Pages

Anak soleh


Kata ustaz don daniyal,



ustaz don daniyal


Anak yang tau fizik tapi tak tau agama, dia tak boleh buat apa-apa. Macam mana dia nak angkat tangan berdoa pada Allah

 “Ya Allah Ya Tuhanku, ini ayah aku. Masukkan dia ke dalam syurga”

Macam mana?? Sedangkan akhirat kita kosong??





Buat mereka yang:


             1>          Ada Anak kecil
             2>           Ada anak
             3>     Baru mengandung
             4>     Sedang mengandung
             5>          Ada anak-anak yang telah besar


Bisikkan pada anak-anak, AKHIRAT sahaja perkara yang kekal. Kamu suka atau tidak wahai anak, wahai ibu, wahai ayah yang saya kasihi sekalian, kamu suka atau tidak AKHIRATlah yang kekal



Kita nak jadi pakar dunia atau orang yang paling hina di akhirat kita pilih. Terpulanglah pada kita. Kita yang menentukan.








!^_^! kesimpulannya, anak-anak aset untuk ke syurga atau neraka. sama-samalah kita fikirkan 

Ilmu penyuluh kehidupan

kata Ustaz Azhar Idrus:


ustaz azhar idrus


 Sia-sia kamu terbang berpuluh-puluh ribu kilometer, belajar di Universiti, degree,master,PHD tapi bab agama kamu tak reti. Siapa saja yang tak reti bab AGAMA dialah org yg BODOH. Nabi kata "Orang yg bijak ialah orang yg lihat kekurangan diri dan dia bersedia atau menyediakan amalan-amalan utk menolong dia selepas dia mati"



 




!^_^! : kesimpulannya sesiapa yg nakkan kesenangan dunia mestilah ada ilmu dlm diri, siapa nakkan kesenang di akhirat kena ada ilmu dalam diri dan siapa nakkan kesenangan di dunia dan akhirat kena ada ilmu dalam diri.
<untuk peringatan diri sendiri dan rakan2>

kata Ustaz Azhar Idrus: 


ustaz azhar idrus


Haram hukum "BERCINTA" sebelum daripada kahwin kerana berkasih sayang sebelum kahwin ini bukan daripada sunnah Nabi. Ini cara barat yang kafir dan tidak beriman. Banyak perkara yg akan terseret dalam percintaan seperti ini seperti berkhayal dan sebagainya. Walaupun tak bertemu sekalipun, tetap akan berkhayal. kadang-kadang luah perasaan yg tak sepatutnya. berkepit dan btelifon selalu. Wallahualam.. 




!^_^! : kesimpulannya banyak keburukkan daripada kebaikkan..
<untuk peringatan diri sendiri dan rakan2>

Gajah Ada Pipi??





sesi pembelajaran berjalan seperti biasa. kelas transisi baru saja berakhir. tibalah masanya untuk saya mengajar seperti biasa dengan menggunakan buku teks. walaupun agak kekok, tetapi saya gagahkan diri untuk berselindung di sebalik buku-buku itu. (^_^) 



saya: ok pelajar semua.. hari nie cikgu nak ajar buku ni.(sambil menunjukkan buku sains). suka tak?



dari raut wajah mereka tergambar perasaan seronok. senyuman sentiasa terukir di bibir mereka. refleksi positive telah mula ditunjukkan.



pelajar: baik cikgu.

husna: cikgu, mai saya bagi buku kat kawan-kawan.

saya: nah, ambik nih!! ok semua, bukak muka depan sekali ada gambar gajah tak?

pelajar: ada cikgu.

saya: ok semua, cikgu nak semua sambung dot-dot tu, pastu warnakan gajah tu comel-comel ye. 



setelah seketika;




adilah: cikgu.. cikgu.. pipi gajah ni nak kena warna x? 

saya: hah!! pipi gajah??? syabil, gajah ada pipi x?? hehe




haha.. sebenarnya saya pown tak penah terfikir gajah tu ada pipi. selalu kalau untuk binatang saya sebut je kepala.. tak pernah saya terfikir gajah ada pipi..




:^: macam nie la ajar budak-budak, kadang-kadang tu kita tak pernah terfikir pon semua tu. Thanks sayang buatkan saya tersenyum. hehe
´