide my step and dont let me go astray.. =(
´