Pages

Syurgalah tempatmu: Adik Adam Syukri

Assalamualaikum dan Salam Sejatera..

Petang tadi masa seronok-seronok usha wall Fb, tiba-tiba terlihat satu gambar nie. dengan rasa hiba saya pun try klik gambar tu. kisahnya tentang sepasang suami isteri yang baru kehilangan seorang putera yang mereka kasihi.

sumber: google

     Jadi saya pun tertanya-tanya. siapakah adik adam syukri nie? dan kenapa ramai sangat yang bercakap tentang adik nie. kalau nak ikutkan hati saya, amatlah berat untuk search benda-benda macam nie. tak sanggup nak tengok penderitaan yang di hadapi oleh si kecil nie. tapi saya kuatkan diri untuk mencari dan terus mencari. dan akhirnya saya temui jawapannya. =(

serba sedikit tentang adik Adam Syukri
  • Dilahirkan pada 4/3/2012 dan telah mengalami brain damage(kerosakan saraf pada otak)
  • dilahirkan secara vacum dan semasa kelahirannya adam keluar dalam keadaan flat dan kekurangan oksigen. hanya bergantung pada mesin oksigen untuk terus hidup.
  • mata kanan adam mengalami injured dan telinga kanannya tidak dapat mendengar kerana kerosakkan pada bahagian dalam telinga. 
  • Dr pakar otak mengesahkan adam akan terlantar seumur hidup dan peluang untuk adam hidup seperti manusia normal amat tipis.
     walaupun saya tak kawin lagi dan sudah semestinyalah masih belum bergelar seorang ibu, namun naluri keibuan tu ada la jugak dalam diri nie. Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. kalau nak letakkan diri saya dalam situasi kakak tue. belum tentu saya setabah kakak tue.

    betapa besarnya ujian yang Allah bagi pada pasangan suami isteri nie. 9 bulan mengandung dengan penuh kesabaran, di jaga dengan penuh kasih sayang, dengan harapan dapat menjadi penyejuk mata dan penawar hati.. tetapi Allah lebih mengetahui apa yang terbaik buat mereka. perancangan Allah sangat hebat. mungkin ada hikmah yang tersembunyi disebalik tangisan ini. percayalah pada Allah. =)

bergembiralah anda dengan syafaat ini wahai pasangan yang tabah. =)

Abu Hurairah meriwayatkan bahwa Rasulullah bersabda, “Tidaklah sekali-kali sepasang muslim ditinggal mati oleh ketiga orang anaknya yang belum baligh, melainkan Allah akan memasukkan keduanya bersama anak-anak mereka ke dalam surga berkat karunia dan rahmat-Nya.”

Abu Hurairah melanjutkan,
“Dikatakan kepada anak-anak tersebut, ‘Masuklah kalian ke dalam surga!’

Anak-anak itu menjawab, ‘Kamu menunggu kedua orang tua kami’.

Perintah itu diulangi tiga kali, tetapi mereka mengeluarkan jawaban yang sama. Akhirnya, dikatakan kepada mereka, ‘Masuklah kalian bersama kedua orang tua kalian ke dalam surga’.”

Bukhari, Kitab Janaiz, 1171

detik terakhir




sebak sangat-sangat waktu taip kisah nie. Syurgalah tempatmu wahai adik Adam Syukri. berbahagialah anda disana. takziah diucapkan pada kakak nie dah suaminya. untuk mengetahui kisah lebih lanjut boleh klik di sini  => page Adam Syukri.



0 gosip anda:

´