Pages

Hidung Baru di Atas Dahi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Beijing: Seorang lelaki yang hanya dikenali sebagai Xiaolian mempunyai hidung baru yang tumbuh di dahinya.

Xiaolian, 22, menjalani rawatan bagi menggantikan hidung asalnya yang cacat selepas dijangkiti virus di sebuah hospital di Fuzhou, wilayah Fujian.
  
Xiaolian, mengalami kecacatan di bahagian hidungnya akibat kemalangan jalan raya pada Ogos tahun lalu dan doktor yang merawatnya gagal memulihkan hidungnya.

Ekoran nahas yang dialaminya, hidung Xiaolian mengalami jangkitan dan tulang hidungnya terjejas.

Doktor tidak mempunyai pilihan lain tetapi terpaksa menjalankan prosedur yang membolehkan hidung barunya tumbuh di dahi bagi menggantikan hidung asalnya.

Hidung itu direka dengan menanam tisu kulit ke dahi Xiaolian.

Hidung baru Xiolian

Ia dipotong mengikut bentuk hidung dan disokong oleh tulang rawan yang diambil daripada rusuk Xiaolian.
  
Pakar bedah berkata, hidung baru itu tumbuh dengan baik dan pembedahan transplan akan dijalankan dengan secepat mungkin

sumber: mymetro.

Bersyukurlah dengan apa yang kita ada sekarang... Allah menciptakan setiap apa yang ada pada badan kita dengan keaadaan yang unik.. cuba kita bayangkan kalau hidung kita macam Xiolian.. mesti banyak kekurangan kan... =D

0 gosip anda:

´