Pages

salah manusia atau lembu??

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

     Kehangatan Final Exam jelas terasa. Jadi kesempatan ini ingin saya berkongsi satu benda dengan semua. perkongsian mengenai Tapeworm(cacing pita). Bila sebut saja pasal cacing dalam badan saya akan fikir ia hanya akan menyerang kanak-kanak. orang dewasa mana ada cacing dah. tapi segalanya berubah selepas belajar bab cacing-cacing nie. orang besar pun ada cacing dalam badan.

     Dulu saya ada juga terfikir macam mana cacing nie boleh masuk dalam badan manusia? orang-orang tua selalu pesan pada anak-anak,

  • kalau nak keluar pakai kasut. 
  • jangan main kotor nanti cacing masuk badan.
  • dan macam-macam lagilah. bla.. bla.. bla.. 
     Jadi saya rasa macam bertanggungjawab(lah sangat) untuk berkongsi dengan semua tentang Tapeworm nie tentang macam mana dia boleh masuk dalam badan kita. tapi ada saja cacing yang meresap masuk dalam badan. tapi bukan tapeworm la. nak tau kena tunggu entry lain la. ^_^


cara TW masuk dalam badan manusia

     Kalau kita tengok gambar kat atas nie tak dak kena mengena pun dengan pesan orang-orang tua kan? yang peliknya ada kena mengena dengan lembu. adakah lembu bersalah???  hehehe caranya begini.

     lembu makan rumput yang tercemar dengan early larvae --> larva TW akan menjadi cyst dalam otot lembu --> kita belagak order "halfcook beef" dan makan --> TW  tak mati sepenuhnya lalu masuk dalam badan kita --> TW terus membiak dalam usus kita --> anak-anak TW akan keluar dari badan kita sekali dengan najis kita --> kita memerut merata --> ulang balik lembu makan rumput yang tercemar(early larvae) dengan najis kita..  

pesanan:-
  • tak payah nak belagak mat salleh la order daging separuh masak
  • kalau nak makan burger suruh abang tu masak sampai betul-betul masak.
  • jangan berak merata. ingat!!! lembu tak bersalah dalam hal nie. 
  • orang besar pun kena makan ubat cacing sama. 6 bulan sekali kot kalau tak silap.


segmen: Mrs.Erry 1st Giveaway

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Mai pakat join segmen menarik nie.

Firstly saya nak ucapkan Selamat Ulang Tahun "Mrs Erry Bercerita" yg ke-3 tahun.


antara hadiah yang bakal menjadi milik kita semua ialah:-

tara!!!!!


tudung bawal 3 tone - 1 pemenang
tudung 3 layer - 1 pemenang
2 pasang brooch cantik - 1 pemenang
cute handphone case - 1 pemenang
gelang from thai - 1 pemenang
sepit beriben from thai - 1 pemenang
sabun beras - 1 pemenang
brooch rama-rama - 1 pemenang
chesse powder - 2 pemenang
topup RM5 - 5 pemenang

due date: 19 Mac 2013

Penyakit orang jatuh hati.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

     Tengok tajuk atas. haha. nampak macam menarik saja kan. Actually saya nak cakap sikit satu benda yang berkaitan dengan penyakit orang jatuh hati nie. benda nie tak la terlalu teruk dan bukan niat saya nak buat ia teruk tapi kadang-kadang memang nampak macam teruk kan. faham dak ayat tu??  sila abaikan kalau anda rasa tak faham.

 =_= menyampah mak!!

     Tapi itulah yang berlaku pada sesetengah orang yang mula jatuh cinta. mungkin cinta pandang pertama atau pandangan yang entah ke berapa kali. Dan saya tulis benda nie bukannya nak burukkan sapa-sapa tapi kalau ada yang terasa ambik la. boleh jadi ia akan menjadi peringatan buat diri saya sendiri yang kadang-kadang terleka dengan hasutan syaitan nie. =)

SATU saja penyakit yang saya nak war-warkan kat sini. hehehe

     Benda nie jelas saya lihat dalam dunia FB. haa.. kenapa?? cuba tengok orang yang fall in love, family orang yang dia suka semuanya dia nak add. nak like. nak tu la, nak nie la. aduhhh.. seriusly saya tak faham kenapa benda nie berlaku. apa yang cuba kamu nak buat nie sebenarnya?? jadi stalker?? intip semua benda yang orang yang kamu suka tu buat?? macam tu??

     Saya tau benda nie memang kebiasaan la bagi orang-orang yang minat kat seseorang tapi jangan la tunjuk sangat. kawal diri anda tu. nak ambil hati family orang yang kita sayang?? macam tu?? biar semua keluarga dia kenal kita. kalau dah suka sangat p la masuk meminang terus, dok intai-intai buat apa. =_=

pilihlah mana satu.. =P

     Saya sendiri pun kalau suka kat sapa-sapa saya cakap kat dia, "aku nak kawen dengan hang" dan saya serahkan pada Allah. tu saja ayat yang akan keluar dari mulut saya dan saya akan buat. lepas tu saya takkan ulang benda yang sama dan saya takkan buat benda-benda yang menampakkan saya terlalu obses dengan dia. nak terima atau tak terpulang. saya takkan layan perasaan tu. nampak macam syok sendiri kan? tapi sekurang-kurangnya satu masalah dah selesai. ibarat booking la. dan boleh fokus pada pelajaran. ^_^

sapa penah dapat msg nie?? =P

     
     kesimpulannya, saya kurang berminat dengan sikap anda nie. bukan jeles tapi nampak sangatla.. =) jangan la show off. malu kat orang. nanti orang kata apa pulakkan sedangkan tak ada ikatan apa lagi. Peace~

My First Giveaway by Echa

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Mai pakat join segmen nie.. ^_^ by akak aisyah kite..

KLIK DISINI UNTUK JOIN ^_^ => 
DUE DATE: 20/2/2013

Cuti Pertengahan Sem Part (i)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

   Bahang hari nie membuatkan saya tak tau nak buat apa. walaupun berada di kampung, namun suasananya mengalahkan bahang di tengah pekan. jadi bosan-bosan nie saja dok tengok gambar-gambar kat lappy nie dan terjumpa satu album masa cuti pertengahan sem lepas. gambar masa saya dan kawan kat UPSI ke Pulau Pinang. Kami pakat geng-geng utara saja untuk makan angin.

   sebelum pergi ke sana kami bincang dulu tempat apa yang menarik di sana. hasil daripada tinjauan yang dilakukan, ramai yang memberikan cadangan. jadi dalam banyak-banyak tempat yang dicadangkan saya cuma nak ke tempat yang menarik tapi tidak perlu mengeluarkan $$$ yang banyak. dan masalah besar yang dihadapi oleh kami ialah tak tau jalan pulak. mau tak mau terpaksa  mengajak seseorang yang ada pengalaman di sana. =)

berikut adalah antara gambar-gambar kenangan yang sempat di ambil di sana..

  • taman negara pulau pinang
  • air terjun teluk bahang
  • batu ferringhi
  • padang kota
nampak macam banyak kan. padahal kami buat dalam satu hari je. ^_^

gambar nie masa kat atas feri. walaupun selalu naik feri tapi bukannya selalu dapat pergi dengan kawan-kawan. 


nie tempat pertama yang kami pergi. taman negara. sebelum nak masuk tu ada jeti kalau sapa-sapa nak pergi ke pulau-pulau yang bekenaan. tapi kami tak naik pon bot tu sebab nak jimat duit. =) 

with sisto Aida


kami terasa muda

encik penunjuk jalan


teluk bahang merupakan destinasi kami yang kedua. lama dah saya tak pergi ke tempat nie. last dulu masa kecik-kecik. dulu tak ada lagi macam nie. sekarang dah banyak perubahan.



 wake up.. wake up. =P



seterusnya ialah batu ferringhi.. sini best. permandangan sangat menarik. rasa tenang je. =)

sisto aida n ika


Destinasi terakhir iaitu Padang Kota. Asalnya niat nak makan laksa. tapi tengok-tengok semua kedai tutup.so kami decide makan pasembor saja. tu pon agak mahal. =)


harap-harap cuti seminggu nie dapat habiskan masa dengan mengukir kenangan-kenangan manis bersama kawan-kawan dan keluarga lagi ^_^ banyak lagi tempat yang menarik yang tak sempat kami pergi. kepada kawan-kawan blogger. jom la datang penang. best woooo... =)




Syurgalah tempatmu: Adik Adam Syukri

Assalamualaikum dan Salam Sejatera..

Petang tadi masa seronok-seronok usha wall Fb, tiba-tiba terlihat satu gambar nie. dengan rasa hiba saya pun try klik gambar tu. kisahnya tentang sepasang suami isteri yang baru kehilangan seorang putera yang mereka kasihi.

sumber: google

     Jadi saya pun tertanya-tanya. siapakah adik adam syukri nie? dan kenapa ramai sangat yang bercakap tentang adik nie. kalau nak ikutkan hati saya, amatlah berat untuk search benda-benda macam nie. tak sanggup nak tengok penderitaan yang di hadapi oleh si kecil nie. tapi saya kuatkan diri untuk mencari dan terus mencari. dan akhirnya saya temui jawapannya. =(

serba sedikit tentang adik Adam Syukri
  • Dilahirkan pada 4/3/2012 dan telah mengalami brain damage(kerosakan saraf pada otak)
  • dilahirkan secara vacum dan semasa kelahirannya adam keluar dalam keadaan flat dan kekurangan oksigen. hanya bergantung pada mesin oksigen untuk terus hidup.
  • mata kanan adam mengalami injured dan telinga kanannya tidak dapat mendengar kerana kerosakkan pada bahagian dalam telinga. 
  • Dr pakar otak mengesahkan adam akan terlantar seumur hidup dan peluang untuk adam hidup seperti manusia normal amat tipis.
     walaupun saya tak kawin lagi dan sudah semestinyalah masih belum bergelar seorang ibu, namun naluri keibuan tu ada la jugak dalam diri nie. Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. kalau nak letakkan diri saya dalam situasi kakak tue. belum tentu saya setabah kakak tue.

    betapa besarnya ujian yang Allah bagi pada pasangan suami isteri nie. 9 bulan mengandung dengan penuh kesabaran, di jaga dengan penuh kasih sayang, dengan harapan dapat menjadi penyejuk mata dan penawar hati.. tetapi Allah lebih mengetahui apa yang terbaik buat mereka. perancangan Allah sangat hebat. mungkin ada hikmah yang tersembunyi disebalik tangisan ini. percayalah pada Allah. =)

bergembiralah anda dengan syafaat ini wahai pasangan yang tabah. =)

Abu Hurairah meriwayatkan bahwa Rasulullah bersabda, “Tidaklah sekali-kali sepasang muslim ditinggal mati oleh ketiga orang anaknya yang belum baligh, melainkan Allah akan memasukkan keduanya bersama anak-anak mereka ke dalam surga berkat karunia dan rahmat-Nya.”

Abu Hurairah melanjutkan,
“Dikatakan kepada anak-anak tersebut, ‘Masuklah kalian ke dalam surga!’

Anak-anak itu menjawab, ‘Kamu menunggu kedua orang tua kami’.

Perintah itu diulangi tiga kali, tetapi mereka mengeluarkan jawaban yang sama. Akhirnya, dikatakan kepada mereka, ‘Masuklah kalian bersama kedua orang tua kalian ke dalam surga’.”

Bukhari, Kitab Janaiz, 1171

detik terakhir




sebak sangat-sangat waktu taip kisah nie. Syurgalah tempatmu wahai adik Adam Syukri. berbahagialah anda disana. takziah diucapkan pada kakak nie dah suaminya. untuk mengetahui kisah lebih lanjut boleh klik di sini  => page Adam Syukri.



Random Giveaway 2013 by LS

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

wahhh.. nampaknya saya makin ligat berblog sekarang ye. ^_^ sebenarnya sekadar untuk mengubat hati yang duka. =(

NEVERMIND!!!! sekarang saya nak teruskan dengan agenda saya iaitu join segmen seperti tertera di tajuk atas...


untuk join sila klik => sini


tengok banner pon dah tertarikkan??
so tunggu apa lagi
JOM la kita terjah... 

mai cek oi tengok apa yang menarik boleh dapat... 



kalau dapat purse tu pon best jugak.. 
 boleh ganti purse saya tu yang dah daif sangatII..
hanyalah sebuah pensil case yang diberi nafas baru utk meletakkan duit.. =(

dengan lafaz
Bismillahhirrahmanirrahim!!!
anda di tag
^_^


tarikh tutup penyertaan 
16 FEB 2013



segmen: blogwalking + kenali IPT

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,


untuk maklumat lebih lanjut klik => sini

Wahhh.. nie kali pertama saya join segmen. saya masih baru dalam dunia blog nie. hehe bila tengok je tajuknya, terus saya tertarik untuk berkongsi pasal IPT saya. U saya pun apa kurang hebatnya. thanks kepada miss (0_0)  dan miss ^_^ sebab buat segmen nie.


Universiti Pendidikan Sultan Idris

     Seperti tertera dalam gambar diatas, saya merupakan seorang penuntut yang tegar di sana. Alhamdulillah pilihan yang sangat tepat. walaupun masih di peringkat Diploma (bidang sains) namun kehidupan di sana mengalahkan pelajar Ijazah dan Master. dapat rasa lecture yang sama dengan peringkat atas. nie la untungnya belajar kat sini. lecture tak pernah pilih kasih, kadang-kadang apa yang kami belajar diorang akan beri sikit hint apa yang budak ijazah belajar. so nanti tak la rasa blur sangat untuk peringkat seterusnya. Jadi saya nak cerita secara ringkas la pasal U saya.

pasal kolej kediaman

    Tidur, makan, berehat, dan semuanya di Kolej Harun Aminurrashid.. kolej yang sangat ceria dan kaya dengan aktiviti. hampir setiap minggu mesti ada saja program yang menanti. semua perayaan kami sambut bersama. semangat 1 Malaysia la katakan. walaupun begitu aktiviti kerohaniah juga tidak ketinggalan. Usrah??  pilih saja nak join yang mana satu. pokoknya bi'ah yang sangat baik di kolej nie. nak kata tak dak kemungkaran,  benda biasa yang ada di semua tempat.. Tapi as long as kita dapat kawal diri kita insyaallah takkan terpengaruh. ^_^ tapi nanti kami akan berpindah ke kolej baru. pagi-pagi dah boleh tengok pemandangan bukit-bukau. 


musim luruh di kolej ^_^

kawan-kawan

     kalau nak cerita pasal kawan-kawan memang terlalu panjang. banyak sangat kenangan terindah dengan mereka. kat sini saya belajar banyak sangat benda pasal persahabatan. kalau nak tukar dengan wang ringgit memang takkan dapat. susah senang kami bersama. saya tak buat tutorial kawan-kawan ada jawapan. *nampak dak motifnya?* hehe. saya tak reti kawan tolong ajarkan. saya sakit, kawan datang tengokkan. tersangatlah suwit kalian.



kawan-kawan I


kawan-kawan II


pasal kampus

    saya sangat bersyukur sebab kami merupakan pelajar yang merasmikan pembukaan kampus baru. kampus yang sangat besar nak bandingkan dengan kampus lama. insfrastruktur yang sangat mantap dan segala-galanya hebat. kalau nak tau lebih lanjut silalah berkunjung di Universiti kami. =) kalian pasti akan tertarik dengan keindahan pemandangan di sini. hijau mata memandang. cuba tengok gambar di bawah.


pemandangan di pagi hari


yang warna-warni tu kolej baru


masjid UPSI


mampu menenangkan fikiran =)


sesi pembelajaran


belajar bio diluar kelas

dewan besar UPSI


setiap universiti ada kelebihan tersendiri kan jadi nie la serba sedikit kelebihan U kami. jemput lah datang. Insyaallah tak rugi. ^_^


true story

Assalamualaikum dan Salam Sejatera

Hai awak yang comel =).. aku nak mintak maaf sangat-sangat kat hang kalau apa yg aku tulis tadi tu menyakitkan hati hang. aku tak berniat pon nak buat macam tu. tapi seriusly aku nak bagitau kat hang yang hari nie memang aku tak dak mood sangat-sangat. bermula pada pagi tadi bila aku sedar-sedar dah pukul 7.15 a.m aku rasa macam sangat tak best sebab terpaksa kalut-kalut bersiap nak ke kelas BIOLOGI .alarm aku set pon aku tak dengar. mungkin sebab terlalu letih kot semalam study dengan hang. walaupun study semalam aku tak dapat banyak pon tapi aku bersyukur sebab hang nak jugak hantar aku balik kan.. ^_^


=(


sebenarnya semalam masa aku online kat rumah hang tu aku ada perasan something kat wall fb aku. terasa sangat-sangat dalam hati aku. aku rasa hang pun tau benda nie. sebab tu aku biarkan saja hang hack FB aku. =( aku tak mau layan perasaan tu. aku nak buang jauh-jauh. aku selalu cakap kat orang yang "jangan terlalu berharap pada benda yang tak pasti". tapi kadang-kadang aku sendiri pun tak kuat nak kawal benda tu. dah-dah lupakan yang tu. tak penting.

bila tadi hang tag nama aku kat status cakap hang tak jadi balik hari khamis dan nak balik jumaat aku rasa hilang semua masalah tu hang tau dak. rasa happy sangat-sangat. senyum meleret. lepas tu bila aku tengok hang reply mesej tu balik hang kata hang tak decide lagi dan nak balik hari khamis pulak. hang tau dak aku dah tak boleh nak tahan air mata aku dah time tu. dengan mak sedara aku dok tanya pasal tiket bas la ktm la sebab semuanya dah abes. serabut sangat-sangat sebab dok bercampur dengan test lagi.. aku kalau boleh takmau fikir lagi semua benda tu. niat nak fokus kat test kimia tadi. tapi SPOILT..

so aku tau aku pun bukannya bagus mana pon. dan aku nak mintak maaf sangat-sangat sebab aku tak boleh nak kawal perasaan aku tadi. aku tak suka nak tunjuk kepala angin aku. tapi tadi dah tak boleh nak tahan dah. sori laaaaaa... =(


T.P.C

nahh.. amek beruang yang muka macam hang nie.. sebagai tanda aku mintak maaf. nak pujuk dengan benda mahai aku tak mampu.. nie ja la k..



santai petang: muntah-muntah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dalam kesibukkan study untuk test esok, rehatkan minda dengan lawak kurang cerdik nie sikit. hehehe..


tajuknya MUNTAH-MUNTAH

Suatu hari di negara Eropah diadakan satu pertandinganan iaitu menahan bau di dalam sebuah bilik kecil yang didalamnya dimasukkan 10 ekor kambing.

Peserta pertama dari Amerika..
Baru 3 minit dia sudah keluar sambil muntah-muntah.

Peserta kedua dari Jepun..
Baru 10 minit dia sudah pengsan.

Peserta ketiga dari Afrika,
Baru 30 minit dia terus keluar dan muntah-muntah.

Terakhir, peserta dari Bangladesh...
Baru 1 minit... 10 kambing itu keluar dan muntah-muntah.

kat sini saya kongsi sikit petua nak hilangkan bau badan. ^_^ 

==>caranya ialah dengan menggunakan buah limau purut. buah limat purut kan wangi. hehe. caranya, perahkan jus limau purut tu dalam air dan mandi. gosok hampas limau purut tu kat badan dan bilas. siap!!!! mudah saja kan. tu petua orang tua-tua. hehe.. mai saya nak bagi petua orang muda pulak. mula-mula rendamkan badan 30 minit dalam softlan lepas tu bilas. insyaallah wangi. selamat mencuba. kalau dah cuba bagitau saya k. nak tau jugak hasilnya. =P



mengikat nafsu dengan berpuasa

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Nafsu makan.. nafsu makan dan nafsu makan. Tolonglah kasihan pada saya sama, saya dah tak tau nak kurangkan awak macam mana. setiap masa mesti akan ada benda yang saya kunyah tanpa henti. asal saya nak study saja saya lapar, nak ke kelas pon lapar, dalam kelas pun lapar kesimpulannya lapar sedang merajai diri saya sekarang sehinggalah saya digelar budak kuat makan. terima kasih pada yang memberi pengiktirafan tersebut. sesungguhnya saya sangat terrharu. ^_^ ada yang menegur saya kelihatan agak sihat(chubby) sekarang. Alhamdulillah jawab saya sebab saya tengah bergembira. Jawapan yang agak hipokrik untuk menghilangkan rasa bimbang di hati. hehe


sekadar hiasan

dok nampak gaya macam nak tambah berat saja nie. tunggu la dua tiga bulan lagi kalau dok ikut sangat nafsu. XxxL mungkin. hehe. pipi dah macam p gym. rasa dah macam tumbuh muscle(balaghah). ^_^ kadang-kadang tak boleh nak fokus dalam kelas. dalam otak dok bayang makan saja. dok fikir nak balik awal. makanan sedang menanti.

Jadi saya berazam untuk berpuasa hari nie. Niat tu bukanlah sebab nak diet. Niat tetap kerana Allah. Insyaallah jika diberi kekuatan saya nak berpuasa hinggalah jumaat nie. kiranya sampai balik kampung la. nanti biar makan banyak-banyak kat rumah. makan apa yang mak masak. kakak masak. makanlah sepuas hati. =) kalau kat sini kena pandai-pandai bajet la. sehari kalau boleh nak makan kurang daripada RM3.00(beli lauk). kalau hari yang tak puasa kadang-kadang menjangkau sehingga RM5 nampak dak perbezaannya?

banyak hikmah puasa nie. antaranya:-


a.   To feel better physically and mentally (merasa lebih baik secara fizikal dan mental).
b.   To look and feel younger (merasa lebih muda).
c.   To clean out the body (membersihkan badan)
d.   To lower blood pressure and cholesterol levels (menurunkan tekanan darah dan kadar lemak.
e.   To get more out of sex (lebih mampu mengendalikan seks).
f.    To let the body health itself (membuat badan sihat dengan sendirinya).
g.   To relieve tension (mengendurkan ketegangan jiwa).
h.   To sharp the senses (menajamkan fungsi sense).
i.    To gain control of oneself (memperolehi kemampuan mengendalikan diri sendiri).
j.    To slow the aging process (memperlambat proses penuaan)


sumber dari ==> hikmah puasa banyak lagi sebenarnya hikmahnya. kalau nak tau lebih lanjut klik link tadi tu. =) ada jugak hikmah dari sudut sainsnya.


bakal XxxL mungkin =P

ohh tidak..

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Chess?? sememangnya tersangatlah saya tak reti main. nak gerakkan buah pon tak tahu. niekan pulak nak ajak lawan. memang tak la kan. siap ada syarat lagi. Sapa kalah kena belanja. sah-sah la saya kalah kalau main game nie. encik tak apa la dok main setiap hari kat rumah sewa. saya nie mana pernah main. pernah la main dulu tapi buah tu saya gerakkan macam main Dam. hehehe

wahhh.. tak sempat nak balik kampung lagi dah ada perjanjian macam nie. =P hasil rundingan dan perbincangan akhirnya kami sepakat tak nak main chess tapi ada pilihan lain.

  • congkak
  • badminton
  • game bola

congkak encik buat alasan tak reti sangat. badminton pulak sah2 la tangan tak boleh nak gerak sangat.. hahaha.. tu la. lain kami buas lagi. akhirnya encik telah membuat keputusan untuk lawan game bola kat laptop encik. begitu sanggup encik nak usung laptop encik kan semata-mata nak lawan dengan saya.. mungkin encik akan menang dan saya kena belanja encik. tapi ingatlah bahawasanya encik akan di PAU secukupnya oleh saya. =) 

 pulau pinang

tazkirah di hari jumaat. =)


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Dalam kekhusyukkan dok study biologi, tiba-tiba dapat satu info yang sangat berguna. sebenarnya benda nie dah diberitahu oleh lecture masa dalam kelas. tapi masa tu mungkin otak saya dah tepu. dengar tak dengar saja. tapi bila baca balik baru saya tau yang sebenarnya Dr Mai nak relatekan Bio dengan kehidupan kita. saya pun tak tahu kenapa diri saya suka sangat bila apa yang saya belajar di kaitan dengan dengan kehidupan.  ^_^

lebih kurang macam nie la kisahnya:

Kalau kita selami dunia tumbuhan, dalam bab fertilization kita dapat lihat dalam tumbuhan berbunga, bau yang kuat, warna yang menarik, madu yang banyak merupakan benda yang mampu menarik perhatian serangga untuk mendekati. Hanya bunga tertentu sahaja yang serangga akan pilih dan secara tidak langsung serangga ini bertindak sebagai agen pendebungaan. Berbeza pula pada rumput. Mereka tidak mempunyai tarikan. Tak ada madu, warna tak menarik, kecil dan tidak berbau. Walaupun begitu mereka juga dapat terus hidup dengan bantuan angin sebagai agen pendebungaan mereka. Benda nie boleh kita kaitkan dengan kehidupan kita. sebab tu Allah suruh kita bersederhana dalam pemakaian sebab mampu menarik perhatian mata-mata yang memandang. Tak perlu nak mekap, berwangi2an sangat. Tak mati pun kan?? Cuba tengok rumput, tak perlu pon semua tu tapi tetap dia dapat meneruskan kehidupan dia kan? Ada saja yang membantu.. Hebat ciptaan Allah. Semua benda kita boleh kaitan dengan diri kita. Sekadar berkongsi ilmu.. terima kasih lecture Bio… ^_^




pengajaran yang saya dapat dari kisah tersebut, setiap daripada kita dikurniakan kecantikan yang tersendiri. mungkin kita takkan nampak semua nie. tapi orang yang melihat dengan mata hati pasti tidak akan mempersiakan apa yang di kurniakan oleh Allah. tak perlu nak buat benda-benda yang Allah tak suka. cuma pelu jadi diri kita. jangan kita nak merendah diri sangat sebab Allah dah cakap yang Dia ciptakan kita sebaik-baik kejadian. semua orang ada tarikan tersendiri. =) bersangka baiklah pada Allah. sesungguhnya dia lebih mengetahui apa yang terbaik buat kita.     

saya sentiasa berdoa pada Allah agar dikuatkan iman. kadang-kadang bila kita duduk dalam sesuatu kelompok kita akan mudah sangat untuk terpengaruh kan. begitu juga dengan saya. tapi bila fikir balik kebaikkan dan keburukkan alhamdulillah benda nie akan memotivasikan balik diri saya. 

sama seperti apa yang saya post dalam Fb sebenarnya. cuma saya nak berkongsi di Blog.  mungkin dapat bermanfaat pada semua. hehehe.. 

berkongsi itu baik

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Alhamdulillah. Hari nie rasa sedikit kelapangan selepas sibuk dengan test yang datang bertubi-tubi. sebenarnya ada lagi paper kimia tapi di tangguhkan ke 5/2/2013 nie sebabnya ramai pelajar sem 2 terlibat dengan program. Program apa ntah ka Johor dan saya juga secara tidak langsung terlibat dengan program nie. hati rasa berat sangat-sangat nak meninggalkan bilik terutamanya katil dan bantal. nampak dak motifnya? hehe.. kacau hujung minggu saya je diorang nie.


hai.. saya dapat hidu sesuatu nie?? =P

actually, nak cakap benda lain. dan xdak kena mengena pon dengan program kat atas tu.  saja nak bagi intro sikit. baru-baru nie saya ada post sesuatu kat Fb. tentang aplikasi tumbuhan dalam kehidupan. Niat dihati cumalah nak berkongsi, tetapi Allah nak bantu kami semua. apa yang saya post masuk dalam test biologi lepas. walaupun cuma satu soalan, tapi bagi saya nilai satu amat bermakna dalam result nanti. bayangkan kalau kita cuma lebih markah satu sahaja dari kawan kita?? sudah pasti kita akan rasa dunia nie macam "ana yang punya kan" hehe

postnya seperti berikut. harapnya dapat menambah ilmu para pembaca juga. =)

Nak kongsi ilmu bio sikit nie, mesti semua orang pernah tengok kan effects api yg orang buat masa kat atas pentas tu?? selalunya kalau ada perasmian majlis yg grand2 la macam pembukaan sukan olimpik.. mesti kita terfikir macam mana la depa buat kan? sebenarnya dia ada kaitan dengan tumbuhan nama Lycopodium (Club Mosses). spore yg dihasilkan oleh Lycopodium ada waxy coat yang digunakan sebagai "flash powder". Bila spore tu disembur keluar sebagai kabus halus dan dinyalakan, dia akan menghasilkan api yang terang.. =) macam tu la kisahnya... Terima kasih lecture BIO ^_^  


 ini la gambarnya.. 


masa saya post benda nie kat fb tiba-tiba dapat satu komen dari lecture Bio saya

"Thank. u have contributed info completion of the lecture .... he.. he.. he.. rasa-rasa masuk test tak?" from Dr Mai

wahh.. masa tu rasa sangat-sangat excited sebab dah dapat hint sikir dari Dr. dan alhamdulillah masuk soalan nie. lepas tu ada kawan-kawan yang mengucapkan terima kasih sebab sudi berkongsi. sudah semestinya rasa bangga dapat berkhidmat untuk masyarakat bangsa dan negara tu wujud dalam diri kan. =) hehehe dan ada yang bertanya pada saya, bila nak post lagi benda-benda macam tu dalam Fb. sebab dapat tambah info dalam diri semua. insyaallah.. more reading more knowledge.

´