Pages

gara-gara lupa bawa kunci

Asssalamualaikum dan Salam Sejahtera

Bila dok kat universiti nie kena pandai-pandai la nak hidup. Semuanya tak macam dok asrama dah.. Apa-apa pon kat sini kena buat sendiri. Tak ada orang nak peringat kita macam dulu.. Hal aku, hal aku, hal hang hal hang la.. 


Haya nak cerita sikit kenangan yang memang sweet n sour la kat bilik saya nie. Memang dah perangai saya jenis yang lupa nak bawa kunci bilik. Apa-apa pon nak harapkan rumet yg sememangnya tak berenggang dengan kunci yang sentiasa di gantung di dompet atau pon tali kad matrik. Tak macam saya, biarkan je kunci tu dok merata. Bila nak guna baru meraba-raba cari kunci kat mana.

Situasi Pertama: 
Saya baru balik dari pekan dengan iman, teman iman perrgi buat kad pengenalan dia yang baru sebabnya IC dia hilang.. dan pergi beli hadiah untuk kak wahida sempena besday dia. Masa tu  bulan puasa. Cuaca sangatlah panas.. Tekak pon dah dahaga air.. Memang rasa macam nak balik bilik cepat je. Dalam prebet yang kami naik pulak xde air cond. Memang menguji keimanan sungguh la.

Sampai-sampai saja kat rumah baru perasan yang nak buka pintu bilik tak boleh sebabnya kunci ada dalam bilik. Punah harapan saya nak berehat sebab keletihan. Dengan muka yang penuh dengan kepenatan saya pon pergi la ke bilik kak wahida. 

saya              :kak wahida, nak tumpang berehat, kunci rumah tak bawak (muka penuh keletihan)
kak wahida   :laaa. yeke.. mai la rehat atas katil akak nie dulu. 
saya              :oke (senyum)

sambil-sambil saya hantar mesej kepada sima
"sima, dah balik ke belum"
"belum lagi la, kelas habis pkul 1.00"
""lagi sejam.. saya x bwak kunci la"

dalam pkul 1.30 macam tu sima pon balik ke bilik. saya pon pulang la ke kamar saya yang tercinta. lepas tu saya kemas-kemas beg siap-siap untuk kelas kimia petangnya, tiba-tiba

kamar tercinta 1-7-12


"ya allah sima, tgok nie (sambil keluarkan sesuatu dari beg).. kunci ni ada dalam beg. memang tekanan tahap" 

Sima hanya senyumkan saya.. nampak tak, betapa kalutnya saya.. Sampai kunci dalam beg pon tak perasan.. hehehe.. Sejak sejam lebih saya tidur di bilik kak wahida, rupa-rupanya kunci dalam beg sendiri je pon. rasa macam nak jerit je satu blok nie. Biar semua orang dengar.. hehehe

::Moralnya: lepas nie jangan terlalu panik. cari dulu sebelum buat tindakan lain. hayya.. fatin.. fatin.. ::

0 gosip anda:

´