Pages

percubaan pertama

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Malam nie saya terpaksa menjalankan tanggungjawab saya sebagai seorang kakak kepada adik-adik. hehe. disebabkan mak dan ayah saya tiada dan disebabkan juga perut semua orang terasa lapar, jadi saya mengambil keputusan untuk masak nasi dan buat lauk apa yang patut saja.

ikan kembung aka nama glamournya ikan temenung didalam peti ais sudah siap diproses oleh emak saya, cuma perlu gaulkan dengan garam dan kunyit. dan sedikit sayur kobis yang hanya perlu di masak cincai asalkan sedap. ^_^ ingatkan masakan saya tak laku, rupa-rupanya semua makan dengan penuh berselera.. air tangan bercampur selawat saya tadi menambahkan kesedapan masakan saya kah? ataupun memang mereka tersangat lapar? hehehe. think positive fatin!!!

semasa gaul ikan dengan kunyit saya teringat peristiwa beberapa taun lepas. kali pertama bersiang ikan. memang tersangatlah excited selepas mak dan kakak beleter tak reti bersiang ikan walaupun dah tingkatan 5. jadi saya gagahkan diri untuk mencuba. dengan panduan yang mak saya bagi saya pun memulakan tugas membersiang ikan. hahaha

panduan dari mak

  1. buang sisik, buang apa ntah kat tepi dia tu, pastu kerat ekor dia sikit
  2. kerat mulut ikan lepas tu buang semua isi perut dia tu dan segala organ-organ dalam badan dia tu.
  3. basuh dengan air biasa 
  4. perap dulu dengan buah limau dan garam sebelum gaul dengan kunyit.
setelah siap semua saya pun pergi rehat di hadapan TV, kononya penat bersiang ikan. tiba-tiba

"FATIN!!!!! hang mai sat"

sepantas kilat saya pergi ke dapur

"Awat hang letak ikan nie kat luar rumah?? nak bagi monyet ambik ka?? ikan nie awat semua hancur.. bla..bla.. bla..??"

"Dah mak suruh perap tadi. ingatkan perap bawah matahari. hahaha. besa la.. budak baru belajar memang la hancur."

sesungguhnya pengalaman mematangkan diri. kalau tak belajar sampai bila tak tau. sekarang saya dah pandai memproses dan menggoreng ikan berkat mak ajar. hahaha. I love U Mak.. hehe

0 gosip anda:

´