Pages

Teman adik interview

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

2 minggu lepas, semasa saya masih dirumah emak saya mengajak saya untuk menemannya ke Bandar Baharu. tujuannya untuk temuduga adik saya untuk kemasukkan ke sekolah menengah. seperti saya dahulu. tetapi saya dahulu cuma temuduga di padang serai. maktab mahmud kulim. awal-awal pagi lagi emak dah kejutkan saya. walaupun agak mengantuk tetapi saya gagahkan diri juga untuk bangun.

perjalanan yang memakan masa selama 45 minit membuatkan saya terkenang kembali detik-detik ketika pulang ke asrama dahulu. Setiap kali nak balik ke sana pastinya saya akan rasa cemas, geram, tak sihat, semua ada. tak suka dok asrama la katakan. selalu saja saya balik ke asrama lambat. tu semua cerita dulu. masa zaman tak matang lagi.

sampai-sampai sahaja di pintu pagar Maahad kelihatan ustaz-ustaz sedang berdiri menantikan kedatangan peserta temuduga. alhamdulillah saya masih kenal semua tenaga pengajar di sana walaupun mereka tidak mengingati saya. perkara biasalah bagi saya kerana saya cuma belajar di sana selama 2 tahun.saya turun di tepi jalan sementara emak dan adik lagi seorang mencari tempat untuk parking kereta.

Tiba-tiba....

"eh. kamu ka?? ingatkan sapalah tadi... " ustaz zahir menyapa saya.

Gembira di hati mula berbunga-bunga. syukur masih ada yang ingat. hehehe

kami berdua berjalan ke meja pendaftaran. Saya menemani adik saya hinggalah ke dalam dewan peperiksaan untuk memberi semangat padanya. tak henti-henti saya mengajar dia. dari dalam kereta hinggalah ke dewan. kata-kata semangat tak putus-putus. doa daripada saya supaya allah pemudahkan segala urusannya. sapa tak sayang adik walaupun ianya tak diluahkan dengan kata-kata. hehe

selepas menunggu seketika di dewan peperiksaan, saya dan emak mengambil keputusan untuk berehat di masjid. emak cakap boleh buat solat sunat daripada duduk disitu. agak membosankan menunggu agak lama. nasib baik ada adik saya yang lagi seorang untuk berborak. lapar tak payah nak cakap la.. macam-macam lagu dah perut nie bernyanyi. hehe.

lebih kurang pukul 11 mula kelihatan budak-budak temuduga sudah keluar. lalu saya dengan exitednya pergi mendapatkan adik saya. hal ini kerana ingin cepat balik. saya sudah lapar. hehe... oleh kerana emak saya sudah drive semasa pergi, jadi saya mengambil alih pula tugas emak saya. terus drive mencari kedai makan dengan lajunya sehingga memotong lori dan hampir melanggar apek di pekan serdang.. tu la apek, sapa suruh keluar tak tengok saya.. nasib baik je.. hehe..



menunggu dan terus menunggu


over qhenyeh =_=


baju hijau itulah mangsa temuduga tersebut




0 gosip anda:

´