Assalamualaikum dan salam sejahtera
Zaman
kanak-kanak adalah zaman yang paling menyeronokkan. Apa sahaja perkara yang
kita buat orang tua-tua tak akan marah teruk-teruk. Bukanlah tidak marah
langsung, tetapi kurang la sikit tahap kemarahan mereka. Biasalah, pemikiran
masih belum matang. Hehe. Sekarang nie dah matang sikit. Banyak benda yang kita
lakukan tanpa disedari. Hanya mengikut nafsu kanak-kanak sahaja. Tanpa
memikirkan kesan yang bakal kita terima. Bila kita tengok benda tu macam
seronok kita terus mencuba. Begitulah juga saya. Tapi benda-benda nie semua
membuatkan saya tersenyum sendirian bila terkenangkannya. Cerita lama, tetapi
mampu saya ingat sampai sekarang. Berikut antara kenangan kenakalan saya ketika
kecil.
- 1. Saya dan dinding
Suatu
hari, saya pulang daripada rumah mak njang saya yang terletak berhadapan rumah
saya. Mungkin baru habis main masak-masak ketika itu bersama sepupu-sepupu
tersayang. Waktu tu petang kalau tak silap. Saya pulang bersendirian. Begitulah
rutin harian saya bersama kawan-kawan. Petang adalah waktu kami bermain. Tak
kiralah masak-masak, polis entry. Semua kami redah. Ketika dalam perjalanan
pulang berseorangan tiba-tiba saya mendapat idea untuk mencuba sesuatu di dalam
TV. Berjalan sambil tutup mata. Yeahh.. Mari kita mencuba. Bila dah hampir
dengan rumah saya, terus saya pejamkan mata.. konon-konon orang buta
tergagau-gagau untuk mencari jalan pulang. Terus saya berjalan dan terus
berjalan. Tiba-tiba….
“tengggggggggg!!!!!!!!”
Saya
rasa seperti kepala saya berdengung. Seperti ada awan burung di atas kepala
sedang memusing-musing. Rasa pedih di dahi. Aduhhh!! Terus saya bukakan mata.
Di hadapan saya betul-betul dinding rumah saya. Saya cuba meraba-raba dahi
saya. Terus saya berlari masuk rumah.
“makkkkk..
kepala darah….”
Terus
mak saya Tanya, kenapa boleh jadi demikian. Lalu saya pon cakap yang saya jalan
tutup mata. Saya dah aim lorong nak terus masuk pintu rumah saya. Tak sangka la
pulak tersasar dari landasan yang sebenar. Dah tu kena berleter pulak. “tu la hang.. buas
sangat..” Hehe.. sampai sekarang masih menjadi perbualan antara keluarga saya
jika bersembang pasal kenangan lama. Hehe…
wahai adik adik sekalian. Janganlah anda meniru aksi diatas ye. Bahaya.
INGAT!!
sekadar hiasan semata
- 2. Saya dan kereta sorong
Pasti
kita semua kenal kereta sorong kan? Kereta yang di gunakan untuk mengusung
tanah, sampah, atau apa-apa sahaja yang kita nak. Selalunya digunakan oleh
pekebun la. Kat rumah saya ada satu. Warna biru. Sapa-sapa nak sewa drive pergi
kelas boleh la berhubung dengan saya. Tak payah nak telifon prebet atau teksi
dah. Tak payah bubuh minyak mahal-mahal dah.
Hehe.. ada kenangan manis yang tercipta antara saya dan kereta sorong
tersebut. Di tepi rumah saya ada satu bangsai (pondok letak barang) kepunyaan
tokwan saya. Di dalamnya ada peralatan kenduri kepunyaan tokwan saya. Kebetulan
kereta sorong itu pon berada didalamnya. Terus saya mendapat idea untuk
menjadikannya bahan permainan saya. Ketika itu saya bermain bersama
sepupu-sepupu saya yang lain. Kereta sorong itu di jadikan port saya untuk
melepak. Setiap orang mengambil port masing-masing. Ada yang di atas kerusi dan
sebagainya. Ketika saya main, saya berdiri dia atas kereta sorong tersebut.
Konon-kononnya nak melihat orang lain punya port la. Dah la kereta sorong tu
ada satu ja tayar. Memang tak stabil la kan. Tiba tiba saya rasa seperti kereta
itu bergoyang-goyang.
“debushhhhhhh”
Saya
jatuh. Mulut saya terkena terkena tungku
kawah( kaki tempat letak kawah). Aduhhhh.. terus saya pegang mulut saya. Rasa
seperti berdarah.. Saya berlari masuk rumah.
“makkkkkk..
mulut berdarahhhhhh”
Hasil
siasatan yang di lakukan oleh mak saya terhadap mulut saya mendapati gigi saya
dah tergantung-gantung nak tercabut. Terus mak saya tarik. Senang je gigi tu
tertanggal. Hehe. Masa tu masih gigi susu.. senang la nak tercabut. Hehe..
Wahai adik-adik. Janganlah meniru aksi diatas ok. Saya tersangatlah buas ketika
kecil. Hehe
dulu
VS
sekarang
- 3. Saya dan buaian
Perbezaan
umur antara saya dan adik saya sangatlah jauh. Iaitu 6 tahun. Menjadi anak
bongsu yang lama menyebabkan saya selesa untuk tidur dalam buaian sehingga zaman persekolahan. Sewaktu umur saya 7 atau 8 tahun kalau tak silap, saya teringin
sangat nak tidur dalam buaian walaupun masa tu saya dah mempunyai adik. Jadi,
saya mengambil keputusan untuk mereka membuat sendiri buaian saya. Jika saya
menyatakan hasrat saya pada mak saya mungkin saya akan dimarahinya. Jadi tak
perlu nak menyusahkan orang. Saya dah pandai berdikari. LAH SANGAT.. hehe. Saya
membuang kain buaian adik saya yang berjaring tu. Saya gantikan dengan kain
batik emak saya. Kononnya kain batik lebih kukuh. Tanpa membuang masa saya
terus masuk dalam kain batik itu lepas memasangnya pada besi buaian tu.
Tiba-tiba
“prakkkkkkk”
“tenggg!!!!!”
Berdengung
kepala saya. Kain batik tu terkoyak dan saya jatuh terhantuk kat lantai.
Aduhhh… sakit tak terkata. Rasa berdenyut-denyut je kepala saya masa tu. Terus
saya diamkan diri tanpa cerita pada sesiapa. Malu kot. Lepas peristiwa tu saya
dah tak naik buaian adik saya. Saya dah insaf. Hehe.. mohon adik-adik janganlah
meniru aksi berani mati yang saya lakukan ini.
sekadar hiasan
Kenangan
ini masih mekar dalam ingatan saya. Setiap orang mempunyai kenangan
masing-masing kan? Saya cuma berkongsi kenangan saya semasa saya kecil. Terima
kasih kerana sudi membaca. Kenangan inilah yang mematangkan diri saya.
Matanglah sangat kan. Hehe..
0 gosip anda:
Post a Comment