Pages

belum berusaha dah kalah??

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Wahh.. malam esok test II Biologi.. Alhamdulillah. kali nie saya dah prepare awal. mungkin 80% dah ready. 20% lagi mungkin akan ada masalah untuk mengingat. Semoga Allah permudahkan segala urusan saya dan teman-teman seperjuangan.

Mungkin akan sukar bagi sesetengah orang untuk study bila berhadapan dengan cabaran yang sangat besar iaitu mengawal nafsu untuk meng-KELIK link FB. sama juga bagi saya. sekejap buku sekejap muka buku. kadang-kadang rasa macam  tak boleh nak berenggang dengan benda alah nie. mungkin sebab dia dah sebati dalam hidup kita. saya penah terfikir untuk DEACTIVE saja account FB nie. tapi bila fikir-fikir balik kalau saya tak salah gunakan dia takkan la dia nak bagi keburukkan kat saya kan. jadi mulai dari tu saya mula mengurangkan post benda-benda yang tak penting. selalu ja butang hijau tak muncul*offline* padahal 24 tak pernah tutup. hehe..

Bukan senang kita nak kawal nafsu kita tu. memerlukan perngorbanan, kesabaran, kekuatan yang sangat tinggi.. ada jugak orang yang tak boleh nak melawan kehendak hati. kalau diri saya senang saja nak cari sumber kekuatan tu. cara-caranya begini


  • klik YOUTUBE
  • taip MOTIVASI DIRI
  • pilihlah ustaz atau ustazah mana yang saya nak dengar |ustaz don| ^_^
  • lepas tu insaf akan datang dalam diri saya.

lain orang lain caranya kan... tu cara saya. ^_^ untuk test esok ada juga yang mengeluh sebelum berusaha. dok rasa diri tak dapat nak jawab. dulu saya juga begitu. benda ini terjadi kalau kita study last-last minit. betul tak? situasi yang sama bagi saya. sekarang saya mula belajar dari kesilapan. mungkin saya takkan dapat result yang tinggi dalam test. tapi saya mendapat kepuasan bila saya bersedia awal. saya dah usaha, dan saya serahkan semuanya pada Allah. kalau kita tak berusaha agak-agak Allah nak bantu kita tak? selalunya kita akan kata

"aku baca ala kadar saja, tawakal ja la esok"

saya pun selalu cakap macam tu bila saya tak ready. sekarang saya mula soal diri saya. faham tak apa maksud tawakal? kalau tak faham tanya adik-adik SPM. hehehe. 

kalau kita rasa kita tak boleh buat takkan kita nak mengaku kalah sebelum berjuang? Nabi tak pernah ajar kita macam tu. Nabi kata kalau esok kiamat, kita ada benih tanam benih tu. |ustaz don| hehe. punya la nak cakap yang Nabi tak bagi kita putus asa untuk berusaha. saya bukan nak belagak pandai nasihat orang. tapi kadang-kadang apa yang kita kongsi dengan orang secara tak langsung mampu memotivasika diri kita. berkongsi ilmu tak salah kan. malah dituntut. saya salah awak tegur. awak salah saya tegur. SUWIT kan kita? ^_^

Semalam saya dengar ceramah kat youtube. Ustaz tu cakap kita kena bermujahadah melawan kehendak hati kita. cuba buat yang terbaik untuk diri kita. Jaga hubungan kita dengan Allah. kalau kita letakkan Allah dalam hati insyaallah kita boleh kawal semua tu. semoga kita diberi kekuatan untuk terus bermujahadah. ^_^ 


sekadar hiasan


0 gosip anda:

´