Pages

tazkirah di hari jumaat. =)


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Dalam kekhusyukkan dok study biologi, tiba-tiba dapat satu info yang sangat berguna. sebenarnya benda nie dah diberitahu oleh lecture masa dalam kelas. tapi masa tu mungkin otak saya dah tepu. dengar tak dengar saja. tapi bila baca balik baru saya tau yang sebenarnya Dr Mai nak relatekan Bio dengan kehidupan kita. saya pun tak tahu kenapa diri saya suka sangat bila apa yang saya belajar di kaitan dengan dengan kehidupan.  ^_^

lebih kurang macam nie la kisahnya:

Kalau kita selami dunia tumbuhan, dalam bab fertilization kita dapat lihat dalam tumbuhan berbunga, bau yang kuat, warna yang menarik, madu yang banyak merupakan benda yang mampu menarik perhatian serangga untuk mendekati. Hanya bunga tertentu sahaja yang serangga akan pilih dan secara tidak langsung serangga ini bertindak sebagai agen pendebungaan. Berbeza pula pada rumput. Mereka tidak mempunyai tarikan. Tak ada madu, warna tak menarik, kecil dan tidak berbau. Walaupun begitu mereka juga dapat terus hidup dengan bantuan angin sebagai agen pendebungaan mereka. Benda nie boleh kita kaitkan dengan kehidupan kita. sebab tu Allah suruh kita bersederhana dalam pemakaian sebab mampu menarik perhatian mata-mata yang memandang. Tak perlu nak mekap, berwangi2an sangat. Tak mati pun kan?? Cuba tengok rumput, tak perlu pon semua tu tapi tetap dia dapat meneruskan kehidupan dia kan? Ada saja yang membantu.. Hebat ciptaan Allah. Semua benda kita boleh kaitan dengan diri kita. Sekadar berkongsi ilmu.. terima kasih lecture Bio… ^_^




pengajaran yang saya dapat dari kisah tersebut, setiap daripada kita dikurniakan kecantikan yang tersendiri. mungkin kita takkan nampak semua nie. tapi orang yang melihat dengan mata hati pasti tidak akan mempersiakan apa yang di kurniakan oleh Allah. tak perlu nak buat benda-benda yang Allah tak suka. cuma pelu jadi diri kita. jangan kita nak merendah diri sangat sebab Allah dah cakap yang Dia ciptakan kita sebaik-baik kejadian. semua orang ada tarikan tersendiri. =) bersangka baiklah pada Allah. sesungguhnya dia lebih mengetahui apa yang terbaik buat kita.     

saya sentiasa berdoa pada Allah agar dikuatkan iman. kadang-kadang bila kita duduk dalam sesuatu kelompok kita akan mudah sangat untuk terpengaruh kan. begitu juga dengan saya. tapi bila fikir balik kebaikkan dan keburukkan alhamdulillah benda nie akan memotivasikan balik diri saya. 

sama seperti apa yang saya post dalam Fb sebenarnya. cuma saya nak berkongsi di Blog.  mungkin dapat bermanfaat pada semua. hehehe.. 

0 gosip anda:

´