Pages

Rahsia Hati Wanita

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

   Disebabkan terlalu bosan duduk terperap dalam bilik nie, jadi saya dengan rasa bangganya mengambil keputusan untuk mengkelebek apa yang ada dalam google nie. cari punya cari akhirnya terjumpa entri seperti tertera ditajuk atas. saya cuma nak jawab "ya" atau pun "tidak" pada kenyataan-kenyataan tersebut. kalau ya tu maksudnya ya pada diri saya la..

1. Bila seseorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.
=> YA

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.
=>TIDAK.. dah buat salah kena cepat2 mintak maaf la. hehe 

3. Wanita sukar nak cari benda yang di benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).
 =>TIDAK.. no komen la.. -_-

4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.
 =>YA.. dan akan rasa sangat bersalah... 

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!
=>YA... awas lelaki.. jangan pandang.. INGAT!!!

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.
=>YA... malu la kan.. =P

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akan lakukan apa saja.
=>YA.. berat nanang.. =D 

8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.
=>YA... no komen...

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.
=>TIDAK.. semua tu saya xreti...  

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna.
=>YA.. sangat tepat.. kami pun ada perasaan jugak.. 

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.
=>YA.. gemuk suka marah kami... =(

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.
=>YA.. agak la.. =P

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan.
=> YA.. senyum apa.. gelak sampai nganga mulut2.. =D

14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.
=>YA... xperlu pun nak bercinta.. buang masa.. 

15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.
=>YA.. tak payah la ajak... kami pun ada lesen nak keluar sendiri.. 



Sekian sahaja sesi jawab soalan cepumas nie. =D

0 gosip anda:

´