Pages

tertutup itu indah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


   Zaman sekarang kita dapat lihat berbagai-bagai jenis tudung yang menjadi kegilaan kaum hawa. Tak kiralah samada kanak-kanak, remaja, orang tua semua sibuk memperagakan fesyen masing-masing. kalau dulu kita tengok hanya pengantin sahaja yang memakai tudung yang disulam dengan bunga penuh kat atas kepala. tapi sekarang tudung sebegitu dah dipakai dimana-mana dan tak kiralah siapa. kadang-kadang bila pergi ke kenduri kahwin dah keliru mana satu pengantinya. =)

   Tak kiralah apa jenis tudung yang kita pakai samada bawal, ariani, dua alam, dan seangkatan dengannya tapi di ingatkan mestilah mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan dalam agama kita yang indah ini kerana Allah telah berfirman
".. hendaklah mereka (yakni wanita beriman) melabuhkan tudung-tudung kepala mereka hingga ke dada mereka.."
                                                                                            surah An-nur:31 
   Pada pandangan saya bertudung labuh tidak semestinya untuk orang mempunyai ilmu yang tinggi (bijak) tetapi kebanyakkan orang yang berilmu selalunya bertudung labuh kan? =) saya mengaku yang diri saya tak sebaik orang lain tapi saya cuba untuk menjadi antara yang terbaik. bukan senang nak lawan dengan nafsu dalam diri nie. tambahan pula pada zaman yang serba kemodenan nie.

   Bagi saya lebih banyak kebaikkan bertudung labuh nie. bukan nak kondem orang yang pakai tudung biasa. tapi sekadar nak berkongsi. mana tau kot terbuka hati nak berhijrah ke arah yang lebih baik. saya pun tengah berusaha nak istiqamah dengan apa yang saya lakukan dan cuba memperbaiki diri yang serba kekurangan nie.


#sebagai peringatan buat diri sendiri dan kawan-kawan. =)

0 gosip anda:

´