Pages

Tips Penjagaan Laptop

Assalamualaikum dan Salam Sejatera 

Kesempatan kali ini saya nak berkongsi sikit tips tentang penjagaan laptop.
Sumber diperolehi daripada blog encik Dairi Jejaka Hangat.
Mungkin dengan tips-tips nie dapat memanjangkan hayat laptop kalian.
Laptop saya baru je tamat riwayatnya setelah 4 tahun bersama saya.

1.Bateri
- Elakkan daripada penggunaan bateri.
- Komputer lebih sejuk tanpa haba dari bateri.
- Jika bateri sudah habis dicas, digalakkan menggunakan kuasa dari adapter.
- Pastikan bateri berada di bawah 10 peratus sebelum dicas semula.
- Jika terlalu kerap dicas, bateri akan kehilangan keupayaan menyimpan tenaga di bawah 50 peratus.

2. Papan Kekunci.
- Letakkan sekeping kertas A4 untuk papan kekunci setiap kali tidak menggunakannya untuk menghindarkan papan kekunci dimasuki habuk.
- Sesekali lapkan papan kekunci dengan perlahan-lahan. Jangan terlalu kasar untuk mengelakkan butang kekunci rosak.
- Kalau boleh gunakan papan kekunci dan tetikus berasingan supaya kita tidak terlalu kerap menggunakan papan kekunci di komputer riba.

3. Skrin LCD
- Lapkan ia selalu kerana mudah dimasuki habuk.
- Gunakan screen saver.
- Power management setkan pada 'Turn Off monitor in ... minutes'.
- Elakkan menyentuh skrin dengan jari kerana kesan jari yang berminyak menyukarkan untuk pembersihan.
- Jangan letakkan jari di skrin kerana boleh menyebabkan 'Dead pixel'.

4. Haba Panas
- Pasikan komputer riba anda ada ruang untuk mengeluarkan haba panas.
- Perlu diingat komputer riba mempunyai ruang simpanan yang kecil.

5. Surge Protector
- Fungsinya sebagai menjaga perisian dan perkakasan daripada rosak.
- Disyorkan jenama APC, BELKIN atau TARGUS.
- Kelebihan APC - mempunyai bateri simpanan, line protection (tiada elektrik tapi masih boleh dihidupkan lagi) dan mempunyai amaran kehabisan bateri.
- Kelebihan lain Surge Protector ialah menjaga HDD dan Power Supply.

6. Port
- Sentiasa dibersihkan kerana mudah dimasuki habuk.
- Gunakan berus atau berus gigi lama.
- Pastikan suis dimatikan ketika membuat pembersihan.



~> Semoga perkongsian nie dapat memberi manfaat pada kalian. tambah-tambah yang suka online 24 jam. nasibbaik laptop saya rosak.. kalau tak cakap dengan cermin lah kan.. =P
~>Ingat!!! sekali rosak melayang 2 ribu nak beli baru.. hehehe

0 gosip anda:

´