Pages

motif???

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

belakangan nie agak sibuk dengan tugasan-tugasan yang diberikan oleh pensyarah. sibuk dengan test, kuiz, dan aktiviti-aktiviti lain. walaupun begitu saya seperti biasa, tak suka nak serabutkan kepala dengan kesibukkan tu. ada masa lapang saya akan layan kemahuan hati saya. terutamanya ketika malam la. sebabnya waktu malam memang saya dah tak boleh nak study. saya tak macam orang lain yang boleh berjaga seperti burung hantu. ^_^ sekadar yang mampu pun dah cukup.

kita selalu dengar orang cakap

""STUDY SMART not STUDY HARD""

kadang-kadang saya rasa kata-kata nie sangat betul. kalaulah saya bagi tumpuan sepenuhnya ketika pembelajaran memang study last-last minit pun dah cukup. Nie bagi diri saya. orang lain caranya lain. kan? tak boleh nak samakan dengan saya. saya pun ada kelemahan diri jugak. tak sempurna. hehe tapi saya cuba untuk menjadi sempurna. kadang-kadang diri nie rasa macam sangat down bila tak ada orang nak bagi kata-kata semangat, aceyyyy.. mula dah la nie nak mai mood jiwang.. =P

nie la motif sebenarnya.. nak habaQ mai sikit nie..

tadi masa balik dari libry, dengan pantas dan efisyennya saya berjalan ke tempat menunggu bas untuk balik ke kolej kediaman. agak penat la takut bas tinggal. dah la perut rasa lapar. dengan panas terik pukul 12 tengahhari pulak kan. tambah-tambah pulak jalan sorang-sorang memang tak best tahap la. langkah kaki masuk saja dalam bas ternampak kelibat dua orang kanak-kanak duduk atas riba mak ayah dia. mungkin depa nie orang luar kot means pelajar dari luar negara yang menuntut kat sini. wahhhh... mula la dalam minda nie dok bayang


  • "kalau laa ........., mesti best kan" 
  • "kalau laa.........., wahh bahagianya" 
masa nie mula la nak menukar perancangan hidup.. nampak sangat pendirian macam lalang kan.. =) tapi demi mak ayah saya kena sabar dan bekorban untuk masa depan. lagipun calon pon tak dak lagi. kalau ada pon nak kena suruh mak ayah tapis dulu. memang dak la nak buat benda-benda serabut kan. terpaksa say GOOD BYE kepada semangat tu.

sebelum ke kelas titas tadi sempat baca satu artikle yang saya akan ingat selagi saya belum berkahwin. moga perkongsian nie bermanfaat. sabar fatin sabar.. diam itu lebih baik dari luahkan.


" sesiapa yg jatuh cinta, kemudian menyembunyikannya hingga kematian datang menjemputnya, maka dia adalah seorang shahid."
 (riwayat Hakim, Ibn Asakir, Al-Dailami, dan lain2)

dalam riwayat lain pula maksudnya:
" sesiapa yg jatuh cinta, lalu dia memelihara kesucian dirinya dan bersabar hingga meningggal dunia, maka dia adalah seorg yg shahid."
cinta yg bertandang di lubuk hati itu fitrah.
namun, apabila ia d susuli dgn tindak-tanduk yg tidak Allah redhai,
ia akan bertukar mnjadi fitnah...

petikan dari: Pemilik Cintaku Setelah Allah n Rasul (fatimah syarha mohd nordin)


0 gosip anda:

´