Saya nak berkongsi suatu cerita yang berkaitan dengan kesyukuran. cerita nie sebenarnya di Copy & Paste sahaja. cerita tentang siput dan katak. sangat simple tapi disebabkan ia tersirat pengajaran yang sangat mendalam jadi saya decide nak berkongsi dengan kalian semua.
wah.. ada cerita.. hehe
Syukur ialah kita berterima kasih dan merasa terhutang budi dengan Allah s.w.t atas kurniaan-Nya, bahagia atas kurniaan tersebut dan mencintainya dengan melaksanakan ketaatan kepada-Nya. Allah s.w.t telah berfirman
"kerana itu ingatlah kamu kepadaKu, nescaya Aku ingat pula kepadamu, dan bersyukurlah kepadaKu, dan janganlah kamu mengingkari nikmatKu"(surah al-baqarah:2:152)
kisahnya begini:
Ada seekor siput yang selalu memandang sinis terhadap katak. suatu hari. katak telah hilang sabar dan bertanya kepada siput:
"tuan siput, apakah saya telah melakukan kesalahan sehingga anda sangat membenci saya?"
siput menjawab: "kalian kaum katak mempunyai empat kaki dan boleh melompat ke sana kemari. tapi saya mesti membawa cengkerang yang berat ini, merangkak di tanah, jadi saya merasa sangat sedih."
katak menjawab: "setiap kehidupan memiliki penderitaan masing-masing, hanya kamu sahaja yang melihat kegembiraan saya, tetapi kamu tidak melihat penderitaan kami(katak)"
dan seketika. terbang seekor helang besar menuju kearah mereka. siput pun cepat memasukkan badannya ke dalam cengkerang. sedangkan katak disambang oleh Si Helang..
akhirnya siput baru sedar.. ternyata cengkerang yang dimilikinya bukan merupakan suatu beban.. tetapi merupakan suatu kelebihan yang dikurniakan Si Pencipta.
Moral of the story is: bersyukurlah dengan apa yang kita miliki sekarang dan bersangka baiklah pada Allah kerana setiap yang ditakdirkan kepada kita mempunyai hikmah yang tersendiri. mungkin kita tidak menyedarinya namun kelak pasti akan muncul kebaikkannya.
ingat kawan, bersyukur tau!!
0 gosip anda:
Post a Comment