Pages

Hypothesis testing dan jodoh

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Salam Maulidur Rasul buat semua pembaca yang tegar.. *bajet macam ada orang nak baca saja kan*. orang lain sibuk dok bercuti hari nie sebab dah alang-alang semalam cuti. tapi tidak bagi kelas kami. kelas matematik yang sememangnya tidak akan ada excuss untuk cuti. hal ini kerana lecture kami yang sudah menunggu masa untuk bersalin. ^_^ jadi beliau terpaksa menghabiskan silibus secepat mungkin. mau tak mau saya kena ikhlaskan hati untuk datang ke kelas jugak.

Hari nie kelas matematik belajar bab hypothesis matematik. tak tau nak cakap macam mana. faham tu ada la jugak walaupun tak sepenuhnya. =) tak sepenuhnya tu sebabnya bab nie relate dengan bab 5,6,7.. jadi sangat mustahil saya nak faham sepenuhnya kalau saya tak boleh nak kuasai bab-bab terdahulu. tapi dalam banyak-banyak benda yang belajar hari nie, ada satu benda yang sangat melekat dalam ingatan saya. nak tahu apa??

bila lecture relatekan matematik dengan kehidupan seharian kita.


table matematik

nielah table yang kami belajar tadi.


  • decision to reject or do not reject can be subjected to errors
  • there are two types of error; type I error ang type II error
type i error: reject the null hypothesis when the null hypothesis is true
type ii error: do not reject the null hypothesis when it is false

kalau baca bahasa inggeris saya pun tak faham. almaklum la BI tak pandai. tapi jangan risau, saya akan bagi kalian faham dalam bahasa melayu. hehehe =) macam nie ceritanya: untuk bagi lagi faham pasal table nie. jadi Dr relatekan benda nie dengan bakal soulmate kita nanti. hehe.. *nampak dak motifnya??* ^_^ kita tak tahu sapa yang di tentukan oleh Allah untuk menjadi soulmate kita. kita perlu berhati-hati dalam membuat keputusan. takut nanti sengsara pulak lepas kawen kan. jadi berdasarkan table tadi mai saya nak terangkan balik. =)

Persamaan ( => simbol mewakili, : simbol penerangan)

Ho TRUE    => jodoh yang ditentukan Allah 
Ho FALSE  => jodoh yang bukan ditentukan Allah

ACCEPT Ho  => kita terima sebagai jodoh kita
REJECT  Ho  => kita tolak sebagai jodoh kita

Ho TRUE & ACCEPT Ho : kita menerima jodoh yang ditentukan oleh Allah dan ia bererti kita telah membuat keputusan yang BETUL(correct decision)

Ho TRUE & REJECT Ho : kita menolak jodoh yang ditentukan oleh Allah dan ia bererti kita telah membuat keputusan yang SALAH (type error i)

Ho FALSE & ACCEPT Ho : kita menerima jodoh yang bukan ditentukan oleh Allah pada kita mungkin kerana kita suka kat dia, ia bererti kita dah membuat keputusan yang SALAH (type error ii)

Ho FALSE & REJECT Ho : kita menolak jodoh yang bukan ditentukan oleh Allah pada kita, ia bererti kita dah membuat keputusan yang BETUL (correct decision)

jadi kepada sesiapa yang nak kawen semasa masih belajar, harap refer la kat jadual matematik nie. boleh jadi guide dalam pemilihan soulmate kalian nanti. ^_^ saya cuma nak berkongsi ilmu. terima kasih sebab sudi baca. 

gambar diatas sekadar hiasan ^_^


0 gosip anda:

´