Pages

seram: suara siapa?

Assalamualaikum dan Salam

     Kisah yang diambil daripada facebook. Kalau saya berada di tempat budak ini mungkin saya juga buntu dalam membuat keputusan. kisahnya berbunyi begini.
My name is Arash Afnan, saya ada pengalaman seram yang nak di kongsikan. story saya pendek je.. tapi sangat seram.. Haritu saya tengah lepak-lepak dalam bilik.. hari dah larut malam, tapi mata still tak mengantuk sebab tengah syok baca novel ombak rindu yang boleh tahan bestnya. tengah-tengah baca.. tiba-tiba mak saya panggil saya kat tingkat bawah..
"Arashhh.. meh turun bawah kejap, tolong mak nie..!!!" saya terpaku.. saya tengok jam kat dinding pukul 2 pagi .. dalam hati saya kata "mak buat apa pulak pagi-pagi nie kat bawah. -_-".. saya pun tanpa banyak berbicara terus bangun nak turun bawah.. tengah dalam perjalanan nak bukak pintu.. tiba-tiba henset pulak berdering.. saya ambil henset, saya tengok kat screen.. mak saya call.. saya pun terus angkat.."Duduk dalam bilik, jangan keluar.. baca apa-apa ayat yang patut.. ada benda kat tingkat bawah panggil kau. mak kat dalam bilik nie."

dapur berasap

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

     "Mee sedap enak di makan lazat rasanya" sedap kah? tak tahu lah. saya pun tak mencuba lagi. lagu pun tak tau lah betul ataupun tak. dok dengar budak-budak nyanyi saja. bermulanya cuti nie maka bermulalah episod "singa betina" dalam diriku. gelaran daripada para adik-adik yang sememangnya sudah sebati dari dulu lagi. hehehe ^_^

     Pagi yang sangat lapar membuatkan saya menyelongkar setiap sudut peti ais di rumah abang yang terletak di sebelah rumah. memandangkan isterinya yang telah menunggu masa untuk melahirkan anak ketiga jadi saya mengambil alih tugasnya untuk cuba memasak sarapan. hasil pencarian yang dibuat akhirnya saya menjumpai mee dan bahan-bahan untuk menggorengnya.

    setelah bertungkus lumus masak akhirnya...

TARA!!!!!!!!!
naked mee tanpa apa-apa

     datang abang saya dan bertanya.. "APA TU??" =( mungkin dia pelik tengok mee tu. tak sama seperti mak dan isterinya masak. saya pun tak tau kenapa warnanya pudar. hahaha.. inilah kali pertama saya menggoreng mee tanpa bantuan daripada sesiapa. hanya mengikut naluri kewanitaan sahaja. =P hati saya berkata "kalau sedap makan, kalau tak sedap tong sampah makan" dan akhirnya makan separuh dan tong sampah makan separuh. hehehe.. sifat penyayang saya telah dizahirkan pada tong sampah.. ribuan terima kasih kepada adik-adik yang memuji saya masak walaupun saya tau kalian terpaksa berbohong kerana bila mak ayah balik bawak makanan lain terus mee tesebut dipinggirkan.. ^_^

bermulanya sebuah percutian

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

     cuti semester dua baru sahaja membuka tirainya. mulakan percutian kali ini di Kuala Lumpur bersama keluarga tersayang. dari UPSI terus ke rawang.

dataran merdeka. 22/3/2013
 encik firdaus dan najib. =P



ICT dan BERKELAH 23/3/2013
 shah alam


char kuey teau sebelum balik kedah 24/3/2013

Pesanan Imam Ghazali tentang kawan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

     5 pesanan imam al-Ghazali yang perlu kita ambil berat dalam berkawan

  • pilih kawan yang berakal, jangan pilih kawan yang bodoh kerana ia akan menjadi musuh & menyakitkan hati.
  • pilih kawan yang berakhlak. jangan pilih kawan yang jahat kerana akan dirangsang nafsu jahatnya. 
  • pilih kawan yang soleh. jangan pilih kawan yang fasik kerana akan diajar kita kepada pekerjaan dosa dan maksiat.
  • pilih kawan yang besederhana. jangan pilih kawan yang tamak kerana akan menjadi racun berbisa kepada sifat pemurah.
  • pilih kawan yang bercakap benar. jangan pilih kawan yang selalu bercakap bohong kerana akan memusnahkan jiwa

kasihan: fatimah abdullah sakit

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

doakan beliau 

     Pasti semua orang tertanya-tanya apakah yang telah berlaku sebenarnya pada sahabat kita ini iaitu saudari fatimah binti abdullah sehingga beliau terpaksa duduk diatas kerusi roda sehingga begini.  nampak macam teruk kan?? saya harap rakan-rakan seperjuangan doakan beliau yang sekarang terpaksa menghadapi ujian yang agak besar.

     ceritanya begini. gambar ini di ambil sebelum beliau kena suntikan dos kedua HPV sebentar tadi. dengar perasaan yang sangat cuak kami berempat menguatkan juga diri kami untuk meneruskan agenda kami demi kesihatan kami kelak.. gambar diatas sekadar gurauan beliau semata-mata kerana tersangat takut dengan jarum dan beliau berharap kami akan menghantarnya balik dengan menaiki kerusi tersebut. hehehe... 

     Terima kasih kepada kalian sebab paksa aku p suntik jugak. Moga cepat sembuh ye fatimah, aqillah, dan aqeela.. aku pun tengah sakit nie.. dua kali dah orang buat naya tampar bekas suntikan aku nie. hahaha..  ^_^

Hikmah disebalik ujian Allah.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Hikmah disebalik ujian daripada Allah. 

# Memiliki hati yang lebih kuat kerana ujian itu akan menguatkan diri kita
# Sedar dengan segala kekurangan dan kesalahan sehingga kita bertaubat dan dosa kita diampunkan
# Supaya tidak lalai dan sentiasa beringat pada Allah
# Kesusahan dan kesulitan adalah ujian daripada Allah SWT untuk kita memahami hakikat kesabaran

   

Segmen Jom Pilih Hadiah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

sila klik banner untuk join.

hadiah yang saya nak ialah:
O.. Peplum
O.. Topup Rm 10

syaratnya pun tak susah.. jadi tunggu apa lagi. Jom la join.. ^_^
tarikh tamat ialah 30.3.2013

senarai hadiah

5th Anniversary Mini GA

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

klik banner untuk join.

hadiah bakal dimenangi:
tempat I: Cardigan Labuh + Sehelai tudung
tempat II: sehelai tudung + kerongsang
tempat III: inner neck + kerongsang

saguhati
3 pemenang

kerongsang x 3orang pemenang

tarikh akhir: 31.3.2013 (11.30 malam)

"Segmen Tambah Followers Laju Laju Part II"

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

untuk join sila klik banner di atas. 

komen saya:
O blog yang simple tapi sweet dan Gojes. 
O saya suka banner segmen nie. memang sempoi habis la. nampak educated je girl tu
O lagu awak pon best. tak ganggu saya baca entry2 awak.. ^_^
follower: 117

mangsa saya ialah:
akak Nory

due date: 31 Mac 2013

Malu dengan Ibu sendiri?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

     
     MUNGKIN benda nie sudah menjadi kebiasaan dalam masyarakat zaman sekarang. malu dengan emak sendiri. tambah-tambah dalam kalangan remaja. saya tak kata semua tapi kebanyakannya la. malu bila nak peluk, cium mak dengan khalayak ramai. bila umur mula meningkat dah taknak berjalan dengan emak dan ayah sendiri. malu katanya. xdak class bagai. padahal dulu masa kecil pantang nampak mak dan ayah pakai cantik-cantik mesti bertanya nak kemana. kadang-kadang tu mak baru saja ambil tuala untuk mandi terus kita tanya bertubi-tubi. walaupun jawapannya tak seperti yang kita harapkan..  hehehe

     Bagi saya lagi sweet kalau dah besar masih lagi jalan dengan mak ayah. Bila orang tengok rasa bangga sangat-sangat. tanggapan orang mungkin akan cakap kita anak yang bertanggungjawab dan soleh atau solehah. ^_^ tapi ada juga yang akan ketawakan kita dengan berkata... " hahaha... anak emak " arhhh.. persetankan apa yang orang nak cakap. jeles la tu.. kalau anak perempuan mungkin nampak biasa.. tetapi kalau anak lelaki bagi saya sangat luar biasa. tahniah diucapkan kalau kalian masih mengamalkan budaya ini. hehe.. saya bangga dengan orang yang macam ini.

     Mungkin orang yang dah kehilangan emak dan ayah akan rasa macam nak ulang saja masa yang dah berlalu. kalau Allah pinjamkan mereka walaupun sedikit masa pasti mereka akan hargai semua itu. syukur kerana saya masih dipinjamkan Allah emak dan ayah yang sangat penyayang. takkan saya persiakan anugerah ini. terima kasih Ya Allah.

P/S: enty ini sebagai peringatan untuk diri saya dan rakan-rakan. jangan dah terlambat baru nak rasa menyesal... hargailah detik kita bersama mereka selagi mereka masih ada. ^_^ redha Allah bersama redha kedua ibu ayah kita.. ~Salam Jumaat~ =D

Masalah?? silakan klik untuk selesaikan...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

     Hari nie saya rasa sangat frust bila lamaran saya ditolak. penat saya takel tapi tak dapat. =( walaupun rasa kecewa tetapi saya tidak mengambil langkah yang tidak bijak. contohnya  menggantung diri kat pokok togey?? makan pucuk paku?? gigit belimbing besi?? ohh.. sudah semestinya tidak. saya mengambil langkah yang agak bijak daripada blog Fatin Nadhirah. \\mintak halal ye//.. hehe.. peringatan (kisah ini auta semata-mata untuk menulis entry ini sahaja)

jangan buat macam nie yer.. haram hukumnya membinasakan diri sendiri.

     Mari bersama saya lakukan perkara yang boleh menghilangkan semua masalah anda. ^_^

  pertama: kita mulakan dengan pergerakkan yang perlahan dulu. buat macam ayam nak terbang tu
kedua: gedik-gedikkan badan kalian seperti tikus kesejukkan. 
ketiga: layangkan tangan anda ke kekiri sehingga lenguh.
keempat: ulang langkah ketiga tetapi ke kanan pula.
kelima: buat seperti anda mempunyai kuasa. Action kamen.. b.b.b.b.b..
keenam: lebih kurang macam langkah kelima, tetapi make sure goyang tangan dulu 360 darjah k
ketujuh: langkah nie kena hati-hati sikit. dah semakin laju. takut terlucut pulak tangan tu. hehe
kelapan: kita dah kena perlahankan balik senaman kita. takut nanti migrain pulak
 terakhir: tarik nafas laju-laju sambil goyangkan badan dan kemudian lepaskan perlahan-lahan. ulang setakat yang mampu ok.
 cadangan: kalau kalian rasa macam bosan buat sorang-sorang boleh je ajak kawan kalian bergoyang sama-sama. pastikan sama jantina. kecuali la suami isteri ataupun kalian punya mahram. hehehe 

     kesimpulannya. hilang masalah saya,, kalau anda rasa masih juga tak hilang saya nasihatkan kalian berjumpa dengan pakar ye.. hehe.. lepas nie tunggu syeikh arab dari mesir mai masuk meminang saja la. \\just kidding// saya gurau saja pasal frust nie. bukan betul pun.

dia nie lah yang saya maksudkan. =(
 \\hahaha//

"Segmen UPkan Follower by Arkitek Hati"

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

klik banner untuk join ye

ayat keramat saya ialah;

"Imagination is more important than knowledge"

final exam: permudahkanlah Ya Allah.

Assalamualaikum dan Salam Sejatera.

     Pejam celik pejam celik dah nak habis sem 2 nie. esok saya dan rakan-rakan bakal menduduki paper exam yang pertama kami.. jadi saya nak ambil kesempatan untuk

  • Memohon seribu kemaafan andai ada buat salah terhadap kawan-kawan semua samada secara sengaja ataupun tak sengaja. =)
  • Halalkan segala ilmu yang pernah kalian sampaikan pada saya. 
  • Doakan kejayaan saya dan kawan-kawan yang lain.
  • Buat yang terbaik + tawakal. 
Paper Exam:-
  • 11-3-2013 KIMIA 9.00 AM
  • 12-3-2013 FIZIK 9.00 AM
  • 13-3-2013 TITAS 9.00 AM
  • 14-3-2013 BIOLOGI 2.30 PM
  • 19-3-2013 MATEMATIK 9.00 AM
  • 20-3-2013 ENGLISH 9.00 AM
suasana dewan peperiksaan esok.

exam: mak, tak de semangat.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

     Alhamdulillah malam nie dapat jugak melepaskan kerinduan pada family. dapat dengar suara pun jadilah. hehe. =) motif saya call mak saya adalah untuk memulihkan semangat yang sememangnya tengah down tahap nie. Bila call je mesti orang lain jawab. Bila saya suruh panggilkan mak ada saja yang nak menjawab.

"mak hang ada kat estate, mak aku ada la kat rumah... so la nie hang nak cakap ngan mak aku ka dengan mak hang????..." hehehehe

     Ayat nie dah menjadi kebiasaan kalau saya call mak saya. memandangkan pebezaan warna kulit antara adik beradik so memang selalu la saya nak kena sakat macam nie. ^_^ sikit pun tak ada rasa nak marah. tetapi lagi menceriakan keadaan. bila dapat saja cakap dengan mak saya pun cakap:

"mak, xdak semangat nak final exam nie. mak bagi la semangat sikit.... =( huhuhu"

jawapan yang mak saya jawab ialah:
  • banyak dekatkan diri dengan Allah.
  • buat solat hajat dan tahajud.
  • tak payah nak fikir benda lain. 
  • kalau mak tambah duit mesti bertambah semangat sikit kan. (hahahaha)

sedih: lebih baik abang sendiri...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

     Bila dah nak dekat dengan final nie macam-macam ujian yang datang. saya mengharapkan seseorang sahabat yang sentiasa membangkitkan semangat dalam diri saya tambah-tambah disaat-saat genting nie tetapi memang payah nak mencari sahabat yang sebegini. bukannya tak ada langsung. ada, tapi orang yang saya harapkan tak mampu nak buat macam nie malah membuatkan saya lagi down.

     Bila dah jadi macam nie mula la rindu kat orang yang paling rapat dengan kita kan? rasa macam nak balik rumah sekarang je. nak ajak dia pergi merayau hilangkan perasaan nie. nak ajak p pantai tengok ombak. nak p main bowling biar perasaan tu dibaling bersama bola tu. biar masuk dalam longkang. nak buat semua benda yang boleh hilangkan masalah dalam diri. seriusly down sangat-sangat. ini semua gara-gara gatal sangat nak tengok FB. =(

nasihat daripadanya. hahaha

     Saya rindukan orang yang tak pernah jemu melayan karenah saya. baik buruk tetap dia terima saya. kalau nak mengata kat saya tu dia lah no 1. saya salah dia tegurkan. saya merajuk dia pujukkan walaupun dia pujuk kejap lepas tu dia pulak bebai dengan ego saya but its something yang sangat best. bila kata JOM terus dia JOM (merayau). bila saya terover acting dia yang menjegilkan mata hingga nak terkeluar bebola mata dia. hahaha. konon-konon dialah abang penyayang. bagi saya itu satu benda yang membahagiakan. nak taboh hang aku pon tak kesah sebab dia abang saya. nak menyembang sambil gelak-gelak sampai mak mai berleter pon tak pa. pokoknya saya rindu semua itu.

 kalau dia tengok gambar nie mesti bangga tahap. 
hahahaha.. =)    

     Ini lebih baik daripada rindu insan yang tak digalakkan untuk kita rindu. takbirrr... hehehehehe

p/s: thanks to someone (I.S) yang sudi call saya tadi and make me happy again. macam tau-tau je saya memerlukan seseorang untuk bercakap. =) habis kredit hang, padan muka. =P

SEGMEN: FARAH SYAMIMI MENCARI BLOGLIST

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Wahh.. banner Tok Misai la... macam menarik je. =) 


Nak JOIN??
sila klik 
SINI atau klik je banner tu.
hehe

4 APRIL 2013, 11.59 MALAM

Sedih: Gambar dan SMS terakhir Inspektor Zulkifli

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Gambar terakhir Allahyarham Inspektor Zulkifli Mamat sebelum terkorban. Semoga Allah menempatkannya bersama orang-orang beriman.


SMS terakhir antara Insp Zulkifli dan rakan seperjuangannya. semoga semangat untuk berjuang yang ada pada Insp Zulkifli dapat diterap dan disemadikan dalam diri semua perjuang kita. 


Pengorbananmu amat kami sangjungi.
Engkaulah perwira kami.
Terima Kasih kerana telah berjuang demi negara.
Jasamu dikenang!!
Allahyarham Inspektor Zulkifli Mamat.

sabarlah duhai hati =(

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Duhai hatiku,
kuatkan lah dirimu..
abaikan semua yang mengganggumu..
bersangka baik lebih baik daripada sikap cemburu..


Tips tenangkan hati

=0> Latih hati agar sentiasa bersangka baik terutama dengan ALLAH.
=0> Latih hati agar sentiasa ingat, ALLAH memberi pahala dengan KESABARAN kita.   
=0> Latih hati agar sentiasa bergantung dengan ALLAH dan tidak terlalu mengharapkan manusia
=0> Latih hati agar sentiasa syukur dengan nikmat yang ALLAH berikan 
=0> Latih hati agar sentiasa memaafkan kesalahan orang lain dan sentiasa memohon ampun dari ALLAH

SEGMEN : MARI TAMBAH KENALAN DARI BLOG CINTA ITU INDAH

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

untuk join sila klik sini <~~

follower sekarang: 62 orang je ='(

tarikh akhir: 31 Mac 2013

JEMPUT CIK ABANG CIK KAKAK SEKALIAN JOIN
^_^

sedih: Ayah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

   
     Walaupun gambar kat atas nie hanyalah diambil dari Fb, tetapi ia cukup terkesan dalam diri saya. saya rasa benda nie hampir semua orang pernah lalui kan? jelas kelihatan pengorbanan seorang ayah menjaga kita semasa kecil. sama juga dengan emak. =)

     Dulu masa zaman kanak-kanak nak ke sekolah pagi-pagi ayah atau emak yang kejutkan. puas mereka kejutkan kita. macam-macam cara mereka gunakan. kadang-kadang bila kita buat perangai mesti mereka akan mengumpan kita dengan sesuatu ganjaran semata-mata nak pastikan kita ke sekolah dan menjadi insan yang berjaya. saya tak ingat zaman saya dulu macam mana tapi apa yang berlaku pada adik saya sekarang mungkin sama dengan apa yang saya lalui dulu. penuh dengan cabaran. saya rasa kalau saya berada di tempat emak dan ayah saya belum tentu saya dapat lakukan seperti apa yang mereka lakukan. pagi yang penuh dengan kesabaran.
  • mampukah kita nak lakukan seperti apa yang mereka lakukan pada kita semasa kita kecil? =') 
´