Pages

Tazkirah: Kalaulah Sekarang Saya Mati...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Kalaulah sekarang saya mati.
>_<


Kalaulah sekarang saya mati,
tempoh hidup saya di dunia hari ini telah berakhir,
bermulalah hari pertama di akhirat..

Saya risau, solat saya banyak yang tidak khusyuk dan lalai.
Mungkin juga tanda sedar ada solat yang rosak dan tidak diterima,
sedangkan ia perkara utama ditanya.

Saya risau, saudara-saudara se-Islam saya yang sekian lama ditindas,
saya biarkan dan abaikan mereka sahaja..

Saya risau, hati ibu ayah yang pernah saya lukakan selama hidup.
saya tidak pasti apakah mereka redha dan
memaafkan segala silap dan salah yang pernah dibuat.

Saya risau, hutang-hutang yang masih belum terbayar,
dan ada yang tidak dicatit untuk diselesaikan..

Ohh, rupanya saya masih beruntung, saat ini masih diberi peluang.
entah berapa hari lagi yang berbaki untuk kehidupan abadi.
moga bekal penuh terisi..

Allah.. Allah.. =(

Tazkirah: Jadilah Umpama Pohon Semalu.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

terima kasih kepada anda yang comel
sebab sudi menegur diri ini yang serba kekurangan.
walaupun anda copy dan paste ja hehe tapi 
Pesanan yang tersurat dan tersirat itu lebih bermakna
syukran jazilan... 
^_^

Pesanan Rasulullah s.a.w untuk Fatimah.

"Wahai Fatimah, jadilah umpama pohon semalu"

Wahai Muslimah, jadikanlah pohon semalu sebagai pengajaran dalam hidupmu..

Yang berduri tajam...
sebagai perisai diri.....
pertahankanlah diri dan maruahmu sebagai seorang wanita muslim..

Yang berdaun...menguncup saat disentuh.....
jadikanlah sifat malu itu sebagai hiasan diri..tapi malu mestilah kena pada tempatnya ya..

Yang berakar tunjang..kuat mencengkam bumi.....
kukuhkanlah ikatanmu dengan Allah Rabbul Alamin..duhai wanita solehah..

Yang berbunga...sebagai penyeri.....
simbol kelembutan dalam kekuatan ..

semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang.
Oleh itu, wahai mujahidah sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja.

Tidak berbau wangi dan tidak menarik hati.
Maka, tiada kumbang yang akan memerhati.
Kerana indahmu, cukup 'tersembunyi'.

Ambillah pengajaran dari semalu walau pun ia hanya sepohon tumbuhan yang kecil...

Indahnya ciptaan Allah...lets appreciate it!! 

Sungguh, malumu sangat berharga...

<3 <3 <3 <3 <3 <3 

Lawan Lecture ^_^

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Tengah on the way nak p dapur mata terpandang seketika melihat TV yang ditonton oleh ayah.  kebetulan waktu saya lalu semalam tiba-tiba ada Iklan untuk paparan menarik dalam buletin Utama pada pukul 8 malam. Dekat-dekat dengan pilihanraya nie memang lah semua siaran di Kongker oleh Si Biru kan? tak boleh nak cakap apa dah la. dengar kata penamaan calon akan diumumkan pada 23.10.2013.. tup-tup keluar kat TV yang Si Biru telah mengisyitharkan calonnya. So?? ada saya kesah? hehehe

Setelah di perhati betul-betul masa muhyidin dok bercakap tiba-tiba terpandang seorang Encik yang berada si saf tempat duduk belakang dia. eh.. macam kenal muka nie.. tapi kat mana tu saya belum pasti.. setelah mengamati betul-betul wajah tu baru la saya ingat dan mulalah bermonolog dalaman seorang diri.

"Eh.. nie lecture TITAS aku sem lepas. apa yang dia buat dalam TV nie.. Dr apa ntah.. lupa nama... takkan jadi calon kot. macam tipu je... hahahaha"

Terus saya suarakan kepada ayah tentang perkara tersebut. ketika berita disiarkan saya berada di ruang tamu. tiba-tiba ayah memanggil.

"fatin... fatin... mai tengok cepat... betul dah la lecture hang.... nama dia Dr Sohaimi Lazim..."

mmmm.... memang sungguh la dia... Dr saya.. takpa-takpa... teruskan perjuangan Dr.. saya tetap dengan calon saya Ustaz Azam.. Good luck lah ye Dr..

Insyaallah.. Allah lebih tahu apa yang baik untuk hambanya... =)


PS:: habis bertamadun la org kedah kalau Dr sohaimi menang.. hehehe

Tazkirah: Antara Rezeki dan Musibah.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Wang syiling jatuh di hadapan seorang lelaki yg sedang asyik mambancuh simen ..melihat logam kecil itu , tangan lelaki itu terhenti melakukan kerja. Tidak menunggu lama , tangannya segera mengutip syiling itu dan dimasukkan ke dalam poketnya. Dia menyambung semula kerjanya.

Sekali lagi lelaki itu terpandang duit syiling tidak jauh dari sisinya . Lelaki itu menoleh ke kiri ,kanan dan sekelilingnya.Tiada siapa yang berdekatan dengan nya .Sekali lagi dia terus mengambil syiling itu dan menyimpan dalam koceknya .

Tidak lama kemudian , lelaki itu ternampak lagi duit syiling berdekatan dengannya .Pun sama , dia mengambil dan menyimpannya .
"Rezeki aku !" Kata lelaki itu dalam hati .

Lelaki itu tidak sedar , logam syiling itu sebenarnya dicampakkan oleh ketuanya dari aras lapan bangunan separuh siap yang mereka bina itu.

Sebenarnya ,ketuanya mahu memanggilnya. Puas ketuanya menjerit daripada aras lapan , cuba memanggil lelaki itu yg berada pada aras paling bawah.

Namun , jeritan itu tidak mampu mengalahkan pelbagai bunyian mesin pembinaan di kawasan tersebut. Dek kerana itulah , ketuanya itu mencampakkan syilingnya dengan harapan lelaki itu akan mendongak melihatnya di atas. Mudah-mudahan dapatlah dia menyampaikan pesanannya kepada pekerjanya itu.

Sayangnya,sehingga habis wang syilingnya dibaling ke bawah , lelaki itu masih belum jugak mendongak ke atas.

Lantas , ketuanya itu mengumpulkan serpihan batu kecil yg terdapat di lantai. Satu persatu batu kecil itu dibaling ke bawah.

Beberapa kali batu itu mengenai badan lelaki itu . Setelah merasa sakit , lelaki itu mendongak ke atas , melihat dari mana datangnya batu-batu kecil yang menyerang tadi.

Barulah dia ternampak kelibat ketuanya yang sejak tadi cuba mencuri perhatiannya bagi menyampaikan pesanan.

Sahabat sekalian , Allah sering menjatuhkan rezeki (syiling ) , rahmat atau kesenangan yg tidak terkira banyak kepada kita.

Tuhan menjatuhkan 'syiling' itu sbg satu panggilan agar kita sentiasa mendongak ke atas utk mengingati dan bersyukur dengan kurniaanNya. Tetapi , acap kali kita lalai utk 'mendongak' ke atas, sebaliknya terus menikmati pemberiann-Nya tanpa ucapan syukur.


Seperti kisah ketua dan pekerja tadi , apabila jatuhan syiling tidak berjaya menarik perhatian ,lalu Dia jatuhkan pula 'batu' yg berupa musibah , kegagalan , keperitan dan pengalaman yg menyakitkan. Dan hanya setelah kita merasa kesakitan itu , barulah kita teringat utk mendongak , menadah tangan utk bersyukur mengingati Yang Maha Pencipta kita. =')

sumber: FB 

Bitaufiq Wan Najah sahabat

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


kepada sahabatku yang comel

kami nak ucapkan 

ALL THE BEST 
BITAUFIQ WAN NAJAH
GOOD LUCK

for your final
hampa buat elok-elok tau..
buat setakat yang mampu.
kami sebagai kawan hampa yang baik  (hahaha) sentiasa
mendoakan kejayaan untuk hampa. 
Insyaallah kami yakin hampa boleh buat. 
sat ja exam nie. nanti habis balik la rumah.
boleh la tidur puas-puas, makan banyak-banyak.
dan paling penting
teman dan belanja kami p jalan-jalan..
INGAT!!! hehehe

::RABBI YASSIR WALA TU'ASSIR::



´