Pages

dapur berasap

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

     "Mee sedap enak di makan lazat rasanya" sedap kah? tak tahu lah. saya pun tak mencuba lagi. lagu pun tak tau lah betul ataupun tak. dok dengar budak-budak nyanyi saja. bermulanya cuti nie maka bermulalah episod "singa betina" dalam diriku. gelaran daripada para adik-adik yang sememangnya sudah sebati dari dulu lagi. hehehe ^_^

     Pagi yang sangat lapar membuatkan saya menyelongkar setiap sudut peti ais di rumah abang yang terletak di sebelah rumah. memandangkan isterinya yang telah menunggu masa untuk melahirkan anak ketiga jadi saya mengambil alih tugasnya untuk cuba memasak sarapan. hasil pencarian yang dibuat akhirnya saya menjumpai mee dan bahan-bahan untuk menggorengnya.

    setelah bertungkus lumus masak akhirnya...

TARA!!!!!!!!!
naked mee tanpa apa-apa

     datang abang saya dan bertanya.. "APA TU??" =( mungkin dia pelik tengok mee tu. tak sama seperti mak dan isterinya masak. saya pun tak tau kenapa warnanya pudar. hahaha.. inilah kali pertama saya menggoreng mee tanpa bantuan daripada sesiapa. hanya mengikut naluri kewanitaan sahaja. =P hati saya berkata "kalau sedap makan, kalau tak sedap tong sampah makan" dan akhirnya makan separuh dan tong sampah makan separuh. hehehe.. sifat penyayang saya telah dizahirkan pada tong sampah.. ribuan terima kasih kepada adik-adik yang memuji saya masak walaupun saya tau kalian terpaksa berbohong kerana bila mak ayah balik bawak makanan lain terus mee tesebut dipinggirkan.. ^_^

1 gosip anda:

Nor 'Aqilah Othman said...

haha.. awat sadis sangat cerita atin ni? xpa2, nanti kalau masak lagi mee tu, sua je kat sini.. ya.. hehe

´