Pages

segmen: blogwalking + kenali IPT

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,


untuk maklumat lebih lanjut klik => sini

Wahhh.. nie kali pertama saya join segmen. saya masih baru dalam dunia blog nie. hehe bila tengok je tajuknya, terus saya tertarik untuk berkongsi pasal IPT saya. U saya pun apa kurang hebatnya. thanks kepada miss (0_0)  dan miss ^_^ sebab buat segmen nie.


Universiti Pendidikan Sultan Idris

     Seperti tertera dalam gambar diatas, saya merupakan seorang penuntut yang tegar di sana. Alhamdulillah pilihan yang sangat tepat. walaupun masih di peringkat Diploma (bidang sains) namun kehidupan di sana mengalahkan pelajar Ijazah dan Master. dapat rasa lecture yang sama dengan peringkat atas. nie la untungnya belajar kat sini. lecture tak pernah pilih kasih, kadang-kadang apa yang kami belajar diorang akan beri sikit hint apa yang budak ijazah belajar. so nanti tak la rasa blur sangat untuk peringkat seterusnya. Jadi saya nak cerita secara ringkas la pasal U saya.

pasal kolej kediaman

    Tidur, makan, berehat, dan semuanya di Kolej Harun Aminurrashid.. kolej yang sangat ceria dan kaya dengan aktiviti. hampir setiap minggu mesti ada saja program yang menanti. semua perayaan kami sambut bersama. semangat 1 Malaysia la katakan. walaupun begitu aktiviti kerohaniah juga tidak ketinggalan. Usrah??  pilih saja nak join yang mana satu. pokoknya bi'ah yang sangat baik di kolej nie. nak kata tak dak kemungkaran,  benda biasa yang ada di semua tempat.. Tapi as long as kita dapat kawal diri kita insyaallah takkan terpengaruh. ^_^ tapi nanti kami akan berpindah ke kolej baru. pagi-pagi dah boleh tengok pemandangan bukit-bukau. 


musim luruh di kolej ^_^

kawan-kawan

     kalau nak cerita pasal kawan-kawan memang terlalu panjang. banyak sangat kenangan terindah dengan mereka. kat sini saya belajar banyak sangat benda pasal persahabatan. kalau nak tukar dengan wang ringgit memang takkan dapat. susah senang kami bersama. saya tak buat tutorial kawan-kawan ada jawapan. *nampak dak motifnya?* hehe. saya tak reti kawan tolong ajarkan. saya sakit, kawan datang tengokkan. tersangatlah suwit kalian.



kawan-kawan I


kawan-kawan II


pasal kampus

    saya sangat bersyukur sebab kami merupakan pelajar yang merasmikan pembukaan kampus baru. kampus yang sangat besar nak bandingkan dengan kampus lama. insfrastruktur yang sangat mantap dan segala-galanya hebat. kalau nak tau lebih lanjut silalah berkunjung di Universiti kami. =) kalian pasti akan tertarik dengan keindahan pemandangan di sini. hijau mata memandang. cuba tengok gambar di bawah.


pemandangan di pagi hari


yang warna-warni tu kolej baru


masjid UPSI


mampu menenangkan fikiran =)


sesi pembelajaran


belajar bio diluar kelas

dewan besar UPSI


setiap universiti ada kelebihan tersendiri kan jadi nie la serba sedikit kelebihan U kami. jemput lah datang. Insyaallah tak rugi. ^_^


17 gosip anda:

Husna Humairah said...

terima kasih join :)

sila hntar link post ini ke --> http://milikhusnahumairah.blogspot.com/2013/02/segmen-blogwalking-kenali-ipt.html

jika tidak berbuat demikian, sy x letak anda di senarai peserta. maaf sy dah pening ni, bersepah2 link T_T

Erna Shafiqah said...

sy pun pernah apply UPSI, tp x dpt..mungkin bukn rezki di UPSI... :)

nicosikura said...

sama2.. ^_^

nicosikura said...

hehe.. insyaallah rezeki awak kat tempat lain. =)

fatimah abdullah said...

best la blog hang fatin..boleh aku follow lps ni..hehe

nicosikura said...

thanks la kak tim... follow la.. meramaikan umat kat blog aku.. haha

Atiqah Ivy said...

ape kurangnye upsi...
cantik sangat pemandangan ^_^

ct nyssa said...

cantik UPSI.. ^_^

Nana Lee said...

belajar kat luar kelas? macam best je..hehe

fardiyah said...

wah ramai juga stdnt upsi ni :)

http://fardiyah.blogspot.com/2013/02/segmen-blogwalking-kenali-ipt.html

Arita Atira said...

Salam Perkenalan...
Dari Segman Yang sama.. Datang Nak Terjah2.. Sambil Tu nak Berkenalan..
Done Follow Here. . Follow Me Back Yer ??:-)

http://tirasigigiarnab.blogspot.com/2013/02/segmen-blogwalking-kenali-ipt.html

nicosikura said...

best sangatII.. masa tu pak guard xbukak lagi pintu kelas. nak bgi x bazir masa kami decide belajar je kat luar.. pengalaman baru =)

nicosikura said...

alhamdulillah.. ^_^

nicosikura said...

^_^ syukur sangatII

nicosikura said...

already done. =)

nicosikura said...

ibarat cendawan tumbuh selepas hujan. ^_^

Husna Humairah said...

PERHATIANNNNNNNNN!

Pemenang dah diumumkannnn--> http://milikhusnahumairah.blogspot.com/2013/02/pemenang-segmen-blogwalking-kenali-ipt.html

Adakah anda pemenangnya? CHECK IT OUTTTTTT! :D

´