Pages

rekod buku malaysia!!! ^_^

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Setelah hampir beberapa minggu bermeeting-meetingan, berjumpa-jumpaan, bekerja-kerjaan akhir tercapai juga matlamat kami untuk mendapatkan  benda yang diidam-idamkan.

"MALAYSIAN BOOK of RECORD".

Wahh.. masa mula-mula dengar taklimat tentang program nie rasa sangat teruja. buat pertama kalinya nak berkhidmat untuk Universiti sendiri untuk mendapatkan anugrah ini. bukanlah satu perkara yang mudah. semangat bekorban, bekerjasama, bersatu perlu ada dalam diri semua pelajar. alhamdulillah sebahagian pelajar dari Diploma Sains diberi kepercayaan untuk membantu menguruskan program ini dibawah pantauan  penasihat-penasihat khas yang terdiri daripada pelajar ijazah di UPSI.

programnya adalah seperti berikut:-




"mampukah kami lakukannya???

tanggapan pertama saya!!!

setelah kata-kata motivasi diberikan oleh penasihat kami, Encik Sasi akhirnya tanggapan itu meleset. semangat mula berkobar-kobar. hari yang ditunggu-tunggu telahpun tiba. tugas dilakukan silih berganti untuk mencapai matlamat tersebut. 36 jam bukanlah satu jangka masa yang singkat. jika persembahan diantara satu kumpulan dan satu kumpulan terhenti walaupun seketika, alamatnya punahlah harapan kami semua.

berkat kesabaran semua peserta dan AJK yang terlibat, akhirnya kami berjaya buktikan kebolehan kami. semuanya diatur dengan cukup baik walaupun berlaku sedikit kekalutan. ^_^ 

naik turun naik turun pentas yang tersangatlah besar itu merupakan tugasan saya yang sangat mencabar. kalau pentas kecil tak mengapa. nie dah sampai tahap boleh membakar lemak terkumpul didalam badan.

walaupun begitu pengalaman inilah yang membuatkan saya lebih bijak dalam menguruskan suatu program yang besar pada masa akan datang.

benarlah kata pepatah

"pengalaman mematangkan diri"
"bersusah-sudah dahulu, bersenang-senang kemudian"

gambar kenangan dari perjumpaan sehinggalah program habis ^_^



bersama pecinta anime


meeting pertama bersama encik sasi


 baru bangun tidur, terus pergi meeting
akhirnya tersadai di sofa di kampus


2 hari sebelum program berlangsung


selepas menerima sijil dari pihak M.B.O.R


Encik Sasi dan pegawai M.B.O.R


BERJAYA..


kenangan bersama teman-teman seperjuangan





penat!!! tetapi puas dengan kejayaaan kami


1,2,3 peace!!!



0 gosip anda:

´