Pages

Teman adik interview

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

2 minggu lepas, semasa saya masih dirumah emak saya mengajak saya untuk menemannya ke Bandar Baharu. tujuannya untuk temuduga adik saya untuk kemasukkan ke sekolah menengah. seperti saya dahulu. tetapi saya dahulu cuma temuduga di padang serai. maktab mahmud kulim. awal-awal pagi lagi emak dah kejutkan saya. walaupun agak mengantuk tetapi saya gagahkan diri juga untuk bangun.

perjalanan yang memakan masa selama 45 minit membuatkan saya terkenang kembali detik-detik ketika pulang ke asrama dahulu. Setiap kali nak balik ke sana pastinya saya akan rasa cemas, geram, tak sihat, semua ada. tak suka dok asrama la katakan. selalu saja saya balik ke asrama lambat. tu semua cerita dulu. masa zaman tak matang lagi.

sampai-sampai sahaja di pintu pagar Maahad kelihatan ustaz-ustaz sedang berdiri menantikan kedatangan peserta temuduga. alhamdulillah saya masih kenal semua tenaga pengajar di sana walaupun mereka tidak mengingati saya. perkara biasalah bagi saya kerana saya cuma belajar di sana selama 2 tahun.saya turun di tepi jalan sementara emak dan adik lagi seorang mencari tempat untuk parking kereta.

Tiba-tiba....

"eh. kamu ka?? ingatkan sapalah tadi... " ustaz zahir menyapa saya.

Gembira di hati mula berbunga-bunga. syukur masih ada yang ingat. hehehe

kami berdua berjalan ke meja pendaftaran. Saya menemani adik saya hinggalah ke dalam dewan peperiksaan untuk memberi semangat padanya. tak henti-henti saya mengajar dia. dari dalam kereta hinggalah ke dewan. kata-kata semangat tak putus-putus. doa daripada saya supaya allah pemudahkan segala urusannya. sapa tak sayang adik walaupun ianya tak diluahkan dengan kata-kata. hehe

selepas menunggu seketika di dewan peperiksaan, saya dan emak mengambil keputusan untuk berehat di masjid. emak cakap boleh buat solat sunat daripada duduk disitu. agak membosankan menunggu agak lama. nasib baik ada adik saya yang lagi seorang untuk berborak. lapar tak payah nak cakap la.. macam-macam lagu dah perut nie bernyanyi. hehe.

lebih kurang pukul 11 mula kelihatan budak-budak temuduga sudah keluar. lalu saya dengan exitednya pergi mendapatkan adik saya. hal ini kerana ingin cepat balik. saya sudah lapar. hehe... oleh kerana emak saya sudah drive semasa pergi, jadi saya mengambil alih pula tugas emak saya. terus drive mencari kedai makan dengan lajunya sehingga memotong lori dan hampir melanggar apek di pekan serdang.. tu la apek, sapa suruh keluar tak tengok saya.. nasib baik je.. hehe..



menunggu dan terus menunggu


over qhenyeh =_=


baju hijau itulah mangsa temuduga tersebut




ohh cuti sem!!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Hari nie dah masuk minggu ke 2 saya berada di KHAR nie. sangat menyeronokkan kerana banyak aktiviti yang saya terlibat. mungkin kerana belum sibuk dengan assignment jadi saya meluangkan masa saya untuk menyertai aktiviti-aktiviti yang di anjurkan oleh pihak kolej. study pon masih main-main. hehe insyaallah lepas nie saya akan tumpukan perhatian sepenuhnya pada pelajaran. harapan mak dan ayah akan saya dahulukan.

tengah-tengah seronok-seronok main laptop nie tiba-tiba terpandang folder "cuti sem". di mana saya menempatkan semua gambar-gambar sepanjang cuti sem dalam folder tersebut. laju saja tangan nie nak membuka folder tu.

"KLIK.."

"wahhh" rindu pada kenangan lama. kenangan waktu cuti sem. banyak saya habiskan masa dengan menghabiskan duit berjalan-jalan buang masa bersama keluarga dan kawan-kawan. sebak rasa dihati nie. sehari kalau tak merayau tak sah. mak saya penah ceritakan pada saya bahawa mak saya pernah menyatakan "ketidakpuashatian" kerana saya kerapkali keluar. lalu ayah saya menjawab

"biarlah.. orang tengah gila stereng. nanti dia dah jemu dia tak naik dah la."

terima kasih wahai ayah kerana memahami anakmu ini. hehe.

setiap kali saya keluar pastinya akan ditemani oleh abang saya yang sangat "cool" ini. haha.. terima kasih kepada abang saya yang tak pernah berkira duit untuk belanja saya. terasa diri ini sangatlah beruntung memiliki abang yang macam ini walaupun kadang-kadang amat menyakitkan hati.

gambar menceritakan segalanya.. hehe

KFC bersama paon dan syidi.. usaha saya membodek syidi untuk belanja saya KFC akhirnya berjaya. hehe
Mekasih Syidi....






paon

paon dan syidi


BOWLING bersama Paon, Hadi, Firdaus dan Anis.. ini juga kejayaan saya membodek encik Firdaus untuk belanja saya bowling.
Mekasih Firdaus...
sepanjang cuti sem sahaja rasanya dah hampir 5 kali saya main. saja nak menghilangkan bosan. kalau balik sudah semestinya urat tangan nie akan membengkak kerana mengangkat bola berat. tapi tak kesah asalkan boleh berseronok bersama keluarga.

with paon


Hadi & Firdaus


paparazi ambil gambar


bersama sepupu tercinta



GUNTING RAMBUT..sampai nak gunting rambut pon mengajak saya.. alasannya "aku demam".. hahaha


paon dah lentok 


PANTAI.. melepak di pantai bersama Paon, Firdaus dan Anis.. menghabiskan masa sehingga pukul 1 pagi RnR bagan ajam.. 


paon sedang menikmati keindahan alam


berbincang masalah negara bersama firdaus



inilah photographer kami


dengan encik Firdaus

sesungguhnya kenangan bersama anda-anda semua sangatlah saya hargai... terima kasih kerana sudi meluangkan masa merayau bersama saya.. cuti sem 2 nanti kita merayau lagi k. =)

Raya Aidiladha 2012

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Malas nak intro panjang-panjang

Nah tengok gambar saya pergi menghirup udara pagi sebelum raya..
sunyi sepi tempat nie.
xdak orang masa saya pergi dengan abang dan sepupu.



bertiga sahaja

---------------------------------------------------------------------------------------------------------


Kenangan di Hari Raya Aidiladha 2012... 

tengah dok kemas kat dapur masa pagi hari raya tiba-tiba anis datang rumah..

"cantik baju raya kak tin."

Anis memerli saya kerana saya cuma memakai baju t-shirt dan seluar. Rasa malas nak bersiap kerana tiada korban yang dilakukan oleh keluarga kami pada tahun ini.

lalu anis menyuruh saya bersiap kerana mereka mahu pulang ke kampung pagi itu juga. jadi terus saya capai jubah dan pashmina biru yang tak perlu diseterika kerana saya dah pakai pergi main bowling pada malam raya tu. sapa yang keluar dengan saya mungkin dia akan perasan tudung sama. hehe.. peduli apa saya. janji siap..

1

2

jeng jeng jeng

3

SIAP



jubah takdak langsung bunga biru


budak budak belakang nie kacau betul. =)



nico , zawin dan anis
saya sangat rindukan kalian berdua wahai sepupu kesayanganku


dengan barisan anak sedara

´