Pages

demam bola...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Demam bola Piala Malaysia 2012 baru saja melabuhkan tirai semalam. Menyaksikan perlawanan antara dua buah pasukan iaitu Kelantan menentang ATM. Perlawanan yang sememangnya ditunggu-tunggukan oleh setiap kaki bola di Malaysia.

piala malaysia 2012

Di dalam Facebook penuh dengan post mengenai bola. tidak kiralah lelaki mahupun perempuan. tidak ketinggalan juga yang post untuk membuat bancian kemenangan antara TRW dan ATM. ada pula yang memberitahu mereka dalam perjalanan ke stadium shah alam. berbagai ragam manusia yang dapat dilihat ketika musim bola ini.

Sudah menjadi adat ketika ada perlawanan bola untuk melepak bersama menonton pasukan kegemaran masing-masing beraksi semalam. ada yang memilih ATM. ada pula yang memilih TRW. tidak ketinggalan juga diri saya sendiri yang menyokong TRW. Yeahhh... Hidup TRW!!! Saya menyokong kelantan walaupun saya orang Kedah..

Kenapa??? Sebabnya Kedah tak bertanding. Kalau tak mesti saya menyokong Kedah. Negeri tercinta la katakan.. tak apa. Nak buat macam mana dah tak ada rezeki. Insyaallah tahun-tahun mendatang mungkin rezeki Kedah pula.

Semalam ketika saya masih On9 Fb, perlawanan bola sepak telah berlangsung. Saya akui diri saya memang tidak suka menonton perlawanan bola samaada di dalam TV mahupun secara live. Rasa geram ada. Takut ada. Semangat ada. Macam-macam perasaan yang akan muncul kalau saya menonton Bola. sebab tu saya mengambil keputusan untuk tidak menonton bola semalam. biarlah saya hanya mengetahui keputusan sahaja.

Pada mulanya semalam saya dan abang saya menonton cerita Adnan Sempit. seronok cerita tu walaupun dah tengok beberapa kali. Tilam dihampar dihadapan TV. ambil bantai 2 biji setiap sorang. selimut sorang satu. Layan la cerita Adnan Sempit.Tiba-tiba ayah datang.

"Laaa.. awat tak tengok bola?"

"Tak minat la ayah. Tengok cerita nie saja la. Bola satgi kita tengok keputusan dah la."

"Huh, cerita merapu nie jugak hampa nak tengok. Ayah nak tengok bola tu. buat apa nak tau keputusan saja. baik kita tengok terus perlawanan tu.."

Kami dua diamkan diri. saya mencuit abang saya supaya membuka TV1 agar ayah saya tidak merajuk. Biarlah kami bekorban sikit walaupun pada hakikatnya memang kami tak suka tengok perlawanan bola tu. Mula-mula tu agak bosan. Tapi setelah goal pertama dijaringkan saya menjadi semakin bersemangat la pulak.

Kehadiran emak dan ayah saya beserta adik-adik saya menceriakan lagi keadaan didalam rumah. Riuh tidak terkata. Saya rasa inilah kami pertama kami menonton bola bersama-sama dari awal perlawanan hinggalah ke akhir. selalunya tengok sikit-sikit sahaja. macam-macam mimik muka ada. rungutan pun ada. rasa macam nak pergi marah terus saja pemain-pemain bola yang buat salah tu atas padang. nampak sangat emotional kan. walaupun tak tau apa-apa pasal bola nie. hehe

Saya akui, saya tersangatlah jahil dalam dunia bola ini. pemain-pemain bola langsung saya tak kenal. kecuali yang popular dengan gosip-gosip panas sahaja. itu pun mungkin segelintir sahaja. kalau beli METRO pun jarang saya tengok sampai belakang(arena). saya pun pelik. bagaimana ada sesetengah individu yang membaca surat khabar dari belakang. baca dari ruangan sukan seterusnya ke berita setempat. nampak seperti membaca surat khabar arab ja saya tengok.. hehe

Ada pemain import bernama Bruno Martelotto dari pasukan ATM. ketika beliau bermain tiba-tiba saya menjerit tidak puas hati.

"Hishhhh... Messi nie... "

Abang saya tengok saya. Lepas tu dia cakap.

"mai mana pulak Messi nie??"

"tuuuu..."


bruno dihadapan sekali


"banyak la hang tu Messi. tu Bruno... Kalau Messi masuk team nie pakai habis la team-team lain. ntah-ntah masuk piala dunia pa Malaysia nie.. hahahaha"

Laaa yaka.. mana lah saya tau nama-nama pemain bola nie. saya pakai panggil ja nama yang saya suka. hehe   tara pemain malaysia pon saya tak kenal. inikan pula pemain luar. memang tak la kan saya nak kenal. 

Selain daripada kesilapan teknikal itu,Tiba-tiba kamera difokuskan kepada seorang pemain kelantan. Saya tak ingat siapa namanya. Yang pastinya pemain yang hebat la. Tiba-tiba abang saya cakap:

"dia nie la yang angkat free kick tu.. hebat"

"owh yaka.. free kick tu apa??"

"nie yang payah cakap dengan orang perempuan nie. tak tau apa."

"bagitau ja la..."

"huh.. len kali la"

setelah seketika menonton perlawanan bola sepak.

"haa.. fatin, nie la free kick"

saya melihat pemain-pemain bola beratur kat depan tiang gol tu. kamera fokuskan pada barisan pemain kecuali penjaga gol. Jadi saya beranggapan bahawa:

"owhh.. free kick tu kiranya depa sepak bola time penjaga gol tak dak kat tiang gol ka??"

tiba-tiba ayah saya gelakkan saya. saya pon tak faham kenapa mesti gelakkan saya. saya cakap salah ka?

"kalau main bola penajaga gol tak dak baik tak payah main" kata abang saya

saya diamkan diri. pening kepala dengan bola nie. tu la.. lain kali tak payah ambil tahu pasal bola. biar diri nie jahil tentang bola. tengok. kan dah malu. nampaknya lepas nie saya perlu juga ambil tahu pasal bola. manalah tahu kot-kot nanti dapat pasangan yang kaki bola. boleh la bergosip sama-sama tentang bola. 


bola ohh bola


Boleh dikatakan banyak juga la istilah baru yang saya tahu sepanjang perlawanan bola semalam. 
  1. free kick
  2. position
  3. penalti
  4. masa kecederaan
  5. kad kuning
ada juga perkataan yang saya pernah dengar tapi tak tahu maksud yang mendalam. tapi semalam dapat juga saya tahu serba sedikit tentang bola. 

Akhir sekali saya nak mengucapkan ribuan tahniah kepada pasukan Kelatan (TRW) atas kemenangan semalam. Semoga terus maju dalam dunia bola nie. Kepada pasukan ATM jangan bersedih. anda tetap hebat. Kalah anda semua adalah kalah bermaruah. Kelantan 3 ATM 2. hebat sangat-sangat. Majulah sukan untuk negara. Yeah..... hehehehe





VS




0 gosip anda:

´