Pages

salah manusia atau lembu??

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

     Kehangatan Final Exam jelas terasa. Jadi kesempatan ini ingin saya berkongsi satu benda dengan semua. perkongsian mengenai Tapeworm(cacing pita). Bila sebut saja pasal cacing dalam badan saya akan fikir ia hanya akan menyerang kanak-kanak. orang dewasa mana ada cacing dah. tapi segalanya berubah selepas belajar bab cacing-cacing nie. orang besar pun ada cacing dalam badan.

     Dulu saya ada juga terfikir macam mana cacing nie boleh masuk dalam badan manusia? orang-orang tua selalu pesan pada anak-anak,

  • kalau nak keluar pakai kasut. 
  • jangan main kotor nanti cacing masuk badan.
  • dan macam-macam lagilah. bla.. bla.. bla.. 
     Jadi saya rasa macam bertanggungjawab(lah sangat) untuk berkongsi dengan semua tentang Tapeworm nie tentang macam mana dia boleh masuk dalam badan kita. tapi ada saja cacing yang meresap masuk dalam badan. tapi bukan tapeworm la. nak tau kena tunggu entry lain la. ^_^


cara TW masuk dalam badan manusia

     Kalau kita tengok gambar kat atas nie tak dak kena mengena pun dengan pesan orang-orang tua kan? yang peliknya ada kena mengena dengan lembu. adakah lembu bersalah???  hehehe caranya begini.

     lembu makan rumput yang tercemar dengan early larvae --> larva TW akan menjadi cyst dalam otot lembu --> kita belagak order "halfcook beef" dan makan --> TW  tak mati sepenuhnya lalu masuk dalam badan kita --> TW terus membiak dalam usus kita --> anak-anak TW akan keluar dari badan kita sekali dengan najis kita --> kita memerut merata --> ulang balik lembu makan rumput yang tercemar(early larvae) dengan najis kita..  

pesanan:-
  • tak payah nak belagak mat salleh la order daging separuh masak
  • kalau nak makan burger suruh abang tu masak sampai betul-betul masak.
  • jangan berak merata. ingat!!! lembu tak bersalah dalam hal nie. 
  • orang besar pun kena makan ubat cacing sama. 6 bulan sekali kot kalau tak silap.


5 gosip anda:

are_lin@yu said...

hihi byk pesanan ni..

Deqla manjew said...

hihi.. nice entry.. daging separuh masak? erkkk... geli aih nk mkn..huhu

nicosikura said...

thanks akak Deqla manjew, actually bukan daging separuh mkan je. ikan pun sama. hati2 la kalau makan kat kedai.

Cik Ummi said...

haha.. kesian lembu tuh =P

tp kan, makanan yang tak masak betul, memang selalu banyak masalah,.. hmmm

nicosikura said...

cik ummi: lembu tu mangsa kepada manusia yg memerut merata.. hehe

´