Pages

kenangan lama


Assalamualaikum dan salam sejahtera

Zaman kanak-kanak adalah zaman yang paling menyeronokkan. Apa sahaja perkara yang kita buat orang tua-tua tak akan marah teruk-teruk. Bukanlah tidak marah langsung, tetapi kurang la sikit tahap kemarahan mereka. Biasalah, pemikiran masih belum matang. Hehe. Sekarang nie dah matang sikit. Banyak benda yang kita lakukan tanpa disedari. Hanya mengikut nafsu kanak-kanak sahaja. Tanpa memikirkan kesan yang bakal kita terima. Bila kita tengok benda tu macam seronok kita terus mencuba. Begitulah juga saya. Tapi benda-benda nie semua membuatkan saya tersenyum sendirian bila terkenangkannya. Cerita lama, tetapi mampu saya ingat sampai sekarang. Berikut antara kenangan kenakalan saya ketika kecil.

  1. 1.      Saya dan dinding

Suatu hari, saya pulang daripada rumah mak njang saya yang terletak berhadapan rumah saya. Mungkin baru habis main masak-masak ketika itu bersama sepupu-sepupu tersayang. Waktu tu petang kalau tak silap. Saya pulang bersendirian. Begitulah rutin harian saya bersama kawan-kawan. Petang adalah waktu kami bermain. Tak kiralah masak-masak, polis entry. Semua kami redah. Ketika dalam perjalanan pulang berseorangan tiba-tiba saya mendapat idea untuk mencuba sesuatu di dalam TV. Berjalan sambil tutup mata. Yeahh.. Mari kita mencuba. Bila dah hampir dengan rumah saya, terus saya pejamkan mata.. konon-konon orang buta tergagau-gagau untuk mencari jalan pulang. Terus saya berjalan dan terus berjalan. Tiba-tiba….

“tengggggggggg!!!!!!!!”

Saya rasa seperti kepala saya berdengung. Seperti ada awan burung di atas kepala sedang memusing-musing. Rasa pedih di dahi. Aduhhh!! Terus saya bukakan mata. Di hadapan saya betul-betul dinding rumah saya. Saya cuba meraba-raba dahi saya. Terus saya berlari masuk rumah.

“makkkkk.. kepala darah….”

Terus mak saya Tanya, kenapa boleh jadi demikian. Lalu saya pon cakap yang saya jalan tutup mata. Saya dah aim lorong nak terus masuk pintu rumah saya. Tak sangka la pulak tersasar dari landasan yang sebenar.  Dah tu kena berleter pulak. “tu la hang.. buas sangat..” Hehe.. sampai sekarang masih menjadi perbualan antara keluarga saya jika bersembang pasal kenangan lama. Hehe…  wahai adik adik sekalian. Janganlah anda meniru aksi diatas ye. Bahaya. INGAT!!


 
sekadar hiasan semata

  1. 2.      Saya dan kereta sorong

Pasti kita semua kenal kereta sorong kan? Kereta yang di gunakan untuk mengusung tanah, sampah, atau apa-apa sahaja yang kita nak. Selalunya digunakan oleh pekebun la. Kat rumah saya ada satu. Warna biru. Sapa-sapa nak sewa drive pergi kelas boleh la berhubung dengan saya. Tak payah nak telifon prebet atau teksi dah. Tak payah bubuh minyak mahal-mahal dah.  Hehe.. ada kenangan manis yang tercipta antara saya dan kereta sorong tersebut. Di tepi rumah saya ada satu bangsai (pondok letak barang) kepunyaan tokwan saya. Di dalamnya ada peralatan kenduri kepunyaan tokwan saya. Kebetulan kereta sorong itu pon berada didalamnya. Terus saya mendapat idea untuk menjadikannya bahan permainan saya. Ketika itu saya bermain bersama sepupu-sepupu saya yang lain. Kereta sorong itu di jadikan port saya untuk melepak. Setiap orang mengambil port masing-masing. Ada yang di atas kerusi dan sebagainya. Ketika saya main, saya berdiri dia atas kereta sorong tersebut. Konon-kononnya nak melihat orang lain punya port la. Dah la kereta sorong tu ada satu ja tayar. Memang tak stabil la kan. Tiba tiba saya rasa seperti kereta itu bergoyang-goyang.

“debushhhhhhh”

Saya jatuh. Mulut saya terkena  terkena tungku kawah( kaki tempat letak kawah). Aduhhhh.. terus saya pegang mulut saya. Rasa seperti berdarah.. Saya berlari masuk rumah.

“makkkkkk.. mulut berdarahhhhhh”

Hasil siasatan yang di lakukan oleh mak saya terhadap mulut saya mendapati gigi saya dah tergantung-gantung nak tercabut. Terus mak saya tarik. Senang je gigi tu tertanggal. Hehe. Masa tu masih gigi susu.. senang la nak tercabut. Hehe.. Wahai adik-adik. Janganlah meniru aksi diatas ok. Saya tersangatlah buas ketika kecil. Hehe


dulu

VS

sekarang


  1. 3.      Saya dan buaian

Perbezaan umur antara saya dan adik saya sangatlah jauh. Iaitu 6 tahun. Menjadi anak bongsu yang lama menyebabkan saya selesa untuk tidur dalam buaian sehingga zaman persekolahan. Sewaktu umur saya 7 atau 8 tahun kalau tak silap, saya teringin sangat nak tidur dalam buaian walaupun masa tu saya dah mempunyai adik. Jadi, saya mengambil keputusan untuk mereka membuat sendiri buaian saya. Jika saya menyatakan hasrat saya pada mak saya mungkin saya akan dimarahinya. Jadi tak perlu nak menyusahkan orang. Saya dah pandai berdikari. LAH SANGAT.. hehe. Saya membuang kain buaian adik saya yang berjaring tu. Saya gantikan dengan kain batik emak saya. Kononnya kain batik lebih kukuh. Tanpa membuang masa saya terus masuk dalam kain batik itu lepas memasangnya pada besi buaian tu. Tiba-tiba

“prakkkkkkk”
“tenggg!!!!!”

Berdengung kepala saya. Kain batik tu terkoyak dan saya jatuh terhantuk kat lantai. Aduhhh… sakit tak terkata. Rasa berdenyut-denyut je kepala saya masa tu. Terus saya diamkan diri tanpa cerita pada sesiapa. Malu kot. Lepas peristiwa tu saya dah tak naik buaian adik saya. Saya dah insaf. Hehe.. mohon adik-adik janganlah meniru aksi berani mati yang saya lakukan ini.


sekadar hiasan

Kenangan ini masih mekar dalam ingatan saya. Setiap orang mempunyai kenangan masing-masing kan? Saya cuma berkongsi kenangan saya semasa saya kecil. Terima kasih kerana sudi membaca. Kenangan inilah yang mematangkan diri saya. Matanglah sangat kan.  Hehe..

0 gosip anda:

´