Pages

Cuti Pertengahan Sem Part (i)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

   Bahang hari nie membuatkan saya tak tau nak buat apa. walaupun berada di kampung, namun suasananya mengalahkan bahang di tengah pekan. jadi bosan-bosan nie saja dok tengok gambar-gambar kat lappy nie dan terjumpa satu album masa cuti pertengahan sem lepas. gambar masa saya dan kawan kat UPSI ke Pulau Pinang. Kami pakat geng-geng utara saja untuk makan angin.

   sebelum pergi ke sana kami bincang dulu tempat apa yang menarik di sana. hasil daripada tinjauan yang dilakukan, ramai yang memberikan cadangan. jadi dalam banyak-banyak tempat yang dicadangkan saya cuma nak ke tempat yang menarik tapi tidak perlu mengeluarkan $$$ yang banyak. dan masalah besar yang dihadapi oleh kami ialah tak tau jalan pulak. mau tak mau terpaksa  mengajak seseorang yang ada pengalaman di sana. =)

berikut adalah antara gambar-gambar kenangan yang sempat di ambil di sana..

  • taman negara pulau pinang
  • air terjun teluk bahang
  • batu ferringhi
  • padang kota
nampak macam banyak kan. padahal kami buat dalam satu hari je. ^_^

gambar nie masa kat atas feri. walaupun selalu naik feri tapi bukannya selalu dapat pergi dengan kawan-kawan. 


nie tempat pertama yang kami pergi. taman negara. sebelum nak masuk tu ada jeti kalau sapa-sapa nak pergi ke pulau-pulau yang bekenaan. tapi kami tak naik pon bot tu sebab nak jimat duit. =) 

with sisto Aida


kami terasa muda

encik penunjuk jalan


teluk bahang merupakan destinasi kami yang kedua. lama dah saya tak pergi ke tempat nie. last dulu masa kecik-kecik. dulu tak ada lagi macam nie. sekarang dah banyak perubahan.



 wake up.. wake up. =P



seterusnya ialah batu ferringhi.. sini best. permandangan sangat menarik. rasa tenang je. =)

sisto aida n ika


Destinasi terakhir iaitu Padang Kota. Asalnya niat nak makan laksa. tapi tengok-tengok semua kedai tutup.so kami decide makan pasembor saja. tu pon agak mahal. =)


harap-harap cuti seminggu nie dapat habiskan masa dengan mengukir kenangan-kenangan manis bersama kawan-kawan dan keluarga lagi ^_^ banyak lagi tempat yang menarik yang tak sempat kami pergi. kepada kawan-kawan blogger. jom la datang penang. best woooo... =)




0 gosip anda:

´