Pages

Kalianlah yang saya cari

Assalamualaikum dan Salam sejahtera..

Masuk hari ni sudah 4 bulan lebih saya berada di Universiti Pendidikan Sultan Idris. Dah nak cuti sem dah. Masa berjalan sangat cepat. Sem 1 bakal saya tamatkan pada 8/10/2012 yang akan di akhiri dengan paper Mathematic For Diploma. Alhamdulillah. Moga Allah memberkati segala ilmu yang saya pelajari sepanjang Semester 1 nie. Paper kimia baru saja berakhir tadi. Rasa sedikit kelapangan otak nie. Tidur tak menentu masa nak final exam nie. Tido pkul 9.30pm - 1.00am. Bangun untuk study sampailah ke pagi. Orang study siang saya study malam.. hehe.. Nak buat macam mana dah memang jam biologi badan saya nie set macam tu. Tak boleh nak kata apa-apa dah la.. saya senang dengan cara saya. Study tanpa sebarang gangguan.. Jeritan dari penghuni  kolej yang sangatlah happy memanjang nie.

Rasa sedih mula menyelubungi diri bila fikir nak berpisah dengan kawan-kawan tersayang. Yang banyak membantu ketika saya ada masalah.. Yang suka buat saya ketawa bila saya rindukan rumah.. Yang sangat baik hati pinjamkan duit bila saya kesempitan.. Yang sangat ramah bila saya bersendirian.. Yang sangat sweet nak ajak saya kayuh basikal kat KHAR nie. Ya Allah, betapa indahnya persahabatan yang kita jalinkan sepanjang semester pertama di sini. Walaupun pada mulanya kita saling tidak mengenali, akhirnya bila masing-masing membuka mulut beginilah Ukhwah kita.

Tambahan pula jadual kelas yang kesemuanya hampir sama. membuatkan kita selalu bersama. Dulu saya fikir saya akan kesepian. tanpa kawan. sebab tak kenal sapa-sapa disini..  tapi sekarang tak lagi.. Aura kasih sayang dari kalian semua mematahkan firasat palsu saya tu. Saya dapat rasakan semua nie. Rasa kasih sayang seorang sahabat yang sangat suwit seperti kalian. Terima Kasih wahai sahabat semua.

Yeahhh.. Kitalah sahabat sejati. Sahabat yang saling melengkapi.. Saling membantu.. Saling memerlukan antara satu sama lain.. Susah senang kita bersama. Saya harap kita semua akan terus macam nie sampai bila-bila. Nanti semester dua harap dapat sekelas dengan kalian lagi ya wahai sahabat-sahabatku..

candid time =_=

Kehappian yang berganda dari kita semua

Terima kasih wahai sahabat,
anda membuatkan

Saya percaya pada pesahabatan sejati
kerana

Persahabatan Sejati Akan Membawa Pada Kerinduan Abadi


0 gosip anda:

´