Kenapa kita mesti memuliakan ibu?
Wajib kita memuliakan dan mengasihi ibu kerana ibu yang telah
bersusah payah mengandung kita selama sembilan bulan sembilan hari. Kemudian ibu
pula bersusah payah melahirkan kita, menyusukan dan membesarkan kita sehingga
kita dewasa. Tiada kasih sesuci kasih ibu yang sanggup korbankan segala-galanya
demi melihat kita menjadi insan berjaya. Pengorbanan seorang ibu tiada
bandingan. Sebab itu martabat seorang ibu dipandang mulia di sisi Allah dan
Rasul.
Terlalu besar pengorbanan ibu terhadap kita. Jika hendak
dihitung nilainya, memang tidak terhitung. Dari kecil hinggalah dewasa, di asuh
anak-anak dengan penuh kesabaran. Tiada sedikitpun keluhan dibibirnya. Hanya senyuman
manis yang mampu di ukirkan. Jika hatinya terluka, dia sanggup memendam seorang
diri. Tangisan sanggup di tahan, asalkan tidak di lihat oleh anak-anak. Subhanallah,
bukalah mata. Sedarkah kita akan semua ini.
Tahap kesabarannya dalam melayan karenah anak-anak terlalu hebat.
Bagi saya ibu saya ialah ibu yang serba boleh. Tidak perlu belajar hingga ke
tahap Ijazah, Master, PHD dan sebagainya, namun ibu mampu untuk menjawat kerja
yang hebat. Ibu saya serba boleh. Pekerjaannya di rumah setaraf dengan
pekerjaan orang-orang yang hebat. Antaranya:
::IBU SAYA SEORANG GURU
~keluar sahaja saya
dari perut ibu di ajar saya menyebut nama Allah. “Alhamdulillah”, kalimah
ketika selamat saya di keluarkan, ketika sedang kesakitan ibu mengajarkan saya
perkataan “mashaallah”, ketika melihat diri saya ibu mengajarkan saya perkataan
“subhanallah”. Beliaulah seorang guru yang serba boleh. Tidak perlu ke
sekolahpun saya sudah boleh mendapat ilmu.
Inilah yang menunjukkan ibu saya seorang guru.
::IBU SAYA SEORANG AKAUNTAN
~segala perbelanjaan di
rumah, semua ibu saya yang uruskan. Matematik baginya suatu subjek yang kacang
je. Tambah, tolak, darab, bahagi semua di praktikkannya setiap hari tanpa jemu.
Jumlah keluar masuk duit di uruskannya tanpa menggunakan computer seperti di
pejabat. Tidak perlu kalkulator di sisi. Lebih hebat dari akauntan terlatih. Inilah yang menunjukkan ibu saya seorang
akautan
::IBU SAYA SEORANG DOKTER
~seorang dokter
sentiasa sibuk dengan oncall di hospital. Begitu juga dengan seorang ibu, sentiasa
sibuk dengan oncall di rumahnya. Tambahan pula saya mempunyai keluarga yang
besar. Sudah tentulah tidak menang tangan di buatnya. “mak, kaki adik luka”
terus di ubati luka itu. “mak, kak demam nie” terus di carinya kain beserta air
ramasan daun bunga raya. “mak, abang lenguh kaki” terus di carinya minyak untuk
diurutkannya. Baginya semua kerja ini sudah sebati dalam hidupnya. Ibu saya
bekerja dengan penuh kesabaran dan keihklasan. Semuanya demi memastikan
anak-anaknya sihat. Inilah yang menunjukkan ibu saya seorang dokter.
::IBU SAYA SEORANG ENGINEER
~ibu saya memang pandai
dalam reka cipta dan membina. Semasa kecil ayah akan membelikan saya permainan “lego”.
Saya bermainan bersama-sama ibu. Demi memikat hati saya, ibu mereka
berbagai-bagai bentuk. Bentuk kolam, bentuk rumah, bentuk kereta dan
sebagainya. Semua ideanya di keluarkan dalam masa yang pendek. Tidak memerlukan
waktu yang berjam-jam, berhari-hari, ataupun berbulan-bulan. Tidak memerlukan
kertas kerja sebelum mereka cipta. Bukankah itu lebih hebat? Cubalah kita
menilai. Inilah yang menunjukkan ibu saya seorang engineer.
::IBU SAYA SEORANG CHEF
~Jika hendak di
bandingkan chef wan dengan ibu saya, ibu saya lah yang lebih chef ONE. Setiap hari
menu bertukar-tukar. Malah, masakan ibu lebih mementingkan aspek kesihatan
berbanding dengan chef-chef lain. Ibu lebih tahu mana yang baik dan mana yang
buruk. Cakap sahaja hendak makan apa, mesti dimasaknya. Walaupun tidak tahu,
tetap akan dicarinya hinggalah tahu. Walaupun tidak di tayang di dalam tv
namun, ia tetap berbangga dengan kebolehan dirinya. Inilah yang menunjukkan ibu
saya seorang chef.
Kelebihan kerja ibu saya berbanding dengan penjawat jawatan
hebat sangatlah jauh bezanya. Ibu saya tidak perlu gaji bulanan. Setiap saat di
beri ganjaran yang tidak ternilai. Allah menggantikan gaji dengan palaha yang
dapat membantu ibu di akhirat kelak. jika wang hanya boleh di gunakan di dunia,
tetapi gaji yang di terima ibu boleh di bawa hinggalah ke akhirat. Di dunia,
wang itu di gantikan dengan kebahagiaan
“… Apabila seorang wanita mengandung (janin) di dalam rahinya,
maka beristighfar para malaikat untuknya dan Allah akan mencatit baginya 1000
pahal dan kebajikan dan menghapuskan 1000 dosa..”
:^: jika hendak di senaraikan semua pekerjaan di dunia ini,
sudah tentu semua itu layak bagi ibu saya kecuali TOK IMAM, TOK MIDUM,TOK KADI
dan seangkatan dengannya. Itu hanya pekerjaan orang lelaki. Namun jika di
bolehkan Allah, sudah tentu ibu saya mampu.
p/s: sesungguhnya yang baik itu datang daripada Allah dan kurang baik itu datang dari kelemahan saya sendiri.
"hargailah mereka selagi mereka ada."
p/s: sesungguhnya yang baik itu datang daripada Allah dan kurang baik itu datang dari kelemahan saya sendiri.
0 gosip anda:
Post a Comment