Pages

salah manusia atau lembu??

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

     Kehangatan Final Exam jelas terasa. Jadi kesempatan ini ingin saya berkongsi satu benda dengan semua. perkongsian mengenai Tapeworm(cacing pita). Bila sebut saja pasal cacing dalam badan saya akan fikir ia hanya akan menyerang kanak-kanak. orang dewasa mana ada cacing dah. tapi segalanya berubah selepas belajar bab cacing-cacing nie. orang besar pun ada cacing dalam badan.

     Dulu saya ada juga terfikir macam mana cacing nie boleh masuk dalam badan manusia? orang-orang tua selalu pesan pada anak-anak,

  • kalau nak keluar pakai kasut. 
  • jangan main kotor nanti cacing masuk badan.
  • dan macam-macam lagilah. bla.. bla.. bla.. 
     Jadi saya rasa macam bertanggungjawab(lah sangat) untuk berkongsi dengan semua tentang Tapeworm nie tentang macam mana dia boleh masuk dalam badan kita. tapi ada saja cacing yang meresap masuk dalam badan. tapi bukan tapeworm la. nak tau kena tunggu entry lain la. ^_^


cara TW masuk dalam badan manusia

     Kalau kita tengok gambar kat atas nie tak dak kena mengena pun dengan pesan orang-orang tua kan? yang peliknya ada kena mengena dengan lembu. adakah lembu bersalah???  hehehe caranya begini.

     lembu makan rumput yang tercemar dengan early larvae --> larva TW akan menjadi cyst dalam otot lembu --> kita belagak order "halfcook beef" dan makan --> TW  tak mati sepenuhnya lalu masuk dalam badan kita --> TW terus membiak dalam usus kita --> anak-anak TW akan keluar dari badan kita sekali dengan najis kita --> kita memerut merata --> ulang balik lembu makan rumput yang tercemar(early larvae) dengan najis kita..  

pesanan:-
  • tak payah nak belagak mat salleh la order daging separuh masak
  • kalau nak makan burger suruh abang tu masak sampai betul-betul masak.
  • jangan berak merata. ingat!!! lembu tak bersalah dalam hal nie. 
  • orang besar pun kena makan ubat cacing sama. 6 bulan sekali kot kalau tak silap.


segmen: Mrs.Erry 1st Giveaway

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Mai pakat join segmen menarik nie.

Firstly saya nak ucapkan Selamat Ulang Tahun "Mrs Erry Bercerita" yg ke-3 tahun.


antara hadiah yang bakal menjadi milik kita semua ialah:-

tara!!!!!


tudung bawal 3 tone - 1 pemenang
tudung 3 layer - 1 pemenang
2 pasang brooch cantik - 1 pemenang
cute handphone case - 1 pemenang
gelang from thai - 1 pemenang
sepit beriben from thai - 1 pemenang
sabun beras - 1 pemenang
brooch rama-rama - 1 pemenang
chesse powder - 2 pemenang
topup RM5 - 5 pemenang

due date: 19 Mac 2013

Penyakit orang jatuh hati.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

     Tengok tajuk atas. haha. nampak macam menarik saja kan. Actually saya nak cakap sikit satu benda yang berkaitan dengan penyakit orang jatuh hati nie. benda nie tak la terlalu teruk dan bukan niat saya nak buat ia teruk tapi kadang-kadang memang nampak macam teruk kan. faham dak ayat tu??  sila abaikan kalau anda rasa tak faham.

 =_= menyampah mak!!

     Tapi itulah yang berlaku pada sesetengah orang yang mula jatuh cinta. mungkin cinta pandang pertama atau pandangan yang entah ke berapa kali. Dan saya tulis benda nie bukannya nak burukkan sapa-sapa tapi kalau ada yang terasa ambik la. boleh jadi ia akan menjadi peringatan buat diri saya sendiri yang kadang-kadang terleka dengan hasutan syaitan nie. =)

SATU saja penyakit yang saya nak war-warkan kat sini. hehehe

     Benda nie jelas saya lihat dalam dunia FB. haa.. kenapa?? cuba tengok orang yang fall in love, family orang yang dia suka semuanya dia nak add. nak like. nak tu la, nak nie la. aduhhh.. seriusly saya tak faham kenapa benda nie berlaku. apa yang cuba kamu nak buat nie sebenarnya?? jadi stalker?? intip semua benda yang orang yang kamu suka tu buat?? macam tu??

     Saya tau benda nie memang kebiasaan la bagi orang-orang yang minat kat seseorang tapi jangan la tunjuk sangat. kawal diri anda tu. nak ambil hati family orang yang kita sayang?? macam tu?? biar semua keluarga dia kenal kita. kalau dah suka sangat p la masuk meminang terus, dok intai-intai buat apa. =_=

pilihlah mana satu.. =P

     Saya sendiri pun kalau suka kat sapa-sapa saya cakap kat dia, "aku nak kawen dengan hang" dan saya serahkan pada Allah. tu saja ayat yang akan keluar dari mulut saya dan saya akan buat. lepas tu saya takkan ulang benda yang sama dan saya takkan buat benda-benda yang menampakkan saya terlalu obses dengan dia. nak terima atau tak terpulang. saya takkan layan perasaan tu. nampak macam syok sendiri kan? tapi sekurang-kurangnya satu masalah dah selesai. ibarat booking la. dan boleh fokus pada pelajaran. ^_^

sapa penah dapat msg nie?? =P

     
     kesimpulannya, saya kurang berminat dengan sikap anda nie. bukan jeles tapi nampak sangatla.. =) jangan la show off. malu kat orang. nanti orang kata apa pulakkan sedangkan tak ada ikatan apa lagi. Peace~

My First Giveaway by Echa

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Mai pakat join segmen nie.. ^_^ by akak aisyah kite..

KLIK DISINI UNTUK JOIN ^_^ => 
DUE DATE: 20/2/2013

Cuti Pertengahan Sem Part (i)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

   Bahang hari nie membuatkan saya tak tau nak buat apa. walaupun berada di kampung, namun suasananya mengalahkan bahang di tengah pekan. jadi bosan-bosan nie saja dok tengok gambar-gambar kat lappy nie dan terjumpa satu album masa cuti pertengahan sem lepas. gambar masa saya dan kawan kat UPSI ke Pulau Pinang. Kami pakat geng-geng utara saja untuk makan angin.

   sebelum pergi ke sana kami bincang dulu tempat apa yang menarik di sana. hasil daripada tinjauan yang dilakukan, ramai yang memberikan cadangan. jadi dalam banyak-banyak tempat yang dicadangkan saya cuma nak ke tempat yang menarik tapi tidak perlu mengeluarkan $$$ yang banyak. dan masalah besar yang dihadapi oleh kami ialah tak tau jalan pulak. mau tak mau terpaksa  mengajak seseorang yang ada pengalaman di sana. =)

berikut adalah antara gambar-gambar kenangan yang sempat di ambil di sana..

  • taman negara pulau pinang
  • air terjun teluk bahang
  • batu ferringhi
  • padang kota
nampak macam banyak kan. padahal kami buat dalam satu hari je. ^_^

gambar nie masa kat atas feri. walaupun selalu naik feri tapi bukannya selalu dapat pergi dengan kawan-kawan. 


nie tempat pertama yang kami pergi. taman negara. sebelum nak masuk tu ada jeti kalau sapa-sapa nak pergi ke pulau-pulau yang bekenaan. tapi kami tak naik pon bot tu sebab nak jimat duit. =) 

with sisto Aida


kami terasa muda

encik penunjuk jalan


teluk bahang merupakan destinasi kami yang kedua. lama dah saya tak pergi ke tempat nie. last dulu masa kecik-kecik. dulu tak ada lagi macam nie. sekarang dah banyak perubahan.



 wake up.. wake up. =P



seterusnya ialah batu ferringhi.. sini best. permandangan sangat menarik. rasa tenang je. =)

sisto aida n ika


Destinasi terakhir iaitu Padang Kota. Asalnya niat nak makan laksa. tapi tengok-tengok semua kedai tutup.so kami decide makan pasembor saja. tu pon agak mahal. =)


harap-harap cuti seminggu nie dapat habiskan masa dengan mengukir kenangan-kenangan manis bersama kawan-kawan dan keluarga lagi ^_^ banyak lagi tempat yang menarik yang tak sempat kami pergi. kepada kawan-kawan blogger. jom la datang penang. best woooo... =)




Syurgalah tempatmu: Adik Adam Syukri

Assalamualaikum dan Salam Sejatera..

Petang tadi masa seronok-seronok usha wall Fb, tiba-tiba terlihat satu gambar nie. dengan rasa hiba saya pun try klik gambar tu. kisahnya tentang sepasang suami isteri yang baru kehilangan seorang putera yang mereka kasihi.

sumber: google

     Jadi saya pun tertanya-tanya. siapakah adik adam syukri nie? dan kenapa ramai sangat yang bercakap tentang adik nie. kalau nak ikutkan hati saya, amatlah berat untuk search benda-benda macam nie. tak sanggup nak tengok penderitaan yang di hadapi oleh si kecil nie. tapi saya kuatkan diri untuk mencari dan terus mencari. dan akhirnya saya temui jawapannya. =(

serba sedikit tentang adik Adam Syukri
  • Dilahirkan pada 4/3/2012 dan telah mengalami brain damage(kerosakan saraf pada otak)
  • dilahirkan secara vacum dan semasa kelahirannya adam keluar dalam keadaan flat dan kekurangan oksigen. hanya bergantung pada mesin oksigen untuk terus hidup.
  • mata kanan adam mengalami injured dan telinga kanannya tidak dapat mendengar kerana kerosakkan pada bahagian dalam telinga. 
  • Dr pakar otak mengesahkan adam akan terlantar seumur hidup dan peluang untuk adam hidup seperti manusia normal amat tipis.
     walaupun saya tak kawin lagi dan sudah semestinyalah masih belum bergelar seorang ibu, namun naluri keibuan tu ada la jugak dalam diri nie. Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. kalau nak letakkan diri saya dalam situasi kakak tue. belum tentu saya setabah kakak tue.

    betapa besarnya ujian yang Allah bagi pada pasangan suami isteri nie. 9 bulan mengandung dengan penuh kesabaran, di jaga dengan penuh kasih sayang, dengan harapan dapat menjadi penyejuk mata dan penawar hati.. tetapi Allah lebih mengetahui apa yang terbaik buat mereka. perancangan Allah sangat hebat. mungkin ada hikmah yang tersembunyi disebalik tangisan ini. percayalah pada Allah. =)

bergembiralah anda dengan syafaat ini wahai pasangan yang tabah. =)

Abu Hurairah meriwayatkan bahwa Rasulullah bersabda, “Tidaklah sekali-kali sepasang muslim ditinggal mati oleh ketiga orang anaknya yang belum baligh, melainkan Allah akan memasukkan keduanya bersama anak-anak mereka ke dalam surga berkat karunia dan rahmat-Nya.”

Abu Hurairah melanjutkan,
“Dikatakan kepada anak-anak tersebut, ‘Masuklah kalian ke dalam surga!’

Anak-anak itu menjawab, ‘Kamu menunggu kedua orang tua kami’.

Perintah itu diulangi tiga kali, tetapi mereka mengeluarkan jawaban yang sama. Akhirnya, dikatakan kepada mereka, ‘Masuklah kalian bersama kedua orang tua kalian ke dalam surga’.”

Bukhari, Kitab Janaiz, 1171

detik terakhir




sebak sangat-sangat waktu taip kisah nie. Syurgalah tempatmu wahai adik Adam Syukri. berbahagialah anda disana. takziah diucapkan pada kakak nie dah suaminya. untuk mengetahui kisah lebih lanjut boleh klik di sini  => page Adam Syukri.



Random Giveaway 2013 by LS

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

wahhh.. nampaknya saya makin ligat berblog sekarang ye. ^_^ sebenarnya sekadar untuk mengubat hati yang duka. =(

NEVERMIND!!!! sekarang saya nak teruskan dengan agenda saya iaitu join segmen seperti tertera di tajuk atas...


untuk join sila klik => sini


tengok banner pon dah tertarikkan??
so tunggu apa lagi
JOM la kita terjah... 

mai cek oi tengok apa yang menarik boleh dapat... 



kalau dapat purse tu pon best jugak.. 
 boleh ganti purse saya tu yang dah daif sangatII..
hanyalah sebuah pensil case yang diberi nafas baru utk meletakkan duit.. =(

dengan lafaz
Bismillahhirrahmanirrahim!!!
anda di tag
^_^


tarikh tutup penyertaan 
16 FEB 2013



´