Pages

demam bola...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Demam bola Piala Malaysia 2012 baru saja melabuhkan tirai semalam. Menyaksikan perlawanan antara dua buah pasukan iaitu Kelantan menentang ATM. Perlawanan yang sememangnya ditunggu-tunggukan oleh setiap kaki bola di Malaysia.

piala malaysia 2012

Di dalam Facebook penuh dengan post mengenai bola. tidak kiralah lelaki mahupun perempuan. tidak ketinggalan juga yang post untuk membuat bancian kemenangan antara TRW dan ATM. ada pula yang memberitahu mereka dalam perjalanan ke stadium shah alam. berbagai ragam manusia yang dapat dilihat ketika musim bola ini.

Sudah menjadi adat ketika ada perlawanan bola untuk melepak bersama menonton pasukan kegemaran masing-masing beraksi semalam. ada yang memilih ATM. ada pula yang memilih TRW. tidak ketinggalan juga diri saya sendiri yang menyokong TRW. Yeahhh... Hidup TRW!!! Saya menyokong kelantan walaupun saya orang Kedah..

Kenapa??? Sebabnya Kedah tak bertanding. Kalau tak mesti saya menyokong Kedah. Negeri tercinta la katakan.. tak apa. Nak buat macam mana dah tak ada rezeki. Insyaallah tahun-tahun mendatang mungkin rezeki Kedah pula.

Semalam ketika saya masih On9 Fb, perlawanan bola sepak telah berlangsung. Saya akui diri saya memang tidak suka menonton perlawanan bola samaada di dalam TV mahupun secara live. Rasa geram ada. Takut ada. Semangat ada. Macam-macam perasaan yang akan muncul kalau saya menonton Bola. sebab tu saya mengambil keputusan untuk tidak menonton bola semalam. biarlah saya hanya mengetahui keputusan sahaja.

Pada mulanya semalam saya dan abang saya menonton cerita Adnan Sempit. seronok cerita tu walaupun dah tengok beberapa kali. Tilam dihampar dihadapan TV. ambil bantai 2 biji setiap sorang. selimut sorang satu. Layan la cerita Adnan Sempit.Tiba-tiba ayah datang.

"Laaa.. awat tak tengok bola?"

"Tak minat la ayah. Tengok cerita nie saja la. Bola satgi kita tengok keputusan dah la."

"Huh, cerita merapu nie jugak hampa nak tengok. Ayah nak tengok bola tu. buat apa nak tau keputusan saja. baik kita tengok terus perlawanan tu.."

Kami dua diamkan diri. saya mencuit abang saya supaya membuka TV1 agar ayah saya tidak merajuk. Biarlah kami bekorban sikit walaupun pada hakikatnya memang kami tak suka tengok perlawanan bola tu. Mula-mula tu agak bosan. Tapi setelah goal pertama dijaringkan saya menjadi semakin bersemangat la pulak.

Kehadiran emak dan ayah saya beserta adik-adik saya menceriakan lagi keadaan didalam rumah. Riuh tidak terkata. Saya rasa inilah kami pertama kami menonton bola bersama-sama dari awal perlawanan hinggalah ke akhir. selalunya tengok sikit-sikit sahaja. macam-macam mimik muka ada. rungutan pun ada. rasa macam nak pergi marah terus saja pemain-pemain bola yang buat salah tu atas padang. nampak sangat emotional kan. walaupun tak tau apa-apa pasal bola nie. hehe

Saya akui, saya tersangatlah jahil dalam dunia bola ini. pemain-pemain bola langsung saya tak kenal. kecuali yang popular dengan gosip-gosip panas sahaja. itu pun mungkin segelintir sahaja. kalau beli METRO pun jarang saya tengok sampai belakang(arena). saya pun pelik. bagaimana ada sesetengah individu yang membaca surat khabar dari belakang. baca dari ruangan sukan seterusnya ke berita setempat. nampak seperti membaca surat khabar arab ja saya tengok.. hehe

Ada pemain import bernama Bruno Martelotto dari pasukan ATM. ketika beliau bermain tiba-tiba saya menjerit tidak puas hati.

"Hishhhh... Messi nie... "

Abang saya tengok saya. Lepas tu dia cakap.

"mai mana pulak Messi nie??"

"tuuuu..."


bruno dihadapan sekali


"banyak la hang tu Messi. tu Bruno... Kalau Messi masuk team nie pakai habis la team-team lain. ntah-ntah masuk piala dunia pa Malaysia nie.. hahahaha"

Laaa yaka.. mana lah saya tau nama-nama pemain bola nie. saya pakai panggil ja nama yang saya suka. hehe   tara pemain malaysia pon saya tak kenal. inikan pula pemain luar. memang tak la kan saya nak kenal. 

Selain daripada kesilapan teknikal itu,Tiba-tiba kamera difokuskan kepada seorang pemain kelantan. Saya tak ingat siapa namanya. Yang pastinya pemain yang hebat la. Tiba-tiba abang saya cakap:

"dia nie la yang angkat free kick tu.. hebat"

"owh yaka.. free kick tu apa??"

"nie yang payah cakap dengan orang perempuan nie. tak tau apa."

"bagitau ja la..."

"huh.. len kali la"

setelah seketika menonton perlawanan bola sepak.

"haa.. fatin, nie la free kick"

saya melihat pemain-pemain bola beratur kat depan tiang gol tu. kamera fokuskan pada barisan pemain kecuali penjaga gol. Jadi saya beranggapan bahawa:

"owhh.. free kick tu kiranya depa sepak bola time penjaga gol tak dak kat tiang gol ka??"

tiba-tiba ayah saya gelakkan saya. saya pon tak faham kenapa mesti gelakkan saya. saya cakap salah ka?

"kalau main bola penajaga gol tak dak baik tak payah main" kata abang saya

saya diamkan diri. pening kepala dengan bola nie. tu la.. lain kali tak payah ambil tahu pasal bola. biar diri nie jahil tentang bola. tengok. kan dah malu. nampaknya lepas nie saya perlu juga ambil tahu pasal bola. manalah tahu kot-kot nanti dapat pasangan yang kaki bola. boleh la bergosip sama-sama tentang bola. 


bola ohh bola


Boleh dikatakan banyak juga la istilah baru yang saya tahu sepanjang perlawanan bola semalam. 
  1. free kick
  2. position
  3. penalti
  4. masa kecederaan
  5. kad kuning
ada juga perkataan yang saya pernah dengar tapi tak tahu maksud yang mendalam. tapi semalam dapat juga saya tahu serba sedikit tentang bola. 

Akhir sekali saya nak mengucapkan ribuan tahniah kepada pasukan Kelatan (TRW) atas kemenangan semalam. Semoga terus maju dalam dunia bola nie. Kepada pasukan ATM jangan bersedih. anda tetap hebat. Kalah anda semua adalah kalah bermaruah. Kelantan 3 ATM 2. hebat sangat-sangat. Majulah sukan untuk negara. Yeah..... hehehehe





VS




Ops.. tersilap orang..

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Mengenangkan kembali kenangan bersama kawan-kawan di KHAR membuatkan saya rasa rindu pada mereka. Rindu nak bergelak dengan mereka. Rindu nak berjalan-jalan dengan mereka. Rindu nak bersembang dengan mereka. Rindu pada semuanya. Bila ada dirumah mulalah rindu di sana. Bila ada disana rindukan rumah pula. Biasalah, adat perantau yang sedang belajar.

Sambil-sambil dok belek-belek gambar-gambar kat dalam laptop tiba-tiba terjumpa gambar ketika mengayuh basikal bersama kawan-kawan. Kenangan yang sangat menarik kerana kali pertama kayuh basikal masuk dalam ladang kelapa sawit. Kenangan salah masuk geng. hehe. macam mana saya boleh salah masuk geng? Jom baca kat bawah.

Begini kisahnya,


Masa tu hari Selasa. kebetulan petang tu Dr haida, lecture BM cakap yang kelas BM petang tu dibatalkan. Jadi saya pon mengambil keputusan untuk berehat puas-puas petang tu. Penat kelas-kelas sebelum nie.  Tiba-tiba saya dapat satu mesej daripada Aqillah. Dia mengajak saya pergi jogging. katanya lemak dia dah berkumpul. Malulah. Apalah. Jadi selaku kawan yang sangat baik dan comel (hehe) saya mengambil keputusan untuk teman dia. Saya jarang menolak permintaan kawan-kawan saya. Kalau ada hal yang tak boleh nak di elakkan barulah saya tolak. Kita kalau berkawan kena pandai jaga hati kawan-kawan. Barulah kawan-kwan sayang.

Kebetulan masa tu saya sedang mesej dengan kawan ( Si bakal Ir). Mesej antara Si bakal Ir dan Aqillah masuk serentak. Jadi saya terkeliru. Walaupun menggunakan smart phone, tapi tak la smart mana pon.  Mesej daripada Aqillah tak naik kat notification saya.  Tengok!!! kan dah tak smart... Jadi saya tak perasan yang Aqillah ajak saya jogging pada pukul 6.00. Saya masih menunggu mesej daripada Aqillah untuk set waktu walaupun pada hakikatnya memang dah masuk mesej tu..


Lebih kurang pukul 4 petang saya bagitau dekat Aqillah dan Si bakal Ir yang saya nak tidur sekejap sebelum pergi jogging petang nie. Biasalah. Mengumpul tenaga sebelum menghabiskan ia diwaktu jogging. krohh.. krohh.. Tidur punya tidur sampailah saya dengar handset saya bunyi. Tertera kat skrin tu nama "Kak Yana". Classmate saya. Saya pun terus angkat. Saya tengok jam dah pukul 5. Mungkin Aqillah dah nak pergi agaknya bersama Kak Yana.

"Assalamualaikum kak yana, kenapa?"

"Waalaikumsalam fatin, nak ikut kak yana jogging ark? kami dah ada kat bawah nie. "

"Owh.. oke. oke.. tunggu sat. Satgi saya turun. Saya baru bangun tidur nie."

"Oke.. oke.. cepat sikit tau.. Kami tunggu kat bawah k"

"Oke..... =)"

Lepas-lepas solat terus saya bersiap semua dan turun ke bawah. Saya tengok kat bawah dah ada Si Julieta, Dora, Kak Aida dan Kak yana. Saya pon terfikir. Mana si Aqillah nie. Tadi cakap suruh cepat sangat. Nie dia pon tak ada lagi. MMmmmm... Mungkin dia dah pergi dulu dengan geng-geng dia. Nanti kami berjumpa di mana-mana. Saya beranggapan demikian. Tanpa banyak bersoal terus saya ikut mereka. Baru bangun tidur. Mana la nak cakap sangat kan. Mood masih di tempat tidur. Kami berjalan menuju ke kedai sewa basikal.

Saya menjadi pelik. Aikk.. tadi cakap nak jogging. tapi naik basikal pulak. Dah la saya tak bawak duit. Tapi tak apalah. Saya ikut saja sebab mereka nak naik jugak. pinjam dulu duit Si Julieta. Terus pilih basikal-basikal yang ada. Lepas pilih basikal, kami pun teruskan berkayuh masuk dalam ladang kelapa sawit tu. Di pertengahan jalan saya tiba-tiba terfikirkan Aqillah. Jadi saya bertanya pada Kak Yana.

"Kak Yana, Aqillah dah gerak dulu ka?"

"Aqillah?? eh.. Kak Yana tak tau la.. Kenapa??"

"Aik, bukan ka Aqillah pon join sekali petang nie?"

"Eh tak la.. Kak Yana tak dak ajak pon Aqillah..  Kami rancang kami ja. sebab tu la ajak Fatin sekali.. "

Saya terus diamkan diri. Rasa tak sedap hati pun ada. habis tu macam mana perjanjian saya dan Aqillah nak jogging sekali. Tiba-tiba mesej masuk.

"Fatin, nak p ark jogging" dari Aqillah

Barulah saya perasan yang Aqillah dan Kak Yana adalah geng yang berbeza. Saya ingatkan Aqillah pergi sekali dengan Kak Yana. Rupa-rupanya tak. Rasa bersalah sangat-sangat pada Aqillah. Apalah yang saya nak jawab dengan Aqillah nie.

"Aqillah, aku ada hal sikit nie. Satgi aku p bilik hang k. Maaf sangat-sangat." saya balaskan padanya

Dia tidak berkata apa-apa. mungkin redha saja dengan jawapan saya. Kami teruskan juga kayuhan kami. Sambil-sambil dok tangkap gambar.. hehe.. Pusing-pusing KHAR. Lepas tu terus pergi makan. Lepas sahaja makan terus saya naik ke rumah Aqillah. Saya terangkan apa yang terjadi. Ada berlaku sedikit salah faham. dengan muka yang agak bersalah saya terus bercerita. Muka Aqillah dah nampak tanda-tanda nak merajuk.. Saya terus memujuk.. Lalu dia marahkan saya..


"Kalau lemak aku bertambah lagi hang la punya sebab" sambil gelak-gelak


Saya terus ketawa mendengar rungutan Aqillah. Sesi meminta maaf terus di jalankan. Akhirnya dia memaafkan saya. hehe.. Thanks Aqillah. Nanti kita peri jogging lagi ye. Insyaallah lepas nie tak salah geng dah.



kak yana


dora


kak aida &saya


baru bangun tidur terus naik beskal



julieta

kanak-kanak riang.. =)


::Moral of the story is: Jangan cepat ikut orang. tanya dulu.. hehehe











kenangan lama


Assalamualaikum dan salam sejahtera

Zaman kanak-kanak adalah zaman yang paling menyeronokkan. Apa sahaja perkara yang kita buat orang tua-tua tak akan marah teruk-teruk. Bukanlah tidak marah langsung, tetapi kurang la sikit tahap kemarahan mereka. Biasalah, pemikiran masih belum matang. Hehe. Sekarang nie dah matang sikit. Banyak benda yang kita lakukan tanpa disedari. Hanya mengikut nafsu kanak-kanak sahaja. Tanpa memikirkan kesan yang bakal kita terima. Bila kita tengok benda tu macam seronok kita terus mencuba. Begitulah juga saya. Tapi benda-benda nie semua membuatkan saya tersenyum sendirian bila terkenangkannya. Cerita lama, tetapi mampu saya ingat sampai sekarang. Berikut antara kenangan kenakalan saya ketika kecil.

  1. 1.      Saya dan dinding

Suatu hari, saya pulang daripada rumah mak njang saya yang terletak berhadapan rumah saya. Mungkin baru habis main masak-masak ketika itu bersama sepupu-sepupu tersayang. Waktu tu petang kalau tak silap. Saya pulang bersendirian. Begitulah rutin harian saya bersama kawan-kawan. Petang adalah waktu kami bermain. Tak kiralah masak-masak, polis entry. Semua kami redah. Ketika dalam perjalanan pulang berseorangan tiba-tiba saya mendapat idea untuk mencuba sesuatu di dalam TV. Berjalan sambil tutup mata. Yeahh.. Mari kita mencuba. Bila dah hampir dengan rumah saya, terus saya pejamkan mata.. konon-konon orang buta tergagau-gagau untuk mencari jalan pulang. Terus saya berjalan dan terus berjalan. Tiba-tiba….

“tengggggggggg!!!!!!!!”

Saya rasa seperti kepala saya berdengung. Seperti ada awan burung di atas kepala sedang memusing-musing. Rasa pedih di dahi. Aduhhh!! Terus saya bukakan mata. Di hadapan saya betul-betul dinding rumah saya. Saya cuba meraba-raba dahi saya. Terus saya berlari masuk rumah.

“makkkkk.. kepala darah….”

Terus mak saya Tanya, kenapa boleh jadi demikian. Lalu saya pon cakap yang saya jalan tutup mata. Saya dah aim lorong nak terus masuk pintu rumah saya. Tak sangka la pulak tersasar dari landasan yang sebenar.  Dah tu kena berleter pulak. “tu la hang.. buas sangat..” Hehe.. sampai sekarang masih menjadi perbualan antara keluarga saya jika bersembang pasal kenangan lama. Hehe…  wahai adik adik sekalian. Janganlah anda meniru aksi diatas ye. Bahaya. INGAT!!


 
sekadar hiasan semata

  1. 2.      Saya dan kereta sorong

Pasti kita semua kenal kereta sorong kan? Kereta yang di gunakan untuk mengusung tanah, sampah, atau apa-apa sahaja yang kita nak. Selalunya digunakan oleh pekebun la. Kat rumah saya ada satu. Warna biru. Sapa-sapa nak sewa drive pergi kelas boleh la berhubung dengan saya. Tak payah nak telifon prebet atau teksi dah. Tak payah bubuh minyak mahal-mahal dah.  Hehe.. ada kenangan manis yang tercipta antara saya dan kereta sorong tersebut. Di tepi rumah saya ada satu bangsai (pondok letak barang) kepunyaan tokwan saya. Di dalamnya ada peralatan kenduri kepunyaan tokwan saya. Kebetulan kereta sorong itu pon berada didalamnya. Terus saya mendapat idea untuk menjadikannya bahan permainan saya. Ketika itu saya bermain bersama sepupu-sepupu saya yang lain. Kereta sorong itu di jadikan port saya untuk melepak. Setiap orang mengambil port masing-masing. Ada yang di atas kerusi dan sebagainya. Ketika saya main, saya berdiri dia atas kereta sorong tersebut. Konon-kononnya nak melihat orang lain punya port la. Dah la kereta sorong tu ada satu ja tayar. Memang tak stabil la kan. Tiba tiba saya rasa seperti kereta itu bergoyang-goyang.

“debushhhhhhh”

Saya jatuh. Mulut saya terkena  terkena tungku kawah( kaki tempat letak kawah). Aduhhhh.. terus saya pegang mulut saya. Rasa seperti berdarah.. Saya berlari masuk rumah.

“makkkkkk.. mulut berdarahhhhhh”

Hasil siasatan yang di lakukan oleh mak saya terhadap mulut saya mendapati gigi saya dah tergantung-gantung nak tercabut. Terus mak saya tarik. Senang je gigi tu tertanggal. Hehe. Masa tu masih gigi susu.. senang la nak tercabut. Hehe.. Wahai adik-adik. Janganlah meniru aksi diatas ok. Saya tersangatlah buas ketika kecil. Hehe


dulu

VS

sekarang


  1. 3.      Saya dan buaian

Perbezaan umur antara saya dan adik saya sangatlah jauh. Iaitu 6 tahun. Menjadi anak bongsu yang lama menyebabkan saya selesa untuk tidur dalam buaian sehingga zaman persekolahan. Sewaktu umur saya 7 atau 8 tahun kalau tak silap, saya teringin sangat nak tidur dalam buaian walaupun masa tu saya dah mempunyai adik. Jadi, saya mengambil keputusan untuk mereka membuat sendiri buaian saya. Jika saya menyatakan hasrat saya pada mak saya mungkin saya akan dimarahinya. Jadi tak perlu nak menyusahkan orang. Saya dah pandai berdikari. LAH SANGAT.. hehe. Saya membuang kain buaian adik saya yang berjaring tu. Saya gantikan dengan kain batik emak saya. Kononnya kain batik lebih kukuh. Tanpa membuang masa saya terus masuk dalam kain batik itu lepas memasangnya pada besi buaian tu. Tiba-tiba

“prakkkkkkk”
“tenggg!!!!!”

Berdengung kepala saya. Kain batik tu terkoyak dan saya jatuh terhantuk kat lantai. Aduhhh… sakit tak terkata. Rasa berdenyut-denyut je kepala saya masa tu. Terus saya diamkan diri tanpa cerita pada sesiapa. Malu kot. Lepas peristiwa tu saya dah tak naik buaian adik saya. Saya dah insaf. Hehe.. mohon adik-adik janganlah meniru aksi berani mati yang saya lakukan ini.


sekadar hiasan

Kenangan ini masih mekar dalam ingatan saya. Setiap orang mempunyai kenangan masing-masing kan? Saya cuma berkongsi kenangan saya semasa saya kecil. Terima kasih kerana sudi membaca. Kenangan inilah yang mematangkan diri saya. Matanglah sangat kan.  Hehe..

Memandu

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Cuti semester nie banyak saya habiskan dengan berjalan-jalan. Merata saya pergi. Nasib baik ada JPJ di sebelah saya yang sentiasa guide semasa saya memandu. Tanpa beliau mungkin saya tidak akan seberani ini. hehe. Al-maklumlah perempuan. Bukannya berani sangat. Paling tak pun mesti ada seseorang di sebelah saya tidak kiralah kecil, besar, tua dan muda. Pokoknya mesti ada.. hehe.

Kali pertama saya memandu bersama Encik JPJ paon ke Bukit Mertajam kerana ada urusan bisnes. Biasalah, bila dah jadi anak seorang bisnesman nie kena la tolong menolong. Sepanjang perjalanan ada saja benda yang tak kena bersama Encik JPJ nie. Bawak laju sangatlah. Slow sangat lah. Elak lubang lah. Ikut dekat lah. Tapi tak apa. Sebagai peringatan. hehe



Berikut adalah dialog yang sempat dirakamkan bersama beliau:

"kak ____ ada tak tanya pasal aku?" (muka bangga)

"ada....." (muka menyampah)

"dia tanya apa?"

"tanya hang dok buat apa la nie."

"habis tu hang jawab apa kat dia?"

"aku cakap la hang dok rumah saja. tak buat apa. benda betoi kan."

"Ish hang nie. Len kali cakap la yang aku tengah dok majukan bisnes ayah. Aku tengah dok merancang nak pasarkan di seluruh Malaysia.  Hang bukannya nak back up abang-abang. Huh.Nanti hang ikut aku pi buat sale. Aku bagi kat hang RM20 sehari. OK?? "

"Dah benda betoi. Takkan aku nak menipu.. hahaha. Hah?? sehari RM20? Ok deal"

Payah la bila dah dapat abang perasan macam nie kan. Nasib baik adiknya tak macam tu. Tu baru sikit saya memandu. Yang paling jauh kelmarin. Ke Kuala Kangsar. Melawat anak sedara saya si Muhammad Ezzat Al-Fateh dan keluarga angkat saya di sana. Encik JPJ Si ayah saya berada di sebelah semalam. Sebelum saya memandu ayah saya ingatkan saya supaya berhati-hati kerana saya membawa nyawa keluarga saya. Kalau jadi apa-apa pupuslah keturunan kami. hehe. Ayah berkata demikian untuk ingatkan saya. Biar lambat asal selamat. Encit buncit kata "Ingat Orang Tersayang". Elleh, macam iklan tepi jalan lak kamu ye Encik Buncit.

Sampai di Kuala Kangsar pada pukul 12 lebih. Lepas tu tukar pemandu dengan ayah pulak. Sebabnya saya dah sakit tengkuk memandu lama-lama. Tambahan pula mata xdapat dah nak angkat dek mengantuk. hehe. Sampai-sampai ja ada ja yang nak memanggil aku nie NICO. haha Nico pon Nico lah janji dapat jumpa. hehe. Dapat melepaskan kerinduan pada kakak dan anak sedara tersayang. Tak taulah bila pulak kita dapat berjumpa lepas nie. Mungkin sebulan lagi atau dua bulan lagi. hehe..

Insyaallah kakakku, aku mendoakan kejayaan hang untuk MTEST nie. Good luck. Insyaallah hang boleh.. Luv u.

Si kecik Atif yang sentiasa menghiburkan mandak. Manja sungguh dengan mandak. hehe. Pantang tengok Mandak pakai tudung, mulalah nak berkepak tangan nak datang kat Mandak. 


sebelum berangkat

atif dah pandai nak posing

sedih nak berpisah

Anak sedaraku yang sulung dah besar. dah boleh geng dengan mandak. Awak comel lah sayang. hehe.. Tak aci.. Tak aci..

kakak dah boleh kawan ngan mandak

dalam kereta


selepas penat memandu


dengan adikku faaiq

Faaiq cakap, kak tin nie tak habis-habis nak tangkap gambar. Adik, nanti gambar-gambar nie kak tin nak tengok kalau rindukan hampa semua.


oppa!! oppa!!

Duduk menyembang denga kak ct dalam bilik. lepas tu dia keluarkan chocolate.. saya nie dah la peminat tegar chocolate.hehe.. bila dah duduk menyembang mula la nak menggila dengan dia. Penuhkan chocolate di gigi, julingkan mata.. comel.. hehe

awak nak kawan dengan saya tak?

Anak sedara yang paling kecil setakat nie. Mungkinkah tahun depan saya akan dapat lagi seorang? hehe.. Practise jaga anak sedara awal-awal. Nanti senang nak jaga anak sendiri. kan. kan.. kan?? hehehe

ezzat, mandak rindu ezzat

nico dan faaiq


bonda nan ezzat





Perihal motosikal

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Seperti manusia lain, saya juga mempunyai pahit manis dalam permulaan naik motosikal. Bermula pada darjah 5. Masa tu masih terlalu muda untuk naik motosikal. Zaman dulu-dulu. Bukannya macam zaman sekarang. Kalau sekarang nie kalau dajah 5 dah merempit kat atas jalan raya dengan tak pakai helmet. Cukup berani gelagat adik-adik kita sekarang. Tak tau lah apa nak jadi. Huh geram betul.

Menjadi kebanggaan pada diri saya apabila dapat menunggang motosikal sambil membawa adik-adik untuk meronda di kawasan kampung. Rasa dunia nie saya yang punya. hehe. Cantik ayat noh. tak apa. Blog saya. Belajar menunggang moto honda EX5. Merata tempat saya menunggang. Di Pulau Pinang, di UIA, di Kedah. Pokoknya meratalah ye.. Akhirnya saya menamatkan zaman menaiki motosikal tanpa lesen pada bulan Jun 2012. Alhamdulillah cuma sekali sahaja test JPJ. 

Antara kenangan manis masa mula-mula belajar naik motosikal:-

  1. Pada suatu petang, saya menaiki moto untuk ke kedai Pak Ngah Latip bersendirian. Untuk ke kedai, saya perlu lalu lorong yang kecil. lorong yang terletak di antara rumah sewa dah pagar besi. Hanya muat untuk sebiji moto saja pada satu masa. Dengan bangganya saya pun menunggang motosikal. Tiba di tengah-tengah lorong, tiba-tiba kelihatan kekumpulan lembu datang dari arah hadapan saya. Saya mula gelabah. Hilang punca dan arah. Dengan menggunakan akal saya yang pendek ketika itu terus saya tongkatkan moto di situ lalu saya sembunyi di belakang rumah sewa. Almaklumlah, kurang berani. Bukannya takut. Saya cuba intai sedikit demi sedikit untuk mengetahui perkembangan lembu-lembu tersebut. (mantop gila ayat). Akhirnya saya lihat lembu itu telah berlalu. Fuh.. lega hati nie. Terus saya keluar dari tempat persembunyian saya untuk dapatkan moto saya balik. Alangkah SUWITnya bila saya tengok lembu-lembu tu dah terbalikkan moto saya. Bagus punya lembu. Saya dah bagi jalan pon masih mau cari gaduh lagi dengan saya. Madu dibalas dengan Tuba. hehe.. Tapi takpa. Moto tu sikit pon tak terjejas. Alhamdulillah. Yang pentingnya saya selamat dari ancaman lembu-lembu tesebut.. PENGAJARAN: lembu tak kacau orang aih. Jangan buat teruk ye lepas nie. hehe..

hasil usahaku selama beberapa tahun. =)

Banyak lagi kenangan yang tak dapat saya lupakan masa mula bertatih dalam menunggang motosikal nie. Ada yang kenangan hampir-hampir saya langgar Pakistan jual kapet.. Tu la Cik abg.. sapa suruh nek basikal tengah jalan.. Saya budak baru belajar time tu.. hehe.. Yang selebihnya saya akan ceritakan pada post seterusnya. Thanks kerana membaca.. hehe

cuti semester dah mula

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Cuti semester dah bermula. Alhamdulillah. Macam- macam perancangan ada dalam otak la nie. Sesi packing barang dah bermula sejak hari jumaat lagi sedangkan tiket pada hari isnin. Asalnya tiket saya beli hari selasa. Tapi memandangkan kerinduan pada rumah teramatlah membuak-buak, jadi saya ambil keputusan untuk menukar tiket KTM. Merempit dengan Aqillah ke KTM Tanjong Malim menaiki moto Fuad.. Terima kasih Fuad kerana memahami kawan-kawan hang yang sangat hyperHappy nie. hehe..

Antara aktiviti yang dirancang:-

  • Jelajah kedah dan pulau pinang
  • Melawat tok tersayang
  • Melawat ezzat si kecik di perak
  • KFC
  • Bowling
Banyak lagi kalau nak di senaraikan. hehe. Takut jadi karangan pulak kan. Jadi sepanjang detik-detik pulang ke kampung macam-macam kenangan yang sempat saya coretan dalam dairi minda saya. Moga kenangan ini akan selamanya terpahat dalam hati. 

8/10/2012 :- Pengembaraan bermula

  • angkut barang turun dari tingkat 7 untuk di hantar ke rumah kak aisyah
  • melawat kawan-kawan tersayang untuk bersalam-salaman dan bermaaf-maafan
  • menunggu kedatangan abang Aqillah untuk ke KTM
  • naik KTM pada pukul 10.50.
  • duduk tak diam dengan aqillah dalam KTM. tegur habis semua Mak cik, Pak cik, Encik pemungut tiket KTM, sweet kapel kat kerusi sebelah. 
  • Hasil dari sikap ramah, kami dapat ayam Uncle Bob. pandai pau orang noh. hehe
  • Rasa bosan dalam KTM, berjalan pi balik p balik dengan Aqillah kat Kafe dalam KTM
  • Penuhkan memori handset dok tangkap-tangkap gambar kenangan la konon. hehe
  • Tertidur ayam. Sejuk. Macam dalam peti ais.
  • Sampai di Stesyen Bukit Mertajam. ( KTM berhenti 20minit)
  • Elok dah jalan separuh baru teringat beg lagi satu tertinggal dalam KTM. Lari cepat-cepat pi ambik
  • Orang laki senyum-senyum. Uncle Cina bagi nasihat kat saya supaya hati-hati. Thanks Uncle tomey2.
  • Salam mak & ayah. Singgah breakfast kat kedai (5.30)
  • Buat muka SUWIT kat mak cakap nak drive sampai rumah.

Alhamdulillah. akhirnya sampai juga di Bumi Kedah nie. Terubat rindu di hati. Rindu nak meronda. Rindu nak usik adik-adik. Rindu nak jumpa mak dan ayah. Rindu pada segala-galanya di Kedah. hehe. 

Kenangan terakhir

baru lepas hantar barang

macam nie ok tak qillah??

kat foyer blok 1

jumpa lagi

gonna miss bilik 1-7-12

muka sedih nak berpisah 

nico nak balik kg

tekan lif kali terakhir

Dr Aqillah


PHD!!! tunggu saya..

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Tentang tajuk saya hari nie iaitu phd? bukan perasaan hasrat dengki tetapi Doctor of Philosophy. sekali dengar macam gayat saja nak belajar sampai ke tahap tu. Perlu korbankan waktu bersuka ria bersama keluarga, kawan kawan dan segalanya. Tapi ini semua tak mustahil jika kita mempunyai matlamat ke arah itu. Saya akui, diri ini juga inginkan  gelaran Dr seperti insan-insan lain yang berjaya. Ingin melihat wajah kegembiraan ibu dan ayah. Ingin membakar semangat adik-adik yang masih kecil. Inginkan kejayaan itu dalam genggamanku. Tak mustahil jika saya terus berusaha gigih tanpa henti. 

Biarlah waktu kegembiraan itu lenyap seketika. Bukan saya tidak mahu menghargai masa muda ini. Tetapi saya teringat akan kata-kata tokoh ulama silam yang semenangnya terkenal kerana menguasai pelbagai cabang ilmu. Tokoh tersebut ialah Ibnu Sina. 



"waktu muda adalah waktu yang sangat singkat untuk menguasai pelbagai bidang ilmu"

Jika pada waktu muda ini saya habiskan dengan perkara-perkara yang melalaikan, apakah nasib yang akan menimpa saya kelak. Mungkin orang akan berkata

"tak perlu risau, awak tu perempuan. Suami awak yang akan tanggung semua itu"

Ya.. saya tidak nafikan kebenaran itu. tetapi saya melihat pada konteks zaman yang mendatang ini. Yang semakin mencabar. Yang semakin rumit. Yang semakin maju. Takkan saya nak biarkan diri ini terus begini. Ilmu setakat paras dada sahaja. Mencukupikah? sedangkan Islam juga mewajibkan kita menuntut ilmu. Ilmu itu tidak akan pernah habis. Ilmu Allah itu ibarat laut. Mashaallah.. Ilmu yang ada dalam diri saya mungkin ibarat 2 atau 3 titik sahaja daripada air laut itu. 

Pada pendapat saya tidak salah kiranya saya nak mencari ilmu yang lebih untuk menghadapi cabaran tersebut. Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan. Alang alang saya belajar saya tidak boleh berhenti begitu sahaja. Ilmu itu perlu saya gali sedalam-dalamnya. Mungkin orang akan kata, 

"habis tu awak nak kawin bila jika asyik ingat nak belajar saja"

Bagi saya jodoh itu urusan  Allah. Bila-bila pun ia datang saya tidak kesah. Bukannya saya nak menolak jika jodoh itu datang awal, tapi saya perlu capai matlamat saya dahalu. Aduh.. apa yang saya merapu nie. saya baru 18 tahun la.. hehehe. Abaikan.. Abaikan..

Berbalik pada topik saya iaitu PHD. saya teringat akan seorang tenaga pengajar di UPSI. Saya tidak pasti sama ada beliau seorang pensyarah.. atau sekadar part time mengajar.. Mengajar saya dalam kelas tutorial math. Saya memanggil beliau Cik Rawdah kerana beliau belum berkahwin. Orangnya masih muda. Anggapan saya mungkin umur dalam 25 atau 26 tahun. Kecil orangnya. Comel gitu. 

Pada kelas terakhir bersama beliau, beliau menyatakan yang minggu hadapannya beliau akan melanjutkan pelajaran, jadi itu kelas terakhir beliau bersama kami. Menjadi tanda tanya kepada kami. Dimana?? Bidang apa?? Peringkat apa?? Mungkinkah dia ingin melanjutkan pelajaran peringkat Master kata hati kecilku. hehe macam novel lak ayat saya kan? hehe 

Dengan penuh bersemangat saya bertanya pada Cik rawdah.

"cik rawdah.. Cik Rawdah nak sambung belajar kat mana?"

"USM kat pulau pinang"

"Owh yka. dekat la dengan rumah saya.. Bila-bila masa boleh la kita jumpa kat sana ye(sambil sengih). Cik Rawdah nak sambung Master ke?"

"Owh yka. Boleh-boleh. hehe. Ehh tak la. Saya nak sambung PHD dalam bidang math... " (jawabnya dengan sedikit merendah diri)

Gulp... tiba-tiba semua terdiam. Jantung saya bagaikan di sambar petir. Terkejut. Terkesima seketika. Mashaallah. PHD.. 

"Umur Cik Rawdah berapa ye?"

"umur saya lewat 20an" (sambil-sambil tersenyum manis)

Saya ingatkan beliau baru 26. Rupa-rupanya dah lewat 20an. Saya merasakan diri saya seperti mendapat satu semangat secara tiba-tiba. Semangat nak sambung sampai ke peringkat PHD. Moga saya diberi kekuatan untuk sampai ke peringkat itu.

selepas kelas tutorial


barisan akak-akak 


fakulti sains & math

 selamat datang.. hehe

Lalu saya bertanya pada pensyarah Hubungan Etnik saya iaitu Encik Samri tentang PHD lalu dia menjawab

"Kamu kalau nak ambil PHD pastikan kamu jangan berhenti langsung belajar. Sekarang kamu di peringkat Diploma. 3 tahun lagi kamu akan grad. Lepas tu kamu jangan kerja lagi. Terus sambung Ijazah.. Master dan PHD. Mungkin kamu akan mendapatkan title Dr tu masa umur kamu 32 atau 33 jika kamu belajar tanpa henti la."

Encik Samri

Saya mendapatkankan title itu bukanlah kerana saya terlalu mengejar dunia. Tetapi saya ingin buktikan pada semua orang bahawa tak mustahil seorang wanita Islam mampu untuk ke arah itu. Jauh niat saya untuk menyaingi kaum Adam. Tidak sama sekali. Kaum Adam tetap hebat. Saya sanjungi kalian. Tetapi biarlah kita sama-sama buka mata orang yang beragama lain tentang kehebatan wanita Islam juga. Kami juga hebat. Yeahh.. hehehe (semangat nie)

Jadi kepada bakal menjadi peneman hidup saya. Saya tidak tahu siapa awak dan saya berharap agar awak jangan muncul sekarang. Nie bukannya saya nak gatal.. Maaflah.. Mungkin terlalu awal untuk saya cakapkan benda ini. Tapi saya perlu maklumakan yang saya nak capai matlamat itu. Ayah saya menetapkan saya berkahwin selepas ijazah jika saya mahukan. Maksudnya time diploma tak boleh la. hehe.. Saya cuma nak maklumkan sahaja.. Saya berharap agar awak tidak menyekat matlamat saya ini dan saya berharap suatu hari nanti awak akan menjadi pemberi semangat pada diri saya ini. Saya bersyukur kiranya awak memahami diri saya yang mencintai Ilmu. Sekian terima kasih. 

Walaupun nampak macam saya mengejar ilmu dunia tetapi jangan risau. Ilmu akhirat takkan saya lupakan. Saya akan cuba seimbangkan kedua-duanya. Mak dan ayah saya mahukan anaknya menjadi seorang insan yang berjaya bukan sahaja didunia tetapi juga di akhirat. Mereka juga inginkan tangan saya ini yang bakal menadah doa, mendoakan mereka di akhirat nanti. Anak yang bakal memohon kepada Allah dengan sepenuh hati meminta Allah meringankan dosa-dosa mereka didunia. Anak-anak yang di rahmati Allah.. Insyaallah.. Saat hati merindui mereka..  hanya gambar menjadi pengubatnya. 

Ya allah, kau muliakanlah Ibu dan Ayahku..

saya bahagia dengan kalian <3


bakal Dr Nico



Tak suka Tak suka!!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Di pagi Jumaat yang penuh dengan keberkatan nie rasa macam nak menaip la pulak. Sebabnya jari nie dah makin gemuk(=,=) bila lama tak taip SMS or CHATTING kat FB dek kesibukkan Final Exam. Nak guna touchscreen pon dah xleh. Taip asyik salah je. hehe..  Masa exam kena fokus betul-betul.. Tak boleh main-main. Nanti bila dapat result teruk mula la nak menyesal kan? Lepas tu semester depan kena beljar dengan pensyarah yang sama lagi. kalau belajar untuk subjek lain xpa. Tapi nie untuk kursus yang sama. Malu.. Malu... Tak apa, ini hanyalah sekadar mukaddimah sahaja. hehe

Motif saya nak menaip pagi nie adalah untuk menyatakan ketidakpuasan hati terhadap sesetengah pihak di dalam Fb yang kerap post mengenai CINTA. Ada apa dengan CINTA? hehe.. Ya saya akui, setiap daripada kita memang akan rasa ingin menyayangi dan ingin di sayangi. Rasa ingin berkasihan, rasa ingin di dampingi seperti orang-orang lain. Ingin kelihatan kononnya SUWIT bila bersama dengan pasangan masing-masing. Lepas tu mulalah nak post Quote pasal CINTA. Islamic Couple, Bercinta dalam Islam. Menggunakan agama sebagai medium untuk merasakan cinta itu wujud antara lelaki dan perempuan walaupun belum ada ikatan yang sah. Ya saya akui, memang ada jika kita betul-betul melakukan apa yang disuruh oleh Allah dan meninggalkan segala laranganNya. Pada mulanya memang kita akan merasakan tidak salah. Tapi kita seringkali menyalahertikan benda tu semua. Mulalah kita akan berkhayal untuk memiliki semua tu. Lepas tu bila jumpa dengan ustaz-ustaz muda mulalah. Ohh itulah rusukku ohh itulah bakal imamku. Cait podahh.. menyampah saya.


Ya saya akui.. Kadang-kadang saya pon macam tu juga. Tapi semua tu terjadi lepas saya membaca pasal post-post cinta anda la kat dalam FB tu. Bukannya saya nak marah. Tapi kalau boleh kurangkan la. Iman saya tak sekuat kalian semua. Tolonglah jangan buat saya begini. Dalu memang saya pon begitu, merasakan indahnya berrcinta dalam Islam. Tapi tipulah saya cakap kalau lepas saya post benda-benda macam tu saya tak berkeinginan untuk mencari seseorang. Saya pun manusia biasa. Ada nafsu yang sering mencabar keimanan saya. Tapi sekaramg saya perlu menghapuskan semua itu. Demi misi yang Utama. hehe

mencari keredhaan Ilahi

Dulu saya pernah membuat sedikit kajian tentang rakan-rakan Fb tentang masalah ini. Cewah, macam buat tesis la pulak kan. hehe. xde la. Cuma nak tengok perbezaan antara post mengenai cinta dan isu-isu lain.

Hasilnya:
:::::::::::> bila saya post mengenai kelebihan bercinta
Like: mencecah hampir 50 orang yang akan like.

::::::::::::>bila saya post mengenai islam, aurat, dan isu-isu fiqh
like: anggaran 10-20 orang sahaja.

Tengok. betapa hebatnya aura Cinta. Fantastic. Bukan saya menyalahkan anda semua. Kita semua sama saja. Tapi kita kena ingat, apa yang kita buat akan memberikan kesan pada orang lain. Saya turut terkesan dalam benda nie. Bukan senang nak bermujahadah dengan hati nie. Melihat pada persekitaran sekarang yang majoritinya mempunyai pasangan yang belum halal akan membuatkan kita merasakan seperti ianya satu kewajiban. Kalau boleh saya nak menghalang semua tu.

Contohnya
ohh no.. sweetnya..

lagilah sweet. nak macam nie.. nak macam nie 0_0


Gambar itu semua mampu mempengaruhi minda dan jiwa kita. Sebab itulah saya lebih mesra menggunakan "aku" dan "hang" ketika berbual dengan rakan-rakan lelaki. Membuatkan saya rasa seperti bergaul dengan teman-teman biasa. Tidak akan timbul perasaan apa-apa dalam hati ini. Saya mempunyai matlamat saya tersendiri. Untuk mencapainya saya perlu menghindari diri ini dari terus tersungkur ke lembah percintaan sebelum kawin yang kononnya SUWIT sangat tu.

Tolonglah wahai kawan-kawan di Fb. Hentikan penderaan Imanku ini. hehe Semoga Allah membalas atas kebaikkan yang kalian lakukan. Insyaallah.

Perihal Housemate

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Bersyukur sangat-sangat sebab semester satu nie saya dapat satu rumah dengan rumet dan housemate yang sangatlah baik. Pada mulanya saya fikirkan mereka nie sombong sebabnya bertegur sapa. Tapi tak pon. Mereka sangat ramah. Walaupun lain-lain agama. tapi sangat Menceriakan. Rajin. memang PERFECTlah. hehe. biasa la, bila dah satu kepala semua benda buat pon jadi seronok.


sima <3

Rumet untuk semester satu nie ialah sima. pertama kalinya saya tengok dia, mmm... tak taulah nak cakap. sangat pendiam. Homesick (first time dok hostel). Suka menyendiri. Saya agak bingung macam mana nak hidup dengan dia pada mulanya kerana saya nie seorang yg sentiasa happy, banyak mulut dan suka menyakat. Mula-mula, agak payah nak mulakan. Lama- kelamaan, Alhamdulillah, saya berjaya menjadikan dia seorang rumet yang agak bising. Thanks sima sebab sudi menjadi rumet saya. 

Susah senang bersama sima. Banyaklah benda yang di buat bersama. Pergi kelas, makan, keluar pergi kedai setiap malam. Pokoknya bersama. Tentang makan memang tak payah nak di risaukan sebabnya sima nie jenis tak kisah nak makan berkongsi. setiap hari kami beli lauk 2 jenis dan kami kongsi bersama. Menang sangat menjimatkan sebabnya sehari cuma perlu sediakan duit makan sebanyak RM1.50 - RM2.00 sahaja. Nasi kami masak saja guna periuk comel Amy. 

Amy anak Wallace

 Amy pulak housemate saya yang tersangatlah rajin. Setiap hari khamis dia akan cuci satu rumah. Bermula dengan cuci cermin, sapu sampah, mop lantai, cuci tandas dan susun kasut. Rumah kami sentiasa bersih sebabnya dapat kawan macam Amy. Kalau ada orang datang rumah 1-7-12(promote la tu) mesti semua orang akan memuji. Bangga tahap bila orang puji. Pada mulanya memang kami buat jadual tugasan cuci rumah, tapi ikut dan je la. Sapa yang free dia la yang akan kemas. Malas nak memaksa-maksa. Sebabnya semua dah besar. Bukannya sekolah lagi. 

Apa-apa pun saya bersyukur kerana Allah kurniakan housemate seperti mereka. Walaupun berlainan agama namun kami tetap bersama. Moga kita dapat bersama lagi semester 2 nie ye wahai Amy dan Sima. 

Gambar-gambar kenangan bersama:-


gambar masa awal sem

sebelum ke libary

fatin & sima

saya, amy dan sima

kami sahaja

timah tangkapkan gambar nie. haha


fatin filzah nur

housemate sem 1

berpura-pura 

1..2..3.. snap!!!



´