Pages

gara-gara lupa bawa kunci

Asssalamualaikum dan Salam Sejahtera

Bila dok kat universiti nie kena pandai-pandai la nak hidup. Semuanya tak macam dok asrama dah.. Apa-apa pon kat sini kena buat sendiri. Tak ada orang nak peringat kita macam dulu.. Hal aku, hal aku, hal hang hal hang la.. 


Haya nak cerita sikit kenangan yang memang sweet n sour la kat bilik saya nie. Memang dah perangai saya jenis yang lupa nak bawa kunci bilik. Apa-apa pon nak harapkan rumet yg sememangnya tak berenggang dengan kunci yang sentiasa di gantung di dompet atau pon tali kad matrik. Tak macam saya, biarkan je kunci tu dok merata. Bila nak guna baru meraba-raba cari kunci kat mana.

Situasi Pertama: 
Saya baru balik dari pekan dengan iman, teman iman perrgi buat kad pengenalan dia yang baru sebabnya IC dia hilang.. dan pergi beli hadiah untuk kak wahida sempena besday dia. Masa tu  bulan puasa. Cuaca sangatlah panas.. Tekak pon dah dahaga air.. Memang rasa macam nak balik bilik cepat je. Dalam prebet yang kami naik pulak xde air cond. Memang menguji keimanan sungguh la.

Sampai-sampai saja kat rumah baru perasan yang nak buka pintu bilik tak boleh sebabnya kunci ada dalam bilik. Punah harapan saya nak berehat sebab keletihan. Dengan muka yang penuh dengan kepenatan saya pon pergi la ke bilik kak wahida. 

saya              :kak wahida, nak tumpang berehat, kunci rumah tak bawak (muka penuh keletihan)
kak wahida   :laaa. yeke.. mai la rehat atas katil akak nie dulu. 
saya              :oke (senyum)

sambil-sambil saya hantar mesej kepada sima
"sima, dah balik ke belum"
"belum lagi la, kelas habis pkul 1.00"
""lagi sejam.. saya x bwak kunci la"

dalam pkul 1.30 macam tu sima pon balik ke bilik. saya pon pulang la ke kamar saya yang tercinta. lepas tu saya kemas-kemas beg siap-siap untuk kelas kimia petangnya, tiba-tiba

kamar tercinta 1-7-12


"ya allah sima, tgok nie (sambil keluarkan sesuatu dari beg).. kunci ni ada dalam beg. memang tekanan tahap" 

Sima hanya senyumkan saya.. nampak tak, betapa kalutnya saya.. Sampai kunci dalam beg pon tak perasan.. hehehe.. Sejak sejam lebih saya tidur di bilik kak wahida, rupa-rupanya kunci dalam beg sendiri je pon. rasa macam nak jerit je satu blok nie. Biar semua orang dengar.. hehehe

::Moralnya: lepas nie jangan terlalu panik. cari dulu sebelum buat tindakan lain. hayya.. fatin.. fatin.. ::

penuhkan memoriku

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Nak cerita sikit pasal kawan saya nie sorang,
Orangnya suka sangat ambil gambar-gambar,
pantang jumpa pemandangan cantik, mesti ayat nie yang akan keluar
"eh, cantik la permandangan nie, tangkap la gambar"

Iman Farhana


Dengar saja ayat tu saya dah tahu apa maksud yang tersirat dan tersurat.
"nak handset saya kan??" hehehe
 dengan muka yang sangat comel, saya kasi je handset saya kat dia,
sebabnya saya tak suka sangat bergambar waktu orang-orang ada.
Malu la konon

Menggunakan kelebihan handset saya yang agak hebat tu
menghasilkan kualiti gambar yang sangat menarik, tertarik.. hehe
(samsung galaxy mini je pon)
maka cik iman pon akan tersenyum lepas bergambar.
seronok ye?? takpe-takpe..
biasa la tu..


iman, sambil memilih buku

nenek iman sedang baca buku atas kerusi klasik
^_^


hebat iman baca buku KING


i love arabic, tapi tinggal kenangan

kitab-kitab nahu <3

koleksi kitab arab, walaupon kami budak sains


iman selalu tanya saya pasal arab


indahnya bahasa syurga


koleksi novel Inggeris


rindu sama nak study arab

let us converse in arabic


Lepas dah tangkap gambar-gambar yang dia suka,
mesti dia akan cakap
"Fatin, nanti upload la dalam FB, privatekan eh" hehe

Masalahnya cik Iman oii, saya nie xsempat nak upload,
bizi la konon, tak apa, kalau ada masa lapang saya uploadkan,
tapi x berani nak janji la bila.. sebabnya saya nak uploadkan gambar-gambar tu ialah

MEMORY CARD handset saya dah penuh,
dah dekat 700 keping gambar-gambar yang lama,
kalau la gambar-gambar tu real mesti dah jatuh kat atas lantai lantaran terrlalu banyak gambarnya,
hehe..

Takpe cik Iman, nanti saya padamkan gambar-gambar yang lama,
lepas tu cik Iman boleh la bergambar puas-puas,
saya tak berkira sangat kalau bab-bab handset nie,
asalkan jangan sampai rosak dan hilang.. hehehe

:^: tidak beriman seseorang itu sehinggalah dia mengasihi saudaranya seperti mana dia mengasihi dirinya sendiri. saya nak jadi orang berIman, sebab itulah saya nak mengembirakan kawan-kawan saya. 




Kesabaranmu wahai Umar Al-Khatab

Assalamualaikum dan Salam Sejatera,
saya nak berkongsi sikit kisah Umar al khatab yang sangat penyabar melayan karenah isterinya,
harap semua dapat jadikan ikhtibar terutamanya kaum adam.
bukannya si isteri saja-saja nak berleter, tapi ini la caranya si isteri nak hilangkan tekanan (bagi sesetengah wanita la)


Seorang lelaki dalam perjalanan ke rumah Khalifah Umar Ibnul Khatab. Niat di hatinya ingin meluahkan masalah tentang isterinya yang terlalu suka berleter dan kadangkala marah tanpa bersebab. Fikirnya, mungkin khalifah ada saranan dan nasihat berkenaan masalah yang dihadapinya.

Setibanya lelaki itu di depan pintu rumah Khalifah, telinganya terdengar sesuatu. Rupa-rupanya isteri khalifah sedang berleter dan seolah-olah sedang marah kepada suaminya sedangkan khalifah hanya mendiamkan diri dan tidak menjawab sepatah pun.

“Aku ingin mengadu masalahku, tapi tuan Khalifah juga senasib denganku” desis lelaki itu sambil berpaling cuba meninggalkan rumah itu. Dalam masa yang sama, khalifah membuka pintu. Disapanya lelaki itu.

“Apa hajatmu datang ke mari?”

Jawabnya, “Tidak ada apa-apa wahai Amirul Mukminin!”

Tanya khalifah, “Mengapa datang, kalau tidak ada apa-apa?”

Jawab lelaki itu, “Sebenarnya saya datang ini untuk mengadukan tentang sikap isteri saya.Wahai Amirul Mukminin tapi saya terdengar tuan juga sedang dileteri isteri tuan.”

Khalifah Umar berkata sambil tersenyum, “Wahai saudaraku, aku berupaya menanggung semua itu kerana aku terhutang budi pada isteriku. Dia telah memasak makananku, membuat roti untukku, membasuh pakaianku dan menyusukan anakku, padahal itu tidak wajib atasnya. Dia juga menjadi tempat kemesraanku, di mana hatiku berasa tenang dan kerana itu juga aku terlindung daripada melakukan yang haram. Bagaimana dapat aku menentangnya atas kelemahan sikapnya yang sedikit berbanding baktinya yang banyak padaku. Jadi aku hanya bersabar dan menahan telinga saja.”

Lelaki itu membalas “Saya juga menanggung nasib yang sama seperti tuan, Ya Amirul Mukminin”

Umar berkata lagi “Bersabarlah atas kelakuan isterimu itu”

:^: suka sangat bila wanita di muliakan macam ni, syukran ya Allah atas nikmat yang engkau kurniakan pada hamba-hambamu ini. sesungguhnya engkau lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-Mu

syukur di kurniakan pasangan yang soleh dan solehah
(sekadar hiasan)

Puasa 2012

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Puasa 2012 ni amat berbeza dari tahun-tahun sebelumnya.
tahun yang sangat bermakna.
tahun pertama saya berpuasa di rantauan,
tanpa keluarga tersayang,
hanya bertemankan kawan-kawan tersayang,
tapi tak apa.. 
puasa yang telah mengukir 1001 kenangan manis.
walaupun jauh dari semua yang menarik di umah, 
tapi!!!!
berbagai-bagai aktiviti yang dijalankan sepanjang bulan ramadhan di
 kolej harun aminurrashid,
jadi saya xde la rasa bosan di sini.

yang paling menaik ialah 


IFTAR JAM'EI(buka puasa beramai-ramai)


aqillah, sementara menunggu orang azan. =)


menarik je nasik nie.. =)

posing dulu.. =)

anati dan aqillah di hadapan makanan.. =)

Bukan senang nak dapat berbuka sama-sama macam nie,
setahun hanya beberapa kali saja, 
yang tak rapat pon boleh jadi rapat,
nie lah kebaikan join IFTAR JAM'EI,
eratkan ukhwah antara kita bersama,
non muslim pon tidak ketinggalan sama menyertai program ni,

:^: harap tahun depan boleh lagi join aktiviti-aktiviti macam nie bersama kawan-kawan tercinta.





´