Pages

again!! and again!!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Semalam merupakan hari yang sangat bersejarah sepanjang saya di UPSI. hari yang tecatatnya 1001 makna dalam hidup saya. membuatkan saya rasa sangat terharu. sangat teruja. 2 saman dalam satu hari. memang terbaek sangat-sangat. yang pertama saman traffic sebab tak bawak road tax moto. yang kedua saman perpustakaan sebab lambat hantar buku olahraga.

saman road tax tu memang tak puas hati sangat-sangat. belum sempat nak explain kat pak cik polis (actually muda lagi polis tu) yang sangat bajet bagus, bajet kemas, bajet hensem, bajet segala-galanya terus dia mintak IC dan tulis surat saman. saya bukannya nak mengutuk la. kami tau kami salah tapi at least tolong la dengar dulu penjelasan kami. saya ada lesen ada pelekat P dan moto pon ada road tax cuma saya taktau yang road tax moto tu ada pada kawan saya. almaklum la pinjam moto orang. saya ingatkan ada kat tangki minyak tu. jadi kepada jejaka diluar sana, hindarilah diri kamu semua daripada menjadi polis traffic ka polis apa ka. hidup memang takkan tenang. setiap hari ada saja orang akan menyumpah kalian dengan sikap segelintir polis yang sangat keras kepala. seriusly tak puas hati.

saman perpustakaan tak la saya kisah sangat. sebabnya cuma lewat hantar buku dek kebizian membuat assigment dan test. cuma RM0.20. walaupun lambat hantar tapi boleh ja encik kat kaunter tu layan dengan mesra. siap melawak-melawak lagi. =) ada budi bahasa. senyum tak lekang dari bibir. nak banding dengan pak cik tadi jauh panggang dari api. senyum dak pastu siap perli cakap surat saman tu nanti fotostet dan buat FRAME.. terus saya cakap kat dia dengan nada yang agak tinggi dan menyindir,

"TERIMA KASIH LA BANYAK-BANYAK PAK CIK, KAMI MEMANG SUKA KENA SAMAN. RASA SANGAT TERUJA. LAGIPON MEMANG KAMI BERCADANG NAK BUAT FRAME PUN"

lepas tu kami terus p dari pak cik yang sangat over tu. bukan saya nak biadap tapi dia yang tak menghormati saya dan Aqillah.. memang terketar-ketar tangan nak tandatangan kat surat tu.

nak komplen sikit pasal surat saman tu


  • dah la tulisan macam budak tadika.. seriusly huduh!!

surat cinta


tetap happy walaupun sedih


mummy!!! nak baby

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

taktau nak cakap apa.. tapi tersangatlah teruja bila tengok gambar baby nie. =)

sapa la mak ayah dia nie????


kecomelannya membuatkan ku berasa tenang ja dari kekusutan nak hadapi test bio esok. walaupun tak tau nie anak sapa tapi mohon pinjam gambar nie untuk melepaskan geram dalam hati. saya tak boleh bayang betapa tergamaknya orang zaman sekarang yang sanggup buang baby yang tak berdosa. tak dak rasa kesian langsung.

walaupun saya nie lambat lagi nak hadapi benda macam nie tapi naluri keibuan tu dah mula menonjol. kalau nak buat graf memang kecerunan dya tu tinggi tahap. ^_^ bersiap sedialah wahai anak-anak sedaraku di rumah. anda bakal digomol hari jumaat nie akibat kegeraman yang amat sangat dalam diriku.

:: agak-agak kalau saya nak baby nie mak dan ayah dia nak bagi dak?? hehehehe.. >_<


banjir lagi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Lepas solat asar tadi agak bosan. taktau nak buat apa. jadi saya pun decide nak baca metro sikit sebabnya tadi masa turun beli lauk saya ada terbaca muka depan metro hari nie. nampak macam menarik. ada kisah kahwin tanpa restu la, kisah banjir la.

 dah tu terpandang tajuk yang nie




Teringat saya masa kecil-kecil dulu. rumah saya tak pernah banjir tetapi belakang rumah saya selalu banjir kalau hujan turun lebat. belakang rumah saya ada bendang. masa tu saya masih dibangku sekolah rendah. selalu bermain banjir dibelakang rumah. saya tersangatlah lasak kerana tidak endah dengan bahaya yang bakal menimpa. yang penting enjoy.

Antara benda yang saya pernah buat ketika banjir ialah pertandingan menangkap lintah. kalau tak silap saya benda nie dicadangkan oleh pak sedara saya. antara peserta yang menyertai aktiviti ini ialah saya, abang saya dan pak sedara pupu saya. caranya begini :

  1. rendamkan kaki didalam air banjir selama beberapa minit
  2. tunggu sehingga ada lintah melekat pada kaki.
  3. bila dah ada yang melekat, cabut lintah dan masukkan dalam bekas masing-masing
  4. ulang step 1 - 3 beberapa kali 

tanpa mempedulikan air banjir yang ntah bercampur dengan air apa kami teruskan sahaja permainan tu. kadang-kadang nampak ja pampers lalu, sampah sarap lalu. buat kering ja tengok. akhirnya selepas dah jemu menunggu kami pon menamatkan permainan tu. dan masa yang di tunggu-tunggukan sudah pun tiba iaitu menentukan pemenang. 

pemenang dinilai melalui beberapa aspek

  1. bilangan lintah yang ada dalam bekas masing-masing
  2. kebesaran lintah

dan pemenangnya tempat PERTAMA jatuh padaaaaaaaaa


"HADI"
(pak sedara pupu saya)

tempat KEDUA ialah

"PAON"
(abang saya)

tempat KETIGA ialah

"NICO"
(saya)



sedih jugak la masa tu. kalau main apa tak pernah nak menang walaupun tak dapat hadiah apa pun. jadi bila dah besar nie konklusi yang boleh saya buat, nampak sangat masa tu dia banyak darah kotor dalam badan. sampai lintah tu minat kat dya. lintah yang mai kat saya ada la seekor dua, tu pun kurus kering punya lintah. *nak cakap saya tak banyak darah kotor la* ^_^


sekadar hiasan

Sesungguhnya zaman kanak-kanak sangat mahal nilainya. hargailah wahai adik-adik sekalian.

mood offline

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

tak perlu nak buat intro kot rasanya. sebabnya semester nie tak ambil kursus bahasa melayu. hehe. saya nak cakap sikit pasal mood offline dekat Fb. ramai yang bertanya pada saya

"eh fatin, kenapa buat mood offline? tak naik button hijau pun?"

^_^ ada beberapa reason kenapa saya suka sangat buat mood offline :-


  • saya pernah diperli oleh seorang kawan di UPSI. katanya setiap kali dia online ja mesti button saya hijau. jarang la nak nampak tak online. hehe.. terasa tahap. 
  • abang saya yang sulung tegur "hang nie asyik online ja 24 jam. p la study nue."
  • jeles bila tengok orang yang pandai-pandai jarang online. tapi padahal depa selalu buat mood offline.. ingat saya tak tau ka. hehe
  • bila online ja ada makhluk allah yang sangat ramah nak bertaaruf. masa nie la nak buat jejak kasih la jejak sahabat la. 
  • paling saya tak suka bila saya tegur orang depa tak mau balas balik. masa tu mula la rasa nak remove manusia-manusia yang sombong. masalahnya benda nie selalu terjadi kalau saya tegur girl. 
  • ada jugak yang masa tu nak ajak bergosip waktu saya sibuk tahap
  • ada sekali tu saya silap orang. punya la rancak bebual sebab ingatkan adik junio di sekolah lama. last-last, "saya nie dah umur 21 bukannya lepasan SPM" +_+

kepada kawan-kawan yang tengah online dan ada masalah apa-apa dengan saya taip ja msg kat kotak chat tu.. hehe.. 

tomey!! tomey!!

tak kan??

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Semalam Aqillah tidur di rumah saya. hampir pukul 4 pagi jugak la kami tidur lepas dok gosip-gosip, stalk orang, merapu-merapu, kepada sapa-sapa yang kena stalk dengan kami tu harap maaf lah ye. sebenarnya kami bosan. =)

tapi apa yang membuatkan saya tidak puas hati dengan Aqillah semalam ialah dia penyebab saya layan korea. owh tidak. inilah yang membuatkan saya rasa sangat serba salah pada diri. *saja buat teruk*. sebabnya saya kalau boleh taknak melibatkan diri dengan cerita-cerita tu.



RuNnInG mAn

mungkin orang akan pelik saya tidur lambat kerana kebiasaannya pukul 10 saya dah kehabisan tenaga. tetapi semalam saya dah tidur awal tetapi bangun semula pada pukul 12 untuk solat isyak. lepas saja solat isyak mata saya terus segar. dok klik pok klik pok comel ja. ^_^ terus baring sebelah aqillah sambil usha dia layan R.M. mula-mula tu rasa biasa ja. tapi sampai satu part tu memang keras perut saya gelak. rasa macam best la pulak. 

sabar nico, sabar.. jangan mudah terpengaruh. banyak jugak la episod yang kami tengok semalam. aqillah cakap tunggu episod lain keluar nanti. hahaha. perlukah saya tunggu?? pecah rekod hidup saya. dulu bila orang tanya 

"layan korea tak???"

dengan muka yang agak bengis saya menjawab "eee.. maaf la. saya tak berminat"

tapi sekarang??? TAKKAN??


balik kampung

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Hari nie penat tahap. lepas habis saja kuiz matematik tadi terus tunggu bas dengan kawan-kawan. sempat dok berposing-posing dulu. bukannya selalu. kalau budak ijazah ada kami tak berpeluang nak buat macam nie sebab ramai. hehe




Cadangnya nak beli tiket KTM hari nie dengan Aqillah. Jadi kami ambil keputusan untuk naik bas dari kampus baru ke kampus lama. tetapi malangnya bas tak dak dan pak cik bas tu pulak takmau bawak kami ke kampus lama. mau tak mau terpaksa la kami naik bas ke kolej dulu.

nasiblah jadi budak sains. terpakasa korbankan masa kat sini. orang lain semua sibuk bercuti tapi kami sibuk dengan test. sebab tu la bas tak banyak. kadang-kadang rasa macam tak adil la pulak. tapi tak apa. I'm Strong.. ^_^

miss aqillah


sampai-sampai di kolej terus kami dua serbu bas PT dan bermulalah pengembaraan kami ke KTM. dengan panas terik matahari membaham diri kami kuatkan kaki untuk melangkah dengan penuh harapan. tiba sahaja di kaunter

"akak, tiket untuk ke utara 27hb ada tak?? "

"maaf lah dik, tiket 27,28,29, 30 semua dah habis... "

ya allah, masa tu hanya allah saja yang tau. rasa macam berkepul-kepul ja asap keluar dari telinga. jadi kami decide nak balik naik bas. berjalan pulak ke stesyen bas tanjung malim. penat tu tak payah cakap la. dah macam merentas desa dah. terpaksa jalan cepat-cepat sebab si Aqillah ada kelas pukul 4.

Lepas beli tiket kami balik ke kampus lama. aqillah naik bas ke kampus baru manakala saya naik bas ke kolej. mood tak payah tanya la.. memang bebai tahap. ~~ tapi tak kesah la. janji dapat balik kampung. =)

cuba tengok muka depan metro hari nie.

thats why la kenapa saya takut nak balik naik bas. =( moga allah permudahkan segala urusan kami berdua.


metro hari nie



sapa nak tolong??

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


Kecemburuan melanda diri bila melihat blog orang lain
penuh dengan orang follow
layout pun cantik-cantik
meriah ja saya tengok
hampa takmau ajar saya berblogging ka?
saya kekurangan ilmu nie
nak masuk kelas tutorial bloh pun xboleh,
sibuk dengan kelas, kuiz, test..

sapa-sapa yang berkelapangan hulurkanlah secebis bantuan pada saya
saya sangat memerlukan pertolongan anda
^_^


sisto nico

Abanglong saya..

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

malam nie rasa sangat berat tangan, berat mata, berat hati nak study. mungkin berpunca daripada masalah yang melanda diri. ditambah pula dengan rasa homesick pada kampung halaman. tapi malam nie saya nak buat satu entry khas buat insan yang banyak menolong saya.

sebenarnya wan, aku tak tau nak berterima kasih macam mana kat hang. hang dah banyak sangat membantu waktu aku susah. untuk semester nie saja dah dua kali masalah besar melanda diri aku dan hang sebagai penyelamatnya. aku sangat menghargainya.


masalah pertama:

laptop aku problem. entah apa benda aku tekan. semua folder tak boleh bukak. lepas tu aku jadi gelabah. nak menangis semua ada sebab terlalu cuak. memikirkan duit yang bakal aku bagi pada pak cik kedai laptop depan tu. dah la duit dalam dompet tak melakukan proses reproduction masa tu. tiba-tiba ja wajah hang bermain di fikiran aku. terus aku post benda nie kat hang.


masalah yang dihadapi

lepas tu hang beleter kat aku, hang cakap aku gatai tangan p tekan buat apa. =( masa tu memang sedih sangat-sangat sebab aku memang tak tau pasal IT nie sangat. Lepas tu aku suruh hang bawak balik laptop aku ke bilik untuk diproses sebabnya aku dah tak larat nak tunggu hang buat. walaupun hang cakap macam tu tapi aku still tak terasa teruk sebabnya ibarat leteran seorang abang pada seorang adiknya.

sebelum hang gerak ke bilik hang terus hang cakap macam nie kat aku

"nanti bila dah siap hang ambil laptop hang kat mudah.com" ^_^


encik ikhwan

masalah kedua: 

aku tertinggal kotal pensil dalam dewan kuliyah sebab aku kalut nak p ke KTM beli tiket. bila aku balik ja bilik nak study baru aku perasan kotak pensil aku takdak. dah la nak test kimia. kotak pensil tu ibarat nyawa aku disini. =)

lepas tu terus aku msg hang dan hang call aku cakap hang nak tolong p ambik malam tu jugak. cubaan hang gagal sebabnya pintu dewan dah berkunci dan pak Guard tak izinkan masuk.

namun hang tetap tidak berputus asa untuk membantu aku dapatkan kotak pensil tu. hang cakap sebelum test kimia start hang nak p ambik. lagi la aku rasa terharu sangat-sangat.cubaan hang kali nie berjaya.. hehe..

jutaan terima kasih aku nak ucapkan khas buatmu  Muhammad Ikhwan yang bertindak sebagai abanglong aku kat UPSI nie. untungla budak english tu dapat hang.. hehe..


sekian sahaja..


:: abanglong sebab sama umur dengan abang kandung saya,

terharu ^_^

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Hati banyak berbunga-bunga bila kita mendapat mengiktirrafan daripada kawan-kawan kita kan? rasa macam diri kita sangat dihargai oleh mereka. walaupun pada hakikatnya kita jarang berjasa padanya.

Sama seperti saya. walaupun pada orang lain ia hanyalah satu benda yang biasa namun pada saya ia sangat luar biasa. penghargaan daripada kawan-kawan amatlah saya syukuri.

beberapa hati yang lepas, saya ada post gambar nie pada FB kawan saya, Ikhwan. Niatnya saja nak bagitau yang sweetheart dia add saya. dulu mungkin saya tergerak hati nak add S.heart dia tapi takut dikatakan stalker pulak. jadi saya membatalkan niat saya yang murni itu.

tetapi akhirnya sekarang

Taaaarraaaa!!!!!


bukti!! bukti!!



mekasih ikhwan.. ^_^


saya tak pendek,
ikhwan yang tinggi
>_<

one day , you'll be just a memory for some people . do your best to be a good one :)


yang benar

nicosikura

bila terasa rindu

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Bila diri bersendirian hati mula rasa rindu pada insan-insan tersayang. insan yang sangat bermakna dalam hidup ini. memberikan seribu satu inspirasi semasa diri nie kebuntuan, memberi semangat dikala hati ini rasa sangat lemah, memberi kebahagian seperti orang-orang lain. alangkah indah andai dapat bersama mereka sepanjang masa.

bila rasa rindu hanya gambar menjadi pengubat rindu. gambar yang disetkan sebagai wallpaper handset. kadang-kadang ketika tak dak mood nak belajar tekan saja button kat handset tu terus nampak wajah mak dan ayah. semangat untuk belajar kembali pulih. ^_^

bila berada di dalam ratusan kawan-kawan, ada yang bertanya pada saya.

"fatin tak rindu kat family ke?? seminggu berapa kali fatin telifon ke kampung?? tak nak balik kampung ke??"

kalau nak cakapkan pasal rindu pada mak dan ayah memang tak boleh nak digambarkan dengan kata-kata. namun diri ini harus kuat untuk berjuang di medan ilmu ini. bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian.

kalau bercakap pasal telifon mungkin jarang saya akan telifon ke kampung jika tiada keperluan. kecualilah jika tersangat rindu. dalam seminggu mungkin 2 atau 3 kali sahaja saya akan menghubungi mak dan ayah. ketika bersembang bersama kawan-kawan ada juga antara kawan-kawan yang cerita, hampir setiap hari mereka menghubungi mak dan ayah. memang diri saya agak terasa dengan "statement" tu. rasa macam diri nie teruk.

tapi saya tahu apa yang terbaik untuk saya. jika saya kerap menghubungi mak dan ayah saya akan menggalami masalah kerinduan yang teramat sangat. rasa macam nak balik.  rasa macam tak nak belajar, nak je duduk dirumah bersama keluarga. cukuplah sekali saya jadi macam tu. harapnya pisang tidak akan berbuah dua kali. ^_^ biar saya tumpukan pada pelajaran saya. mak dan ayah mungkin faham dengan keadaan saya.

kalau nak balik kampung tu memang kena tahan la. tak boleh nak balik selalu. selagi tak ada cuti panjang memang saya tak akan pulang. sekali balik rumah memang mencecah hampir ratusan la. baik saya guna duit  tu untuk beli barang-barang yang penting. lagipun saya bukannya orang berada. kena faham jugak situasi mak dan ayah.



I LOVE U
U LOVE ME
WE'RE HAPPY FAMILY
WITH A GREAT BIG HUG AND A KISS FROM ME TO U
WONT YOU SAY YOU LOVE ME TO


i LOVE u


u LOVE me


i am strong, when i am in your shoulders


we are HAPPY family




sekian sahaja...


yang benar

nicosikura

keluarga angkat!!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

semalam dapat berjumpa dengan si kecil
muhammad ezzat al-fateh
kecomelnya membuatkan saya geram
baru sebulan tak berjumpa tapi sekarang dah gemuk
insyaallah nanti kita berjumpa lagi
^_^



keluarga angkat bawakan buah tangan untuk saya
ada buah rambutan, jambu air, jambu batu
rasa rindu pada kampung halaman 
muka mak dan ayah mula jelas kelihatan dalam fikiran
sabar fatin sabar.. 
lagi berapa minggu sahaja



bekalan untuk hidup sepanjang minggu ini.
roti ada, bun ada, megi ada, air kotak ada
semuanya free
orang bagi saya ambil jer
^_^



yummy.. yummy
buah jambu air seperti hidung kawan saya
lama dah saya tak makan buah nie
hahaha... comel betul hidung sapa macam nie




budak hidung jambu
hahahaha
jangan marah
^_^



jambu batu khas dari perak untuk saya
kalau cicah dengan kuah rojak nie memang sedap la
tapi sayangnya mereka hanya bawakan buahnya sahaja
kuahnya beli sendiri kalau nak
kata embek, buah nie keras
macam kepala saya
amboih-amboih.. sedap mulut dia


stok untuk hidup di bilik


rekod buku malaysia!!! ^_^

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Setelah hampir beberapa minggu bermeeting-meetingan, berjumpa-jumpaan, bekerja-kerjaan akhir tercapai juga matlamat kami untuk mendapatkan  benda yang diidam-idamkan.

"MALAYSIAN BOOK of RECORD".

Wahh.. masa mula-mula dengar taklimat tentang program nie rasa sangat teruja. buat pertama kalinya nak berkhidmat untuk Universiti sendiri untuk mendapatkan anugrah ini. bukanlah satu perkara yang mudah. semangat bekorban, bekerjasama, bersatu perlu ada dalam diri semua pelajar. alhamdulillah sebahagian pelajar dari Diploma Sains diberi kepercayaan untuk membantu menguruskan program ini dibawah pantauan  penasihat-penasihat khas yang terdiri daripada pelajar ijazah di UPSI.

programnya adalah seperti berikut:-




"mampukah kami lakukannya???

tanggapan pertama saya!!!

setelah kata-kata motivasi diberikan oleh penasihat kami, Encik Sasi akhirnya tanggapan itu meleset. semangat mula berkobar-kobar. hari yang ditunggu-tunggu telahpun tiba. tugas dilakukan silih berganti untuk mencapai matlamat tersebut. 36 jam bukanlah satu jangka masa yang singkat. jika persembahan diantara satu kumpulan dan satu kumpulan terhenti walaupun seketika, alamatnya punahlah harapan kami semua.

berkat kesabaran semua peserta dan AJK yang terlibat, akhirnya kami berjaya buktikan kebolehan kami. semuanya diatur dengan cukup baik walaupun berlaku sedikit kekalutan. ^_^ 

naik turun naik turun pentas yang tersangatlah besar itu merupakan tugasan saya yang sangat mencabar. kalau pentas kecil tak mengapa. nie dah sampai tahap boleh membakar lemak terkumpul didalam badan.

walaupun begitu pengalaman inilah yang membuatkan saya lebih bijak dalam menguruskan suatu program yang besar pada masa akan datang.

benarlah kata pepatah

"pengalaman mematangkan diri"
"bersusah-sudah dahulu, bersenang-senang kemudian"

gambar kenangan dari perjumpaan sehinggalah program habis ^_^



bersama pecinta anime


meeting pertama bersama encik sasi


 baru bangun tidur, terus pergi meeting
akhirnya tersadai di sofa di kampus


2 hari sebelum program berlangsung


selepas menerima sijil dari pihak M.B.O.R


Encik Sasi dan pegawai M.B.O.R


BERJAYA..


kenangan bersama teman-teman seperjuangan





penat!!! tetapi puas dengan kejayaaan kami


1,2,3 peace!!!



HAPPY BIRTHDAY

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Tepat pukul 12.00 malam, bersamaan dengan 11.12.2012 maka cukuplah 18 tahun usia makhluk Allah yang bernama Muhammad Firdaus.



Ucapan khas untuk hang:-

  • Semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki
  • Semoga dipermudahkan segala urusan di dunia dan akhirat
  • Semoga menjadi anak yang soleh dan berbakti pada kedua ibu bapa, menjadi abang ngah yang bertanggungjawab
  • Semoga mendapat Dekan untuk sem 2 nanti
  • Semoga hang dapat kurangkan aktiviti tak berfaedah hang tu. hahaha

jadi amanat aku pada hang :-

  • lepas nie hang dah tak boleh nak perasan muda lagi, tak cukup umur la, apa sahaja alasan hang untuk mengelak diri hang daripada dipersalahkan.
  • mengata aku orang tua sebab kita sama-sama dah umur 18
  • hormat la aku sikit, aku kan kakak hang. hahaha *hang jangan buat muka tak puas hati
  • kena kotakan semua perjanjian hang pada aku. setakat dok tayang kat aku saja tak dak guna
  • jangan dok buas sangat naik moto merata, kalau tak, aku report *repot ka ripot?? =P* kat mak hang
  • jangan dok tidur lambat sangat, kurangkan anime, dan banyakkan study
  • Jangan lupa puji aku banyak-banyak sikit. ^_^
  • aku berdoa bagi allah lembutkan hati hang sikit, batu tu lebih lembut dari hati hang. hahaha..
  • Toksah dok sakat aku dengan sapa-sapa kalau hang nak hidup lama. =P


sekian sahaja daripada sahabat hang yang paling baik kat Lunas. Harap hang terharu.. tolong la terharu... ^_^

Yang benar, 

fatinfilzahnur







minat berbezalah kita

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Persoalan yang bermain di minda membuatkan saya terasa ringan sahaja tangan untuk menaip di blog ini. ingin menyatakan ketidakfahaman saya terhadap segelintir sahabat yang mempunyai minat yang berlainan. berlainan maksudnya berlainan daripada perkara yang saya minat. saya akui ini bukanlah kawan saya yang pertama yang cintakan anime. tetapi ini merupakan kawan saya yang pertama yang terlalu taksub dengan anime.

taksub itu pada saya sangat memelikkan. kerana beliau sanggup tidur pada pukul 2 atau 3 pagi untuk menghabiskan episod-episod animenya. waduh-waduh. hal ini menyebabkan saya tertanya sekali lagi, kenapakah sampai begitu? apakah tarikan sebenarnya yang ada pada anime tersebut. jadi, untuk persoalan ini saya mula melakukan pemantauan terhadap beberapa orang kawan-kawan yang lain.

jawapan yang sama.

"CUBA HANG TENGOK SENDIRI. NANTI HANG TAU LA...."

tunggu lah sampai bejanggut pon belum tentu saya nak tengok. episod NALAREKEK punya banyak. 

Pada mulanya saya pon pening, apakah yang dimaksudkan dengan anime. yang saya tahu katun.. adakah katun dan anime merupakan satu benda yang sama ataupun berbeza? mungkin ramai yang tahu benda ini
tidak bagi saya. saya cuma pernah dengar perkataannya tapi tidak pernah mengambil tahu lebih lanjut. mungkin kerana saya kurang berminat pada katun.

Anime nie lebih kurang macam karya animation orang jepun la. ada yang di bukukan dan ada juga yang di jadikan movie. saya pon cuma faham sikit-sikit sahaja. itupun setelah berkawan dengan peminat-peminat anime. kalau di rumah, saya cuma minat spongebob, upin ipin, detektif conan saja. yang lain tu tengok la sikit-sikit. saya pon tak faham apa hobi saya. 

jika disebut wanita mungkin akan terbanyang dalam kotak fikiran kita
  • suka membaca novel + feeling2.. 
  • pergi shopping ke mall dengan membawa sejumlah wang belanja,
  • membaca majalah-majalah artis
  • menonton wayang bersama kawan-kawan.
ohhh.. kenapa saya tidak mempunyai semua ciri diatas. saya berbeza. naluri saya banyak kepada aktiviti lasak.. aktiviti yang simple-simple.. tersangatlah saya tak faham kenapakah begini.

minat saya banyak kepada aktiviti keluarga. dan yang paling saya suka ialah merayau ke tempat-menarik dan mengambil gambar. tapi yang tak berapa seronoknya kerana saya tidak mempunyai kamera yang sesuai digunakan untuk photoshoot. cuma mengharapkan handset SAMSIAH(samsung) nie saja. insyaallah cuti sem nie saya rasa macam nak kerja. mana tau kot-kot boleh beli DSLR seketoi. hehe

sebut pasal DSLR tiba-tiba teringat kat senior saya seorang. encik rusydi. dia pernah tanyakan saya kenapa semua orang bangga sangat dengan DLSR tu. hal ini kerana masa tu beliau baru sahaja beli galaxy note. lalu saya menjawab

"cuba hang tengok orang yang ada DSLR, mesti dia gantung kat leher.. perhhh.. style tahap aku tengok"

"sebab tu ja"

"dak la.. banyak la lagi sebab aku nak beli. tapi kewangan tidak mengizinkan."

kepada sesiapa yang prihatin dengan saya, tolong la belikan pada saya seketoi.. NAK sangat-sangat nie.. hehehe.. tak payah yang mahal pon tak apa. janji gambar cun. daripada melayan anime yang baik saya buat aktiviti yang bermanfaat. maaflah ye wahai pecinta anime. bukan nak kondem kamu semua. tapi saya sangat tidak fahan dengan minat korang. Boleh sapa-sapa cuba terangkan kat saya sampai saya faham?? hehe



ohh DSLR.. aku mahu kamu


rukia dan ichigo


´