Pages

cantik tidak semestinya baik

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Hari nie rasa sikit nikmat study. membuat tutorial sambil mencari bahan di dalam buku yang tersangatlah tebal dan Mr Google yang sentiasa setia bersama saya. kadang-kadang saya terfikir, kenapa saya tak boleh nak buat macam tu sebelum-sebelum nie. nak kata saya dilamun cinta sudah semesti tidak dan saya menolak sekeras-kerasnya. nak kata suka sangat layan korea seperti my rumet tentulah tidak. jadi apakah yang membuatkan saya malas pun saya tak tau..

kadang-kadang sifat rajin tu datang setelah mendapat kata-kata semangat daripada insan-insan yang sentiasa ada di sisi. walaupun berupa sindiran tetapi mampu memberi kesan yang mendalam dalam diri saya. cuma kaitkan dengan matlamat hidup saya dan impian sudah cukup untuk membuatkan diri ini tersentap. hehehe sudah-sudah la intro sikit-sikit. terOver pulak. =)

apa yang saya nak ceritakan ialah tentang apa yang saya baca pagi tadi dan apa yang saya cuba relatekan benda ini dengan kehidupan kita.

kenal tak ada benda ini???



MUSHROOM!!!!! well done ^_^

kalau kita diberi pilihan untuk memilih antara kedua-dua cendawan diatas sudah pasti ramai yang akan memilih cendawan bernama Amanita kan berbanding dengan Lentinus. dan sebabnya sudah pastilah kerana Amanita kelihatan lebih cantik dengan warna yang menarik, mampu memukau mata setiap yang melihat. kalau dalam katun-katun pon rasanya banyak yang ambil animasi cendawan Amanita nie. berbanding pula dengan si Lentinus nie mungkin kurang mendapat perhatian sebabnya kurang menarik. tengok warna pun dah tahu nie mesti tak sedap kalau makan. dan mungkin Amanita nie lebih sedap. ini hanyalah adaian sahaja.

kebanyakkan orang akan menilai sesuatu benda dari segi luaran sahaja tanpa menyiasat terlebih dahulu dalamannya. ingatlah bahawasanya yang menarik itu tidak semestinya baik dan yang buruk itu tidak semestinya tidak baik. sama seperti cendawan di atas. kalau kita kaji dalam biologi, ternyata kelebihan cendawan Amanita itu hanyalah pada kecantikan diluarannya sahaja namun tidak mampu untuk memberikan apa-apa manfaat pada manusia. ia sangat beracun dan boleh menyebabkan kematian jika dimakan. berbanding dengan lentinus pula, walaupun nampak sahaja luarannya kurang menarik namun ia mampu menjadi makanan buat manusia. kalau kita ke MCD atau KFC atau ke mana-mana sajalah tempat yang ada buat sup mushroom tu sudah pastinya ia adalah dari spesis lentinus dan seangkatan dengannya.

pensyarah saya pula pernah cakap.. andai suatu hari kita masuk ke dalam hutan, cara untuk mengenal pasti cendawan yang boleh di makan dan cendawan yang tak boleh dimakan ialah tengok luarannya means warnanya. kalau cendawan tu ada warna yang menarik maknanya cendawan itu sangat beracun dan tak boleh makan. kalau nak makan cendawan jugak kena cari yang warnanya tak menarik.

ini pula ialah pandangan sepupu kesayangan saya mengenai cendawan di atas

pendapat dari sepupu tersayang

tengok, sungguh unik ciptaan Allah. banyak benda yang kita boleh kaitkan dengan kehidupan kita sebagai seorang muslim. sebab tu lah wahyu yang pertama di turunkan ialah IQRA' iaitu baca. dengan membacalah kita boleh kaji segala ciptaanNya. Allah bukannya suruh kita lihat dengan pandangan yang kosong, tetapi lihat dan tadabbur. bila saya baca pagi tadi barulah saya tahu tentang keunikan ini. Alhamdulillah. sekurang-kurangnya apa yang saya baca tadi ada juga sesuatu yang bakal di aplikasikan dalam kehidupan saya. bukan sahaja mendapat tips untuk memilih cendawan untuk dimakan, malah dapat menghubungkannya benda ini dengan kehidupan saya.

:: lepas nie kena banyakkan lagi membaca barulah boleh dapat banyak info. bila dah banyak info boleh la berkongsi ilmu.. bila dah berkongsi ilmu barulah dapat pahala lebih.. ^_^ tak susah pun nak buat baik.

0 gosip anda:

´