Pages

Final Exam Datang

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Setelah lebih kurang 4 bulan
menuntut ilmu dalam semester 3 pada kali ini
maka hari ini, bermulalah peperangan besar antara kami dengan kertas-kertas exam.
Exam yang mengandungi 6 paper ini  akan dimulakan dengan 
paper Physiology dan bakal di akhiri dengan paper Physical Chemistry.
paper Calculus, Physic, dan Kenegaraan datang silih berganti tanpa henti. 
bermula pada 30/9/2013 dan Insyaallah berakhir pada 7/10/2013 nanti.
bersediaan yang dilakukan sepertinya tak mencukupi. 
tak apa. tekadkan hati.
masih belum terlambat lagi.. 
yakin pada diri..
Allah ada disisi

"ANDA BOLEH"


"Ya tuhan.. 
tiada kemudahan melainkan apa yang engkau jadikan mudah
dan 
perkara yang susah engkau boleh jadikan ia mudah
apabila engkau menghendakinya."

Doakan kejayaan saya dah kawan-kawan ^_^

Hidung Baru di Atas Dahi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Beijing: Seorang lelaki yang hanya dikenali sebagai Xiaolian mempunyai hidung baru yang tumbuh di dahinya.

Xiaolian, 22, menjalani rawatan bagi menggantikan hidung asalnya yang cacat selepas dijangkiti virus di sebuah hospital di Fuzhou, wilayah Fujian.
  
Xiaolian, mengalami kecacatan di bahagian hidungnya akibat kemalangan jalan raya pada Ogos tahun lalu dan doktor yang merawatnya gagal memulihkan hidungnya.

Ekoran nahas yang dialaminya, hidung Xiaolian mengalami jangkitan dan tulang hidungnya terjejas.

Doktor tidak mempunyai pilihan lain tetapi terpaksa menjalankan prosedur yang membolehkan hidung barunya tumbuh di dahi bagi menggantikan hidung asalnya.

Hidung itu direka dengan menanam tisu kulit ke dahi Xiaolian.

Hidung baru Xiolian

Ia dipotong mengikut bentuk hidung dan disokong oleh tulang rawan yang diambil daripada rusuk Xiaolian.
  
Pakar bedah berkata, hidung baru itu tumbuh dengan baik dan pembedahan transplan akan dijalankan dengan secepat mungkin

sumber: mymetro.

Bersyukurlah dengan apa yang kita ada sekarang... Allah menciptakan setiap apa yang ada pada badan kita dengan keaadaan yang unik.. cuba kita bayangkan kalau hidung kita macam Xiolian.. mesti banyak kekurangan kan... =D

Rakyat menangis Menteri Tersenyum.. Minyak Naik Lagi

Assalamualaikum  dan Salam Sejahtera.

"Petrol di Malaysia jauh lebih murah dari negara jiran"
Nie statement yang puak-puak tak faham-faham nak bandingkan.

Bagi mereka yang masih tak faham,kenapa rakyat marah bila petrol di Malaysia naik, let me share 1 analogi kasi korang faham.

Contoh paling mudah adalah Nasi Arab Chicken Mandy. Kalau aku makan sendiri di rumah aku (aku masak sendiri sebab bujang... hahaha), kosnya cuma RM12 saja.

Tapi, kalau aku gi makan benda yang sama di rumah jiran sebelah, kosnya jadi RM25. Kenapa mahal sangat walhal berjiran? sebab jiran aku tak reti masak Nasi Arab Chicken Mandy. Dia terpaksa beli di Al-Rawsha pada harga RM25 sepinggan.

Now, kita di Malaysia sebagai oil-producing country, sepatutnya dapat nikmati harga petrol lebih murah. Nak bandingkan dengan negara jiran yang bukannya oil-producing country macam Thailand, Vietnam, Laos, Myammar, Philippines buat apa? Sah-sah negara mereka harga petrol mahal sebab mereka bukannya oil producer.

tambahan: antara rungutan rakyat..






Sekian sahaja...
copy paste from blogger fizizaidi. ^_^

tunggulah mana tau ada bantuan petrol 1 malaysia pulak lepas nie... hehehe

Syukur la Malaysia masih aman.. =D

Maaf Anda Diterima

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Kemaafan itu amat berat untuk diberikan..
Tetapi hanya dengan kemaafan sahajalah dapat mengubati hati yang telah luka. 
Kemaafan jugalah membuatkan hati menjadi tenang.
Kemaafan jugalah membuatkan jiwa menjadi lapang. 
Kemaafan jugalah dapat membina semula semangat yang telah lumpuh.

Andai ada salah dan silap sesama manusia.
Rendah ego di dalam diri, 
Hulurkan salam kemaafan,
kadang-kadang kita tak sangka, dengan satu perkataan mampu meremukkan sekeping hati,
kadang-kadang cumalah dengan satu reaksi sudah membuatkan mereka terasa hati.

AWAS!!! 
Hati-hati dalam setiap perilakumu.. 
Jaga-jaga.. ada yang memerhati.. 
hehehe.. 
tetiba ja kan ambik ayat kiah propa.. =P

To anda: 

Nak tergelak la baca msg anda nie. 
comel ja kan. bunga ros bagai. 
lain kali bagi la Habib Jewels ka, Poh Kong ka. Emas Sri Pinang ka
Baru la rasa ringan sikit hati nie nak maafkan.  
Apa-apa pun, saya maafkan anda.. 

´