Hari nie saya nak bekongsi sikit tentang tips bangun awal pagi. niat nak berkongsi sambil nak mencuba sebab saya pun asyik bangun lambat saja. kalau tak ada orang kejut memang alamatnya subuh gajah la jawapannya. Si akak Wahidah pulak tak habis-habis nak membebel sebab saya suka bangun lambat. hehe. alarm?? bukan tak ada. tapi macam tak berfungsi. nak kata xdengar tu dengar. siap boleh tutup lagi. tapi lepas tutup tu sambung balik. hahaha tu la cabaran di awal pagi..
nak tahu tak akak, saya nak angkat selimut yang ringan tu pun dah macam nak angkat timbunan buku. syaitan gemuk la nie punya angkara. dok bergayut atas selimut orang pagi-pagi. macam dah tak ada kerja lain pulak kan. hehehe
hey syaitan gemuk, pergi main jauh-jauh sikit!!!
Pertama:
Niat sebelum tidur bahawa tidur ini adalah ibadah kerana Allah SWT. Set dalam
minda kita pukul berapa kita nak bangun. Moga-moga jam biologi dalam badan kita
akan alert dengan niat kita. hehe..
Kedua:
Biasakan diri berwudhuk sebelum melelapkan mata. Bayangkan inilah wudhuk kita
yang terakhir. Kita menyempurnakan wudhuk dengan tertib, tenang dan sesempurna
mungkin.
Ketiga:
Dirikan solat sunat dua rakaat sebelum tidur. Sebaiknya, solat sunat Taubat.
Cantiknya, sebelum tidur kita memohon keampunan serta membersihkan diri
daripada dosa-dosa dan kekotoran maksiat kita kepada Allah SWT.
Keempat:
Gunakan alat bantuan untuk membangkitkan
kita daripada tidur. Mohon bantuan ibu bapa, adik-beradik atau kawan-kawan yang
ada. Di samping itu, setkan jam loceng atau alarm telefon kita berhampiran
dengan kita.
Kelima:
Untuk bangun awal, kita perlulah tidur awal. Tidur yang secukupnya memudahkan
kita untuk bangun dengan segar, ceria dan bertenaga.
Keenam:
Bacakan doa sebelum tidur dan bacaan Surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan Al-Anas.
Hembuskan bacaan tadi ditapak tangan dan sapukan ke seluruh badan. Mohon
perlindungan dan pemeliharaan daripada Allah SWT.
Ketujuh:
Sambil berbaring sebelum terlelap, basahkan bibir dengan zikir memuji dan
memuja Allah SWT. Alhamdulillah, Alhamdulilah, Alhamdulillah.
Kelapan:
selepas terjaga dari tidur terus bangun dan jangan beri alasan untuk tidur semula.
Kebiasaanya bila kita terjaga pastinya bukan 5 minit yang kita tidur. Contohnya:
“ala.. 5 minit lagi la.. sekejap je”
Nie lah
tips-tips yang dapat saya kongsikan bersama. Mungkin kita akan berasa susah
pada permulaannya. Tetapi lama-lama insyaAllah kita akan terbiasa. Saya juga masih dalam proses penambahbaikan
disiplin diri untuk bangun awal nie. Doakan saya ye.
Mari kita buat sama-sama. Ingat!!!
2 gosip anda:
waaa.. good tips.. hee.. ada lagi satu.. kalau nak tidor.. baca bismillah 21x pastu niat gerak/bangunkan kita kul sekian2.. heee.. teman dapat dari sorang mkcik ustazah dulu..
owh yka.. thanks atas perkongsian awak juga. =)
Post a Comment