Pages

saya kuat makan. aummm!!!!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Sempena hari cuti nie, takkan nak study berterusan kan. boleh gugur otak saya kat atas lantai nie. walaupun test tak lama lagi dah tapi kena relax-relax la. kalau over sangat nanti stress.. stress yang kita tak mau tu. boleh buatkan kita dah tak boleh nak study balik lepas tu. jadi time interval between study tu saya nak menyelit kat blog nie sikit. ^_^ bagi saya menaip mampu menghilangkan rasa tekanan dalam diri dan kisah yang nak diluahkan mampu  buat saya tersenyum macam orang kurang siuman. =P hehehe

Ada orang cakap saya kuat makan. Walaupun baru lepas makan saja tetap saya akan cari makanan sampingan. stok makanan kat sini pun banyak dah habis. nak beli pun dompet tak buat proses reproduction. mau tak mau kena jugak la berjimat. Ya.. saya akui memang saya kuat makan. saya pun tak tahu kenapa. mungkin cacing pita dalam perut nie dok makan makanan saya kot.. wahai cacing-cacing sekalian. tolonglah kasihani saya. saya dah tak banyak duit nak beli stok oreo, roti gardenia, asam-asam dan lain-lain. ^_^

Akibat terlalu lapar ketika SKYPE dan ketika tu pulak dah lewat malam, saya secara involuntary actionnya telah mengetuk botal air saya pada gigi. hal ini kerana dah tak ada apa nak makan, mungkin dengan cara tu mampu menenangkan perut saya yang lapar nie. otak Jimmy Neutron saya mula berfikir.

"Tek.. tek.. tek.. " *bunyi botol terkena kat gigi*

tiba-tiba....

"fatin, hang buat apa tu??" tanya si sahabat

"hahaha.. tak buat apa aih.. dok ketuk botol air kat gigi.. lapar sangat.."

"ishhh.. teruk ngat aih.. gamak lapar selawat tiga kali kat botol tu pastu makan botol tu... hahahaha"

kalau la botol air tu lembut macam roti, saya rasa dah lama saya makan. nak tunggu siang pun lambat sangat time tu.. hehe.. lepas nie memang kena sentiasa sediakan stok untuk hidup kat sini supaya tidak diperli lagi. ^_^ Selawat 3 kali yang tak tahan tue... gemuk.. gemuk... =P

0 gosip anda:

´