Pages

KERAJAAN IBLIS



Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha pengasihani.. Alhamdulillah bersyukur pada Allah SWT kerana di beri kesempatan sekali lagi untuk saya mencoret di blog ini..

Saya masih ingat lagi semasa zaman kanak-kanak, majalah asuh merupakan majalah yang sangat popular dalam kalangan kanak-kanak. Tumpuan utama kanak-kanak ialah pada cerita SYAITAN GEMUK DAN SYAITAN KURUS. Ia menjadi kegilaan pada kanak-kanak untuk membacanya. Sedikit sebanyak apa yang diperolehi daripada komik itu memberi manfaat kepada kanak-kanak. 



syaitan gemuk & syaitan kurus



Alam syaitan yang ghaib itu berpusat di empayar Iblis. Iblis laknatullah mengetuai kerajaanya selaku maharaja hingga ke hari kiamat. Iblis duduk di singgahsana memberi arahan dan terima laporan daripada syaitan yang berkhidmat untuknya, seperti seorang presiden sebuah negara. Iblis mempunyai barisan menteri kanan yang setiap satunya mempunyai kerajaan tersendiri yang bernaung di bawah empayar Iblis..

Kelicikan iblis dapat mengaburi manusia jika iman kita pudar, luntur dan tidak di bajai dengan mengingati Allah SWT. tetapi mereka yang terpedaya dengan iblis semestinya menyesal kemudian hari walaupun pada peringkat awal di buai keseronokan. dalam menghadapi orang beribadat misalnya, iblis berusaha dengan menamoakkan perbuatan yang baik malah turut berpura-pura turut bersolat. ia turut melakukan rukun dan perkara sunat dalam solat tetapi lama kelamaan ia cuba bertenggek di hati orang terbabit.   


Ayuh wahai pemuda & pemudi islam, 

Marilah kita bersama-sama mengenal syaitan dan tugasnya. Mereka inilah yang menyesatkan hidup kita sehinggakan kita lupa untuk melakukan segala perintah Allah SWT. Nauzubillah. 


::DASIM
   ~Ia dikatakan anak emas Iblis laknatullah. Kenapa? Dasim dan seluruh rakyat kerajaannya berperanan memutuskan ikatan perkahwinan. Iblis sangat benci dan dengki setiap kali ijab kabul di lafazkan. Si laknat ini tidak mengenal erti putus asa dalam menimbulkan rasa benci dan marah antara suami isteri. Apabila lafaz talak  dijatuhkan, itu adalah kemuncak kegemilangan bagi kerajaan Dasim terkutuk. Nauzubillah.  

   ~sebagai contoh, si suami yang rajin beribadat pada Allah di bisik kepadanya oleh syaitan supaya hanya beribadat pada allah tanpa menghiraukan tanggungjawabnya dalam memberi nafkah kepada isteri. Begitu juga dengan si isteri, di bisikkan supaya tidak merasakan cukup dengan pemberian si suami. Hal ini akan membuatkan rumahtangga yang didirikan hancur akibat tiada persefahaman antara kedua-dua belah pihak.



::AL-A'WAR
    ~Ia membentuk dan memudahkan laluan zina serta keruntuhan moral ialah tugas kementerian si durjana ini. Iblis gembira apabila zina berleluasa dan lahir anak-anak luar nikah kerana itu petanda keturunan Adam pincang. Nauzubillah.

   ~Ramai masyarakat kita pada hari ini yang memandang enteng tentang perhubungan antara lelaki dan wanita. Sedangkan Allah SWT telah berfirman:


وَلَا تَقْرَبُوا الزِّنَا إِنَّهُ كَانَ فَاحِشَةً وَسَاءَ سَبِيلًا


Artinya: Dan jangan kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.(QS. Al- Israa: 32)

Bangunlah wahai pemuda dan pemudi islam. Kuatkanlah iman kita. Jangan biarkan si laknatullah ini menghanyutkan kita ke arah kebatilan. 



::MASWATH

   ~ anak iblis ini merupakan pakar dalam menipu. dia dan pengikutnya sentiasa membisikkan fitnah, khabar angin dan penipuan sehingga tersebar luas dalam kelompok manusia. permusuhan dan sangka buruk sesama manusia merupakan matlamat hidupnya. Nauzubillah.


  ~ Jika kita lihat pada zaman sekarang, berbagai-bagai masalah timbuk dalam negara kita. Masalah menyebarkan fitnah, rasuah, sangka buruk, umpama "Cendawan yang tumbuh selepas hujan". Saya samakan keadaan ini dengan peribahasa tersebut kerana terlalu banyak kes yang sebegini timbul dalam kalangan kita pada hari ini. Siapakah yang harus dipersalahkan dalam hal ini?? Tepuk dada tanya Iman.



::ZALNABUR
  ~Si kutuk ini dan kakitangannya pula berkeliaran menghasut manusia hingga tercetusnya caci-maki, pertengkaran dan pembunuhan. Pusat operasinya adalah di tempat-tempat tumpuan orang ramai seperti pasar atau kompleks beli-belah. Nauzubillah


  ~Selalunya apabila kita mengunjungi ke tempat beli-belah, seringkali kita lalai untuk mengerjakan ibadah kepada allah. Rasa cinta pada dunia membuatkan kita alpa dengan tanggungjawab kita sebagai hamba Allah. Mana perginya rasa cinta dan kasih kepada-Nya?? kenapa biarkan diri kita terus leka dengan godaan syaitan. Ya Allah, terlalu banyak dosaku kepada-Mu. 



::TSABA

~Geng syaitan ini memburu orang yang di timpa musibah atau masalah. Mangsa banjir, mangsa tanah runtuh, mangsa rogol, mahupun mereka yang kematian orang tersayang termasuk dalam senarai "most wanted Tsaba. mempraktikkan strategi yang menimbulkan buruk sangka terhadap Allah, manusia yang terpedaya akan mengeluh atas takdir diri dah menyalahkan Allah SWT atas semua yang terjadi. Nauzubillah



~Orang yang kurang teguh imannya nescaya akan lemah semangat apabila berhadapan dengan situasi ini. Namun bagi orang yang beriman dan beramal soleh, ini merupakan ujian daripada Allah kepada hamba-hambanya dan inilah tanda ingatanNya kepada kita. 



"Di uji tidak semestinya membenci, namun ada hikmah yang tersembunyi"



:^:kesimpulannya, Iblis tidak akan berhenti menghasut anak-anak dan cucu-cucu Adam sehinggalah hari kiamat. kuatkanlah iman di hati, jika ada masalah rujuklah pada Al-Quran dan Hadis. Apa yang saya boleh katakan di sini, saya teruja melihat usaha mereka, bukan pada kejahatan mereka tetapi cuba bayangkan kalaulah masyarakat kita pada hari ini mempunyai kesungguhan sebegini, insyaAllah negara kita dapat menjadi sebuah negara Islam yang tersohor di mata dunia. Ameeennn..

P/S: sesungguhnya yang baik itu daripada Allah, dan yang kurang baik itu datang dari kelemahan diri saya sendiri.






 

0 gosip anda:

´