Pages

balik kampung

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Hari nie penat tahap. lepas habis saja kuiz matematik tadi terus tunggu bas dengan kawan-kawan. sempat dok berposing-posing dulu. bukannya selalu. kalau budak ijazah ada kami tak berpeluang nak buat macam nie sebab ramai. hehe




Cadangnya nak beli tiket KTM hari nie dengan Aqillah. Jadi kami ambil keputusan untuk naik bas dari kampus baru ke kampus lama. tetapi malangnya bas tak dak dan pak cik bas tu pulak takmau bawak kami ke kampus lama. mau tak mau terpaksa la kami naik bas ke kolej dulu.

nasiblah jadi budak sains. terpakasa korbankan masa kat sini. orang lain semua sibuk bercuti tapi kami sibuk dengan test. sebab tu la bas tak banyak. kadang-kadang rasa macam tak adil la pulak. tapi tak apa. I'm Strong.. ^_^

miss aqillah


sampai-sampai di kolej terus kami dua serbu bas PT dan bermulalah pengembaraan kami ke KTM. dengan panas terik matahari membaham diri kami kuatkan kaki untuk melangkah dengan penuh harapan. tiba sahaja di kaunter

"akak, tiket untuk ke utara 27hb ada tak?? "

"maaf lah dik, tiket 27,28,29, 30 semua dah habis... "

ya allah, masa tu hanya allah saja yang tau. rasa macam berkepul-kepul ja asap keluar dari telinga. jadi kami decide nak balik naik bas. berjalan pulak ke stesyen bas tanjung malim. penat tu tak payah cakap la. dah macam merentas desa dah. terpaksa jalan cepat-cepat sebab si Aqillah ada kelas pukul 4.

Lepas beli tiket kami balik ke kampus lama. aqillah naik bas ke kampus baru manakala saya naik bas ke kolej. mood tak payah tanya la.. memang bebai tahap. ~~ tapi tak kesah la. janji dapat balik kampung. =)

cuba tengok muka depan metro hari nie.

thats why la kenapa saya takut nak balik naik bas. =( moga allah permudahkan segala urusan kami berdua.


metro hari nie



0 gosip anda:

´