Pages

banjir lagi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Lepas solat asar tadi agak bosan. taktau nak buat apa. jadi saya pun decide nak baca metro sikit sebabnya tadi masa turun beli lauk saya ada terbaca muka depan metro hari nie. nampak macam menarik. ada kisah kahwin tanpa restu la, kisah banjir la.

 dah tu terpandang tajuk yang nie




Teringat saya masa kecil-kecil dulu. rumah saya tak pernah banjir tetapi belakang rumah saya selalu banjir kalau hujan turun lebat. belakang rumah saya ada bendang. masa tu saya masih dibangku sekolah rendah. selalu bermain banjir dibelakang rumah. saya tersangatlah lasak kerana tidak endah dengan bahaya yang bakal menimpa. yang penting enjoy.

Antara benda yang saya pernah buat ketika banjir ialah pertandingan menangkap lintah. kalau tak silap saya benda nie dicadangkan oleh pak sedara saya. antara peserta yang menyertai aktiviti ini ialah saya, abang saya dan pak sedara pupu saya. caranya begini :

  1. rendamkan kaki didalam air banjir selama beberapa minit
  2. tunggu sehingga ada lintah melekat pada kaki.
  3. bila dah ada yang melekat, cabut lintah dan masukkan dalam bekas masing-masing
  4. ulang step 1 - 3 beberapa kali 

tanpa mempedulikan air banjir yang ntah bercampur dengan air apa kami teruskan sahaja permainan tu. kadang-kadang nampak ja pampers lalu, sampah sarap lalu. buat kering ja tengok. akhirnya selepas dah jemu menunggu kami pon menamatkan permainan tu. dan masa yang di tunggu-tunggukan sudah pun tiba iaitu menentukan pemenang. 

pemenang dinilai melalui beberapa aspek

  1. bilangan lintah yang ada dalam bekas masing-masing
  2. kebesaran lintah

dan pemenangnya tempat PERTAMA jatuh padaaaaaaaaa


"HADI"
(pak sedara pupu saya)

tempat KEDUA ialah

"PAON"
(abang saya)

tempat KETIGA ialah

"NICO"
(saya)



sedih jugak la masa tu. kalau main apa tak pernah nak menang walaupun tak dapat hadiah apa pun. jadi bila dah besar nie konklusi yang boleh saya buat, nampak sangat masa tu dia banyak darah kotor dalam badan. sampai lintah tu minat kat dya. lintah yang mai kat saya ada la seekor dua, tu pun kurus kering punya lintah. *nak cakap saya tak banyak darah kotor la* ^_^


sekadar hiasan

Sesungguhnya zaman kanak-kanak sangat mahal nilainya. hargailah wahai adik-adik sekalian.

0 gosip anda:

´