Pages

bila terasa rindu

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Bila diri bersendirian hati mula rasa rindu pada insan-insan tersayang. insan yang sangat bermakna dalam hidup ini. memberikan seribu satu inspirasi semasa diri nie kebuntuan, memberi semangat dikala hati ini rasa sangat lemah, memberi kebahagian seperti orang-orang lain. alangkah indah andai dapat bersama mereka sepanjang masa.

bila rasa rindu hanya gambar menjadi pengubat rindu. gambar yang disetkan sebagai wallpaper handset. kadang-kadang ketika tak dak mood nak belajar tekan saja button kat handset tu terus nampak wajah mak dan ayah. semangat untuk belajar kembali pulih. ^_^

bila berada di dalam ratusan kawan-kawan, ada yang bertanya pada saya.

"fatin tak rindu kat family ke?? seminggu berapa kali fatin telifon ke kampung?? tak nak balik kampung ke??"

kalau nak cakapkan pasal rindu pada mak dan ayah memang tak boleh nak digambarkan dengan kata-kata. namun diri ini harus kuat untuk berjuang di medan ilmu ini. bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian.

kalau bercakap pasal telifon mungkin jarang saya akan telifon ke kampung jika tiada keperluan. kecualilah jika tersangat rindu. dalam seminggu mungkin 2 atau 3 kali sahaja saya akan menghubungi mak dan ayah. ketika bersembang bersama kawan-kawan ada juga antara kawan-kawan yang cerita, hampir setiap hari mereka menghubungi mak dan ayah. memang diri saya agak terasa dengan "statement" tu. rasa macam diri nie teruk.

tapi saya tahu apa yang terbaik untuk saya. jika saya kerap menghubungi mak dan ayah saya akan menggalami masalah kerinduan yang teramat sangat. rasa macam nak balik.  rasa macam tak nak belajar, nak je duduk dirumah bersama keluarga. cukuplah sekali saya jadi macam tu. harapnya pisang tidak akan berbuah dua kali. ^_^ biar saya tumpukan pada pelajaran saya. mak dan ayah mungkin faham dengan keadaan saya.

kalau nak balik kampung tu memang kena tahan la. tak boleh nak balik selalu. selagi tak ada cuti panjang memang saya tak akan pulang. sekali balik rumah memang mencecah hampir ratusan la. baik saya guna duit  tu untuk beli barang-barang yang penting. lagipun saya bukannya orang berada. kena faham jugak situasi mak dan ayah.



I LOVE U
U LOVE ME
WE'RE HAPPY FAMILY
WITH A GREAT BIG HUG AND A KISS FROM ME TO U
WONT YOU SAY YOU LOVE ME TO


i LOVE u


u LOVE me


i am strong, when i am in your shoulders


we are HAPPY family




sekian sahaja...


yang benar

nicosikura

0 gosip anda:

´